Jumaat, 26 Ogos 2011

selamat menyambut lailatul qadar

Subhanallah..Maha suci baginya Allah yang memiliki rahmatnya dan memiliki segala2nya..Insya,Allah semoga kita bertemu malam yang di katakan di dalam kitab Al-quran..kita bersyukur padanya di atas malam yang menjadi rahsia pada kita semua..Bahkan aku sendiri and korang pun tidak tahu di manakah letaknya malam tersebut???

itulah menjadi misterinya..Hua,hua2..Rahsia tetap rahsia ler..

Tapi bestnya kita ni..Semua buat dek and sambil lewa je dgn benda nih....Makin nak penghujung ramadhan makin banyak plak kita pergi bazar ramadhan,supermarket,shopping mall dan banyak lagi di pasar raya tu..Ada dgn kain yang cantik moleknya,dgn baju kilat berkilau-kilauannya,ada dgn sofa barunya dan banyak lagi benda agak baru lah kononnya...kalau para leluhur,wali2 atau ahli2 kerohanian..Pada malam terakhir ke 20 ramadhan lah mereka bergiat bersungguh2 mencari malam yang begitu rahmat dan time inilah Nur Allah memenuhi ruang angkasa sampailah ke tempat kita berpijak ini iaitu(Bumi)..Untuk pengetahuan korang NUR ALLAH itu adalah cahaya yang menyinari malam tersebut...Apa yang pasti malam tersebut adalah malam yang bercahaya..Hanya Insan yang terpilih yang menyaksikan kebesarannya.. Malamnya amat menyenangkan dan semua rahmat menyeliputi alam...So sape yang di izinkan dan berusaha menyucikan diri pasti menemuinya tanpa ada penghadang yang menghalang penglihatan dan segala rahsia diri untuk melihat kebesarannya...

Inilah kenikmatan kepada hamba yang beriman dan bertakwa...biasanya First kita nak puasa ramadhan pada awal ramadhan pasti banyak sangkut2 atau jem2 time Tengah hari or petangnya..haaa..itu memang ler first time ma nak start penyucian diri beb...Memang sakit sikit-sikit..Hawa nafsu berkoncang time tu..Antara kehendak diri atau kesejatian diri yang dalam..Sejatinya kita adalah bersih dan suci...

insya,Allah sambung geng..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Renungan Jumaat

Alhamdulillah dgn izinnya kita menjadi seorang insan yang bernama manusia yang Allah lantik dan pilih kita sebagai khalifah dimuka bumi nih...Insya,allah kita berkongsi sedikit ilmu dan luangkan masa untuk merenung sejenak dgn renungan yang mendalam sehingga melunak hati yang koras macam karat besi kat blakang umah Ese...Samo2 lah ambil kertas pasir gred no 1500 untuk mengbuang karat sampai solid dan bersinar...BERSAMA SESI RENUNGAN JUMAAT-

PAHALA YANG DITERIMA SELEPAS MATI...

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada 7 macam pahala yang diterima seseorang selepas mati....
  1. Seseiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh org untuk beramal ibadat didalamnya..
  2. Sesiapa yang mengalir air sungai selagi ada org yang minum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada org yang membacanya..
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada org yang mengunakannya...
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung..
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh org yang mempalajarinya...
  7. Orang yang meninggalkan Anak soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua org tuanya dan beristighfar baginya;yakni anak ynag selalu diajari ilmu al-quran maka org yang mengajarnya dapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri...

Abu Hurairah R.A. berkata,Rasulullah s.a.w telah bersabda;''Apabila telah mati anak cucu adam itu,maka terhentilah amlnya melainkan 3 macam;

  1. Sedekah yang berjalan terus(sedekah amal jariah)
  2. ilmu yang berguna dan diamalkan..
  3. Anak yang solah yang mendoakan baik baginya...

