Jumaat, 19 Februari 2010

DOA RIHUL AHMAR

STORY....Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.Lembaga itu menjawab, ia bernama " Rihul Ahmar". Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.
Doa ini adalah salah satu daripada 5 doa kubro...Selain doa nurun nubuwah,doa kanzul arasy,doa akasyah,doa istighfar qubro...Doa ni baik di amal...kalau yang berkampuan..kalau yang sihat tu bleh gak amalkan doa nih dan yang ado masalah gangguan makhluk halus bleh gak amalkan doa nih.....Buek 1 kali sehari ..Yang elok sekali bleh di sertakan dgn solat hajat....Bagi yang ado masalah spritual..Seperti gangguan makhluk halus....insya,Allah..Kito buek apo yang termampu ajo...Sebenarnya khasiat doa terlalu banyak,bukan sahaja untuk penyakit angin ahmar,sebenarnya banyak lagi khasiatnya(fadhilatnya) ....Yang penting sekali beramallah dgn ikhlas....

Rabu, 10 Februari 2010

DOA NURUN NUBUWWAH

Doa nurun nubuwwah mempunyai banyak fadhilat tersendiri untuk mencapai kepentingan,keselamatan dan kesejahteraan di dunia hingga akhirat..Story sikit pengenalan doa nurun nubuwwah ini,ia di turunkan dan di sampaikan oleh malaikat jibril a.s kepada Nabi Muhammad S.A.W.Pada suatu hari ketika Nabi kito duduk lepak bersama dgn para sahabatnya setelah selesainya solat fardu subuh di Masjidil Haram,tiba2 datanglah malaikat jibril.a.s seraya berkata,kami diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan Doa Nurun Nubuwwah kepadamu"Doa ini pun ditrima ijazahnya oleh banginda dan kemudian di ajarkan kepada para sahabatnya yang lain..Doa ini di wariskan kepada umatnya sehingga sekarang..
FADHILAT
DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA...Barangsiapa yang sering membaca doa ini setiap hari pagi dan petang nescaya di ampuni Allah dosanya..
MENDAPAT KEMULIAN....Barangsiapa yang sering membaca doa ini setiap selesai solat fardu,nescaya dihormati,dikasihi dan dimuliakan oleh orang sekeliling,selamat musibah dgn izin Allah,memperolehi keselamatan dan mendapat rahmat Allah..
DAPAT MENJAGA RUMAH DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN SIHIR...Biznillah
DAPAT MENGALAHKAN MUSUH..Biznillah...Jika seseorang sedang berhadapan dgn musuh,untuk memalingkan atau menakutkannya..Cukup diniatkan dan baca doa ini dgn keyakinan mantap pada Allah..S.W.T..insya,Allah akan mendapat pertolongan Allah..
DAPAT MERAWAT HISTERIA ATAU KERASUKAN..Bagi yang ado kerasukan atau histeria...Gangguan makhluk halus...maka bleh di baca Doa ini pada org tersebut..atau di baca pada minyak..kemudian di sapu keseluruhan badanya...Insya, Allah dapat menghalau jin dan menawar Bisa sihir...Bagi yang ado gangguan leh amalkan doa ini lopas solat dalam angka gonap..Kalo gangguan tahap gaban,,mudah lah respon nampak..Seperti akan kerasukan atau pergerakan yang tidak terkawal...Di sini kito leh kesan sama ada ado alien ker atau sebagainya dalam badan tersebut...Biasanya akan meremang bulu roma..tu bermaksud ado sentuhan pada mereka pada kulit kito...antara dalam dan luar(keluar masuk)nak berkelah dalam badan lah tu..Bagi yang raso kesemutan atau raso ado berjalan atas kulit pada kulit tu bermaksud depa ado antara kulit dan darah..Bagi yang nampak dalam marikhfat seperti nampak kelibat alien...depa dok di mato atau di sekitar kepala(otak).Biasanya akan mengantuk keterlaluan.....Bagi yang sakit bertompok atau kerterlaluan..kemungkinan pada dalaman....Bertapak pada kedalam atau organ...Di sini ese syorkan amalan ini...pada yang ado gangguan makhluk halus...Kalo yang high level..Tak sampai 5 kali bacaannya pasti dog menyalak ler jawapannyer...buat sampai ado raso perubahan...atau tenang..Isya.Allah...Yakin pada Allah 100%....Disini bukan pada Ayat tapi pada Allah S.W.T...semata2
DAPAT MENJINAK BINATANG BUAS....boleh dibaca doa ini beberapa kali pada arah binatang tersebut disertakan niat,insya,Allah nescaya dapat menjinak atau selamat dari gangguan kemarahanya...
DAPAT MENCAPAI HAJAT YANG BAIK....Jika kito mempunyai hajat maka leh baca doa ni pada waktu malam berserta solat hajat sebanyak 100x..insya,Allah.
DAPAT BERJUMPA PARA NABI MELALUI MIMPI...siapa yang ingin berjumpa para nabi,maka leh amalkan dgn niat sebanyak 100x dgn keadaan berwuduk,kemudian tidur..insya,allah Biiznillah...

Isnin, 1 Februari 2010