Isnin, 26 Disember 2016

Pesan dan nasihat Nabi Khidir a.s untuk umat akhir zaman

Asalamualaikum smua..Lama saya x update blog ini..Alhamdulillah atas izinnya saya dapat memapar kisah yang boleh diambil ikhtibar dan di jadikan sebagai insprasi bahawa para2 kekasih Allah masih inginkan kita umat akhir zaman ni dalam keadaan sejahtera di dunia dan di akhirat. Smoga kita dapat hidayahnya dgn ape yang di story kan ini...

Apakah kita mengenali Nabi khidir A.S?

Di dalam Al -quran Allah telah menerangkan tentang sosok manusia ini iaitu seorang yang Allah kurniakan dengan hikmah keilmuan yang dtg dr Allah S.W.T..Keilmuan beliau adalah tingkat tinggi dari segi memaknai ape yang beliau sampaikan...Keilmuannya adalah secara langsung dari Allah tanpa ada perantaraan sesiapa pun...Seperti story nabi musa a.s yang pernah mendapat pendidikkan dari Nabi khidir a.s secara langsung dan Nabi musa a.s tidak mampu mengikuti sampai peringkat akhirnya...Dan banyk pertentangan yang berlaku pada ajarannya di mata Nabi musa a.s yang menekankan jalan2 syariat...maka sampai di situlah perpisahan antara mereka berdua...Benda ini telah di terangkan di dalam surah al -kahfi..Insha,Allah law nak faham boleh memaknai balik surah ini...

Insya,Allah atas rahmatnya sy akan buat coretan pengalaman nyata hamba Allah ini atas izin Allah s.w.t...Di sini saya akan menceritakan seorang hamba Allah yang berdialog dengan Nabi khidir a.s dengan amanat pada umat2 akhir zaman...



PENGALAMAN BERJUMPA DENGAN NABI KHIDIR A.S...

Dengan izin Allah S.W.T  sukmanya di bawak oleh Allah Azzawajalla dengan qudrat iradatnya...Sampailah di satu lokasi yang amat di kenalimya iaitu Masjid Nabawi...Berdirinya betul-betul di hadapan pintu emas yang bertahtakan kalimah ALLAH & MUHAMMAD..

 Pintu pun terbuka seolah2 ada yang membukanya dari dalam masjid tersebut dan terpancarlah satu  cahaya putih kekuningan menyelubungi sekitar masjid tersebut..

Tiba-tiba muncullah seorang lelaki yang beperwatakan lembut,tinggi dan sasa...Wajahnya cerah tetapi tidaklah begitu putih seperti orang arab kebiasaannya...
Mukanya lembut dan sangat menyenangkan apabila di pandang..

Penampilannya amatlah luar biasa walaupun nampak bersahaja...Beliau mengenakan serban berwarna hijau tua dan jubahnya pun menyamai warna tersebut cuma warna jubahnya lebih cerah berbanding serbannya...Di tangan kanannya memegang tongkat lurus yang menancap ke tanah masjid dan beliau pun memberi senyuman dan salam...

Mari ikuti dialognya....Nabi Khidir a.s dan hamba Allah ini..


Asalamualaikum warahmatullah

Wala,alaikum, salam warahmatullah..Siapa?

Apakah kau tidak kenal padaku sedangkan engkau mengucap zikir akan hadiah milikku di pagi dan petangmu?
Engkau menjadikan ia amalan di masa hadasmu, maka aku doakan Allah menyucikanmu dari hadas yang paling hina iaitu mati dalam keadaan kufur".

Amin ya rabbil alamin...
 (secara tiba2 air mata mengalir dengan perasan syahdu sambil mengaminkan doanya)..Dengan perasaan tersebut di lanjutkan kembali perbualan tersebut.)
Kau khidir ?
Bukankah manusia  hanya temui kau di lautan?


Ya ,kau hanya dapat menemuiku di lautan sedangkan aku perlu menemuimu di tempat seperti ini. 
Aku menemuimu bukan kerana engkau semulia musa, tetapi kerana umat Muhammad yang di muliakan oleh Allah S.W.T.
Aku menemui engkau untuk mengingatkan kau dan umat Muhammad yang lainnya,seperti apa yang pernah aku berpesan kepada musa, peringatan untuk umat akhir zaman."


(Nabi khidir a.s pun membaca beberapa potong ayat surah al- kahfi iaitu ayat 1-3 surah Al-kahfi...Setelah selesai membacanya Nabi khidir a.s pun bertanya kembali...)

Apakah surah itu?

"Surah Kahfi".

Apakah maksud ayat-ayat tersebut ?

(Hamba Allah terdiam mengelengkan....)

Bagaimana kau tahu itu kahfi sedangkan kau tidak tahu akan maksudnya ?

"Aku membaca surah kahfi tetapi aku tidak tahu maksudnya".

"Surah Kahfi adalah senjata mukmin untuk mengalahkan dajjal di akhir zaman nanti tetapi bagaimana nak gunakan senjata sedangkan tidak tahu bagaimana cara menggunakanya. Surah kahfi , suatu peringatan & panduan untuk umat akhir zaman"..


Nabi Khidir a.s pun membaca 2 potong ayat 71 & 79 dari surah Al- Kahfi serta menghuraikan terjemahnya ayat tersebut...


