Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT HARI AYAH

Selamat hari Ayah gua ucapkan kepada My Bos...Gua tabik sama you 100,000 dalam dirimu mendidik dan menjaga kami...Setiap pengorbananmu tidak dapat Ese bayar dgn keringat ini.....Hanya dalam doa ku yang ku panjatkan..

Ya,Allah dgn rahmat mu terimalah doa kami semua...semoga ayahku Panjang umur,sihat sejahtera,redha Allah,selamat dan bahagia didunia hingga Akhirat..Amin

ILMU KESABARAN

Asalamualaikum semua..Alhamdulillah dan selawat ke atas nabi muhammad S.A.W,sahabatnya dan keturunannya...Insya Allah atas izin Allah yang hebat,Ese story sikit berkaitan dgn Kesabaran dari konteks kehidupan seharian yang di kira ok jugak ler untuk korang semua...Semua manusia akan melalui benda ini ler....Tak kisah level apa pun korang..Datuk ke,VIP ke,tukang kebun ke and banyak lagi rangam manusia yang kita akan temui...Semua manusia itu sama aje dalam menjalan kehidupan seharian...

Kehidupan kita ini umpama tayar kereta yang sentiasa berputar-putar ketika bergerak..Ada yang di atas roda dan ada yang berada di bawah roda...Bagi yang menghadapi musibah...Mereka inilah yang berada di bawah roda tersebut..."Kesian beb,"Terkena pulak tempat yang menyusahkan di tambah lagi tayar yang tak ada angin(pancit).Terasa pahit dilidah tidak terkata,hidup terasa terlalu sempit bagai di tenyek tayar kereta...

He.he...Dah lah dibawah roda di tenyek lagi dgn tayar kereta.."Nangis ler jawapannya," derita kepahitan begitu menyakitkan terpaksa dilalui...Begitulah kehidupan kita,ada yang berada diatas dan ada yang berada dibawahnya...Setiap apa yang berlaku berbeza-beza keadaannya dan nasibnya...Kadang2 kita berada dipuncak dan kadang2 kita jatuh tersungkur jatuh ke tanah..Jgn hairan ler kalau tengok ada yang Happy good lucky dan ada yang susah sampai nak give up...Itulah roda kehidupan yang harus dilalui...Sampai gunung-ganang,langit dan bumi tidak sanggup untuk menerima amanah Allah sebagai Khalifah Allah..Yang sanggup hanya kita sahaja...(INSANI)

Sebenarnya Allah itu mempunyai sifatnya yang maha penyabar dan kesabaran inilah yang akan di kongsikan kepada hamba-hambanya..

PENGETIAN KESABARAN,"APA ITU SABAR??"

Sabar itu adalah salah satu Asma Allah yang tersenarai dalam 99 Asma ul husna(ya sabbur)...Sabar ini lah yang bakal dirasai oleh manusia apabila kita di uji atau ditimpa musibah.Sabar ini juga adalah menahan diri dari segala sesuatu benda yang tidak di kehendaki oleh kita.Dalam erti kata benda yang tidak di sukai oleh hati kita."Faham-faham ler,"Takkan tak faham kut,".Sebenarnya banyak benda yang kita akan rasai apabila diuji atau di timpa musibah tapi Ese beri 2 benda ini untuk korang."Maklum ler sekolah tak tinggi pun,"...

KELUH RESAH DAN KESABARAN..

Sebanyak mana pun kita mengeluh ianya tidak akan dapat mengubah ketentuan Allah melainkan apa yang telah dizinkannya...Sebab itu lah dalam al-quran dah story benda ini berulang-ulang kali..."Bersyukurlah atas nikmatku nescaya aku tambahkan dan bersabarlah dgn musibah yang menimpa dirimu nescaya akan ku berikan ganjarannya kepadamu,"..Yakinlah sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan..Ingat Allah tu semberono ajo nak bagi wahyu ni di dalam kalamnya(Al-quran)..Setiap apa yang di berikan mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia yang tersembunyi mahupun yang di zahirkan atau yang di sembunyikan..Setiap apa yang di wahyu itu mempunyai pentunjuk dan rahmat kepada hamba-hambanya..