Di sini bersama2 kita bermuhasah diri supaya kita jadi insan yang terbaik didunia hingga akhirat...

Perihal tanda-tanda saat kematian




Alhamdulillah dgn izinnya.Allah izinkan ESE untuk story sedikit ilmu yang semuanya pasti bergotar kepala lutut,nangis tak kesudahan dan kekecewaan yang mencengkam..Lari punya lari...laju punya laju....makin laju kita lari makin dekat ler...Makin dekat plak rasanya makin kenal lah satu kehidupan sejati....Setiap detik hidup adalah nikmat Allah yang tidak terkira...Umpama sebuah permata yang amat bernilai...Tak terungkap dgn kata-kata dan tak terjangkau di pemikiran manusia..Fuh..Hebat wo...Nikmat dan Rahmat Allah ini pada kita semua...


Oklah ESE story sdikit ilmu yang Cetek nih dgn ko org semua...Setiap insan amat gembira apabila melihat seorang insan yang datang didunia,iaitu seorang yang bergelar manusia(BABY lah BEB)..Tapi apabila Allah ingin mengambilnya Haknya kembali kite jadi hilang keruan dan menangis kerana ketiadanya didunia...Ini lah dikatakan fitrah manusia yang bergelar Khalifah Allah dimuka bumi.....HIDUP DAN MATI.....Apabila tiba aje Harijadi...WO...WO..Gembira sakan lah yo....Ade yang pakai topeng beruk ler,Baju badot ler,and macam lagi rangam2nyer....Dgn senyum riangnyer dan ketawanyer..klo senyum slumber 2 takpe lah plak...Ni macam monyet ketawa sini ketawa sana...Ape manusia ke atau binatang tu.....MAI KITA FIKIR SEJENAK!!!.....

HARI JADI ADALAH HARI LAHIRNYA KITA SEBAGAI PEMENGGANG AMANAT IAITU KHALIFAH ALLAH.....(MENTADBIR DUNIA)

ESE berpesan pada diri ESE yang banyak cakap kosong disini dan korang semua...Sebenarnya hari jadi haruslah di sambut dgn muhasabah diri dari segala dosa-dosa kita yang lampau...Apakah selama ini kita berbuat baik pada diri sendiri atau sebaliknya...Jika tidak maka belajarlah memperbaiki diri dgn memperbanyakkan muhasabah(koreksi diri)..Dgn bermuhasabah kita dapat MENGENAL DIRI...Dgn MENGENAL DIRI maka dapatlah MENGENAL ALLAH...Tiadalah yang lebih baik daripada kita MENGENAL ALLAH...

Apabila menyambut hari jadi,bleh gak di buat dgn bacaan doa selamat atau majlis-majlis yang tidak bercanggah dgn islam..Tak payahlah ikut cara-cara barat tu..Siap macam Zoo plak dah,ada yang pakai topeng macam monyet dan macam lagi wajah-wajah di Zoo Negara...Hari jadi macam hari binatang sedunia plak dah...Kesian beb..Tak pasal-pasal hari jadi mcam hari binatang ler...Apa-apa pun yang penting...Bersyukur diatas nikmat yang Allah beri dgn panjangnya umur kita....Alhamdulillah ler.....


Hmm...Dgn Nada SLUMBERNYA ESE sampaikan nasihat dari mulut yang mempersonakan lagi menawan...Kepada yang terkena tempias air Liur Ese yang wangi macam bunga ros...Agak-agak ler...Jgn di sapu plak..Baik biar ajo sampai berbau......HE..HE.....Samo2 lah diambil buat ikhtibar dan plajaran untuk diri......Sebenarnya hidup ni.....Apabila semakin meningkat usia maka semakin hampirlah ia,semakin hari hampirlah ia semakin kenallah kita..(makin hari makin dekat lah beb..Bukan makin jauhlah ler...Samo2lah pikir..Ini Ese Story sedikit kongsian ilmu dari sahabat forumer...Berkaitan tanda2 saat kematian...Sebenarnya Allah kasih pada kita ma,diberi tanda2nya untuk kita bersedia untuknya...Samo2lah insaf dan merenungkannya...