"Ingat BRO,"Setiap kepahitan yang kita lalui itu umpama akar yang pahit menyokong sebuah pohon sehingga pohon itu berdiri dgn tegaknya dan dari akar yang pahit itulah menghasilkan buah yang manis lagi sodap...Sodap beb sampai menjilat jari,"Jgn ler korang sesedap rase je jilat jari tu, macam anjing le pulak,"..Jatuh saham beb!..Tak pasal2 tengok aweks yang lalu kat situ,apa crita!.Hilang ler kemacuan korang."..hehe..

Di dalam Al-quran dah story pun benda ini iaitu mengisahkan seorang hamba Allah yang sangat penyabar..Beliau di kenali salah seorang Nabi yang mempunyai martabat yang tinggi sehingga di gambarkan di dalam Al-quran sebagai lambang kesabaran....Beliau adalah [NABI AYUB A,S]...Di tinggikan darjatnya di banding Nabi2 yang lain kerana kesabarannya..Di beri Allah dgn kemuliaan yang tidak ada seorang nabi pun yang di gelaran kemulian ini melainkan beliau sahaja..Tahap kesabaran yang di laluinya boleh dikatakan TAHAP SUPER SAIYA 10 jugak ler..Not level manusia biasa ma..Siapa ler yang sanggup tanggung penderitaan yang menyeksakan dan terlalu pahit untuk di rasai oleh lidah kita ni..Lagi makan penadol pun muka dah macam Cuka ini kan pula musibah yang di deritai oleh nabi Ayub A.S..Comform geleng kepala punya beb!,"siap lari macam lipas kodong masuk kesarang tengok musibah yang di tanggung NABI AYUB A,S ini...."Kesian beb kalau nak di ceritakan apa yang di lalui olehnya"...Dari hidup yang sonang gumbira sehingga ditenyek dgn roda kehidupan yang tidak ada siapa pun yang mampu menolak roda tersebut walau sedikit pun..Tidak akan berganjak sesuatu itu tanpa izin Allah...Di yang maha mentadbir segala urusan hamba-hambanya..Yang di maksudkan disini,kita tidak mempunyai kekuatan melainkan kekuatan Allah...Allah memberi kekuatan pada Nabi Ayub a,s sehingga beliau berjaya mengharungi dgn tabah dan sabar..

Kekuatannya itu adalah :Mengikuti perintah Allah,Zikrullah,tawakal,kecintaan,ilmu dan banyak lagi...

Kepada yang di beri dugaan oleh Allah dgn bermacam-macam masalah seperti sakit,masalah percintaan, masalah kewangan,kekeluargaan dan banyak lagi masalah yang kurang menyenang di jiwa..Sebenarnya Allah memberinya atas sebab-sebab yang Allah sudah tahu kemampuan seseorang itu untuk melaluinya...Dan korang adalah insan yang terpilih berbanding insan2 yang lain dimana belum tentu lagi orang lain mampu menanggung musibah itu..Allah itu maha mengetahui yang korang adalah pilihannya berbanding insan2 yang lain...Di sinilah letaknya kekuatan jiwa..Rohani dan juga jasmani..

Kekuatan rohani dan jasmani tidak mudah diperolehi kalau tidak dari Allah s.w.t kerana yang berlaku atas kudrat dan iradatnya....Insya,Allah Ese huraikan sikit benda ini memantapkannya :

1)Ilmu 2)solat 3)zikrullah 4)Doa 5)taubat 6)tawakal 7)sedekah 8)Dan banyak lagi benda nya memberi kekuatan dalam menghadapi musibah..

Dalam menghadapi ujian atau musibah yang ese amat tekankan di sini adalah ilmu kerana ilmu adalah tunjang kepada setiap sesuatu perkara...Sebagai contoh kalau kita nak jadi doktor kene lah ada ilmu kedoktorannya,kalau nak jadi tentera kena lah ada ilmu terap menerapnya,mara tempurnya,kalau nak jadi peguam kena lah ada ilmu lawyer buruknya dgn faktanya and banyak lagi...

Bergitu juga halnya dalam menghadapi musibah..Ilmu adalah ibu kepada solat,zikrullah,doa,taubat,tawakal,sedekah and banyak lagi...

Sebagai asas pengenalan tentang ilmu dalam mengenali bala..Ese bagi sedikit khafiat pengenalanya..You can do it at home..Jgn le buat kat tempat swimming pool plak k...

Bahan2nya..

1)satu kolam besar.

2)satu gelas air.

3)1 kilo garam kasar.

1)Cara yang pertama...Sediakan satu gelas air yang sudah berisi air kosong..Selepas itu masukkan satu kg garam kasar di dalam gelas tersebut...He..he..Cuba korang rasa and terus minum airnya."Takkan sodap kut!"..Confirm..muka yang hensem tadinya jadi berkerut dan keluar sumpah seranah dimulut korang..masinnya and terus muntah...

2)Cara yang kedua......siapkan satu kolam besar..Lebih korang macam kolam renang jugak ler..Jgn ler tgh org mandi kat swimming pool tu korang taburkan garam plak..Kang kono smack down plak oleh penjaganya.,Yang awek mandi kat situ lari bersepai tengok mamat garam ni taburkan garam.."Entah ape ke jadahnya tabur garam tu ingat kolam tu sup ayam ke nak bubuh garam,nasib baik tak bubuh perencah sup ayam,kang jadi kolam sup ayam plak,lubang terbiak ke!"he..he...Yang penting korang faham ajelah ye..itu pun sudah cukup."..Apabila sudah dikenal pasti kolamnya,masukkanlah satu kg garam kasar tersebut ke dalam kolam itu...Heheh..Cuba korang rasa and terus minum..Yang pasti dgn Slambanya dan tenangnya wajah korang minum air kolam tersebut..Confirm tak keluar sumpah seranah punya..Rilek and cool aje...

Apa yang kita tengok tadi adalah berdasarkan ilmu..Apabila kita sudah banyak mempelajari ilmu di dada..Maka jadi lah kita org yang kedua dimana apabila diminum airnya tidak lah beliau berkeluh resah kerana yang pasti ilmunya sudah dapat mengatasi segala masalahnya..Siap slamba and tenang aje wajahnya..Dgn tenang aje menghadapi masalah dan kesukaran duniawi ini.,Maner tak yer,1 kg garam tu pun boleh jadi tawar kalau airnya sebesar kolam besar..Berbeza pula pada org yang pertama tadi..Ilmunya setakat satu gelas tu aje...So berat le nak menghadapi setiap permasalahan..Siap termuntah beliau untuk meminumnya kerana tidak mampu menanggu masinnya 1 kg garam tersebut..Sedangkan natijah 1 kg garam itu sama sahaja di rasai oleh org yang kedua tadi...

..GARAM ITU ADALAH KESUKARAN,AIR ITU ADALAH ILMUNYA...

So faham2 aje lah ye...Di sini Ese beri sedikit pemahaman untuk memahami kontek ilmu dalam mengharungi liku2 kehidupan..Tiada ilmu maka sukar lah kita mengharunginya..Dgn ilmu insya,Allah kita dapat menghadapinya di temani dgn amal dan Geng yang paling terbaik adalah keikhlasan...

3 Kombinasi yang harus dijaga..ILMU,AMAL DAN IKHLAS...Insya,Allah jadilah kita sebahagian hamba yang bersyukur dgn nikmatnya dan bersabar dalam menghadapi musibah...