Tanda-tanda saat kematian....

a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh danmalaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari : Mengidam makanan.

e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.

i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi dibahagian belakang badan.

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

DISINI BUAT RENGUNGAN BUAT DIRI ESE YANG DOIF DAN KITA SEMUA..

Dari ilmu ese yang cetek ini..Insya,Allah terbuka Ese bukak bab Ilmu Allah yang tersangat luas ini.Bab ini boleh Ese katogerikan dalam ilmu KALAM..Ini Ese dapat daripada seorang syaikh remaja dgn pengalamannya di sukorhajo dari indonesia..Dari apa yang kita tahu tentang kewajipan kita sebagai seorang islam adalah Rukun iman iaitu berkaitan beriman dgn malaikat..Sebenarnya malaikat israfil yang menjalankan tugasnya dgn menunjukkan tanda-tanda saat kematian itu..Malaikat maut pula adalah menjalankan saat kelepasan roh dan jasad..Tugasnya berbeza tapi amat berkait rapat..Dari pelajaran kat sekolah dulu tu,kita tahu bahawa malaikat israfil ini kerjanya adalah meniup trompet kiamat..He,he bukanya tiup seruling rekoder yang kita main kat sekolah tu lah yer..Time ini Trompet kiamat besar masih belum di tiupkan tapi beliau tetap menjalankan perintah Allah dalam meniup trompet kecilnya..Inilah di di katakan dgn tanda-tanda saat kematian..Tanda-tanda ini lah tiupan trompet kecilnya..Yang Ese ketengahkan dgn kongsian sahabat forumer di atas tersebut tidak berkaitan dgn apa yang Ese bicarakan dlm bab ini..Ini berkaitan dgn tanda2 dari alam seperti Manusia,tumbuh-tumbuhan,haiwan dan persekitarannya..Ada di antaranya kita sudah mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya..So di sini Ese amat tekankan dalam mencari dan belajar dgn segala ilmunya dalam erti kata (bersemangat Iqra)..Bukan menunggu ilmu itu datang tapi tetap belajar dan mendalami ilmunya dalam mencari redha Allah..Iaitu agama islam..Bukan dgn sijilnya master yang kita banggakan,PhD yang kita banggakan,ijazah yang kita banggakan tapi dgn ilmunya yang terletak pada diri kita sendiri.Mendominasi diri dlm menjadikan ilmu itu bermanfaat pada semua dan alam,.Bukan pada sijilnya ma..

Maaf yer kepada Pensyarah2,Pak-pak ustaz2 x kisah ler dari Al-azhar ke University antarabangsa ke,atau yang bertauliah dgn kelulusan yang high profesional.."Jgn mengamuk plak k!".You org sudah ada intelektual dan IQ dlm memahami konsep keilmuan..Ese ini yang lingkup SPM siap England terpapan pada sijil ESe ini menasihati,mengajak korang dalam memahami dan belajar tentang ilmu mengenal Allah.Ilmu inilah yang sebaik2 di ajar dan di pelajari kita..Sebab rangkuman ilmu inilah yang ada pada kehidupan kita di dunia dan akhirat..

Minta maaf sekali lagi untuk korang yer..Bukan apa Ese Target korang yang berpendidikan tinggi sebab ada sesetengahnya yang sudah tinggi menjulang kelangit tidak mampu melihat kebawah sehingga takbur dan sombong dgn status high profil.Kepalo dongak kelangit,, dah tak reti-reti nak jengok kebawah ke..Kesian org kat bawah tu!".Hidup kita ini untuk merealisasikan antara satu sama yang lain..Dari satu golongan bawahan hingga ke atasan..Bukan untuk kepentingan diri sendiri..Yang lemah di bantu,yang tak berdaya di majukan dan yang high level pula membantu..Antara satu sama yang lain haruslah bekerjasama dalam Erti kata..Rahmatulil alamin..Rahmat kepada seluruh alam..Not single-single ma..Minta maaf untuk kali keduanya for you all...Memang bengong kalau jumpa budak macam ni!"

Tengah tengok org low profil lalu pakai basikal buruk dijalan raya di hinakan..Mentang2 ler pakai kereta B.M.W.."Mak aii!"..sombongnya"..So di sini jgn pandang sebelah mata pada mereka kerana kemuliaan bukan letak pada darjat atau kedudukkan seseorang tetapi letaknya kemuliaan itu pada org yang bertawadhuk(Merendahkan diri),ikhlas,iman dan takwa di sisi Allah. .HEHE..JGN MARAH YER..NANTI KONO JUAL..Apa-apa pun kalau di jual di pasaran pun..Korang memang laku jugak..hehe..

Alomak lari tajuk plak dah!"...Kita sambung story tadi tu..Tanda2 yang di sampaikan oleh malaikat israfil ini adalah dgn bekerjasama dgn alam,tumbuh-tumbuhan,haiwan,manusia dan banyak lagi..Inilah kelebihan malaikat israfil dalam menjalankan perintah Allah dan tanggung jawabnya dlm menjalankan tugas2nya peniup trompet...Seperti yang kita sudah ketahui..Tanda-tandanya dgn pekikkan burung hantu yang pelik,pekikan burung gagak yang pelik,pokok yang tiba2 mati dan banyak lagi..Lain pula dgn kematian secara beramai2 iaitu dgn berlakunya gempa bumi,gumpalan awan hitam dan sebagainya..Berkaitan dgn mimpi gigi tanggal ke atau tercabut tu..Yang itu tidak berkaitan dgn tugasnya malaikat ini..Tugas malaikat ini bersangkut paut pada alam dan persekitarannya..Hanya org-org yang penuh tumpuan dan yang ambil berat dgn benda ini sahaja yang memahaminya..Banyak kita beranggapan karutlah dan sebagainya..Itu terpulang pada diri kita sendiri..Kita ada akal,anugerah dan mata hati..Sama-samalah bermusabah diri dan pikir lah sendiri..Apo kato RAJA LAWAK TU>>LU PIKIRLAH SENDIRI..

Ada jugak pendapat kuno2 melayu dan di nusantara ini dahulunya banyak beranggapan dgn adanya mimpi2 berjumpa dgn arwah yang telah meninggal dunia ker atau sbagainya..Ini tidak dapat di pastikan secara detail kerana mungkin ada 2 kemungkinan..

1)Petunjuk dari Allah.

2)Dakyah atau tipu daya syaitan dan iblis..

Jika ini berlaku mintalah petunjuk pada Allah dgn Membaca Al-fatihah 11 kali dlm niat minta petunjuk kepada Allah..Insya,Allah akan ada jalan kebenaranya..Biiznillah(DGB IZIN ALLAH)..Kalau itu dari Allah,itu adalah petunjuk kepadanya dalam membuat persiapan lebih awal..Kalau dari golongan jin itu adalah muslihat dalam mengelirukan dan menganggu ketenteraman manusia..Kan kita tahu syaitan dan iblis ini suka menganggu manusia dan suka mengelirukan manusia...Cukup itu coretan dari insan yang tidak berkelulusan tinggi dan tidak bertauliah dariku>(Lebai Slumber)..

Sekian dari Ese yang cetek ilmunya di kongsikan pada korang semua..Yang baik itu dari Allah dan yang tidak moleh dari ese atau dakyah syaitan..WALLAHU ALAM..YANG LEBIH MENGETAHUI HANYA ALLAH SAHAJA YANG TINGGI PENGETAHUANNYA..NOT ME AND NOT YOU..Tuhan ma..Kan sonang..