Membaca Ta,awuz
 
فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا ۖقَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا
(Surah Al-kahfi ayat 71)


أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
"Aku bermaksud merosakkan perahu bagi orang-orang miskin itu kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas perahu mereka".
 (surah al-kahfi ayat 79)

Itulah akhir zaman, 
Dimana raja akan menindas rakyatnya sendiri..
Orang kaya akan bertambah kaya dan orang miskin akan bertambah miskin...
Harta yang di rampas bukan secara kasar tetapi secara halus melalui sistemnya RIBA.
RIBA itu di haramkan oleh Allah S.W.T ,namun yang haram itulah yang menjadi kebiasaan umat di akhir zaman....
Sehinggakan ia menjadi suatu keperluan dalam kehidupan....

"Maka bersederhanalah dalam memiliki harta umpama MENDAYUNG PERAHU YANG BOCOR".


Nabi khidir a.s pun melanjutkan bacaan surah al- kahfi ayat 74,80 dan 81 serta menghuraikan penterjemahan satu persatu....


Membaca Ta,awuz..

(74). فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا

(80)* وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا

  (81)*فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا

 (surah Al -kahfi ayat74, 80 & 81)

"Dan adapun pemuda (kafir)itu, kedua ibubapanya mukmin, dan kami bimbang kalau dia akan mendesak mereka kepada kesesatan & kekafiran"
"Kemudia kami menghendaki ,supaya Tuhan mereka menggantikannya dengan (seorang anak lain) yang lebih baik kesuciannya daripada (anak itu dan lebih sayang kepada ibubapanya)".

"Itulah akhir zaman.....
Kepayahan IBUBAPA UNTUK MENDIDIK anak menjadi soleh ,
Ibubapa sibuk mengejar harta untuk menyuap anak-anak mereka ,
tetapi kurang ILMU AGAMA sebagai panduan hidup,
 menyebabkan mudahnya terdedah pada perkara/budaya yang buruk dan negatif.....
Ibubapa yang kurang ilmu melahirkan anak yang jahil pada agama,
Anak-anak menjadi amanah yang paling berat"...

"Maka ,hiduplah dalam keluarga yang MENCONTOHI RASULULLAH &  SAHABAT"..


Kemudian Nabi khidir a.s melanjutkan bacaan lagi dengan membaca ayat 77 dan 82 surah Al-kahfi....

Membaca Ta,awuz...

 فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ ۖقَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا
(Surah kahfi ayat 77)

  وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا 
 وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ
 (Surah Al- kahfi ayat 82)

"Dan adapun tembok rumah itu adalah milik dua orang anak yatim di bandar itu yang di bawahnya terseimpan harta kepunyaan mereka dan bapa mereka seorang yang soleh ,maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat daripada Tuhanmu"....

"Itulah akhir zaman ,
Penduduk yang menjadi semakin kedekut, 
amat sedikit yang bersedekah dan mengeluarkan zakat. 
Malah harta yang di infakkan sering dipertikaikan dan diragukan, 
sehingga tujuan bukan lagi kerana Allah tetapi sekadar budaya orang kebanyakkan"...

"Dan aku bermaksud membina tembok itu kerana untuk menyembunyikan harta anak-anak yatim, kerana begitu  sedikit sekali manusia yang amanah, bapa anak tersebut terpaksa menanam harta tersebut kerana tidak ada lagi orang yang amanah dalam menjaga harta tersebut"....

"Itulah akhir zaman, 
orang-orangnya terlalu mencari harta sehingga sanggup menjual amanah,maruah dan agama"...

"Maka itulah kelemahan manusia akhir zaman, iaitu HARTANYA..
Di sebabkan itu mudahnya dajjal untuk menguasai umat akhir zaman kerana mereka boleh di beli dengan harta dunia sehingga lupa siapa Tuhannya"..

"Ini pesan ku amalan kahfi bukan sekadar di baca tetapi panduan di akhir zaman.
Allah sentiasa memberi peringatan dan amaran, 
tetapi manusia itu semakin buta dan pekak"...

"Muhammad telah mewasiatkan Al-quran dan sunnahnya untuk di pegang oleh semua umatnya..
Bukan untuk di pegang di tangan tetapi di pegang dengan hati"....

"Sebarkanlah peringatan ini kepada sesiapa yang kau mampu kerana Allah akan membukakan hati kepada sesiapapun yang dia ingini"....

Insya, Allah...


(Selesai mengucap perkataan insya,Allah itu pandangan terus menjadi gelap dan mata pun terbuka.)....


PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL :
Surah Al-kahfi adalah senjata yang berkesan untuk menentang Dajjal tetapi kita hanyalah membacanya sebagai senjata..Sedangkan yang di maksudkan oleh nabi Khidir a.s itu adalah isinya yang di amalkan bukannya amalan yang di bacakan melalui lisan tanpa penghayatan isinya yang di baca dan di amalkan dengan tindakkan dan niat ikhlas..Marilah kita sama2 bermuhasabah diri dalam mencari keredhaan Allah S.W.T..Sesungguhnya beliau Khidir a.s tidak pernah lupa dan cintanya akan umat Muhammad S.W.T dengan memberi beberapa nasihat yang berguna untuk kita semua...

Ada 3 slot pesanan yang di sampaikan tadi iaitu....

1.Pemerintah zalim , riba
2.Ibubapa kurang didikan agama kepada anak2
3.Kedekut ,cinta harta atau dunia ,tidak amanah ,tiada keikhlasan

ketiga2 ini lah yang menjadi puncanya iaitu bersandarkan harta..Dengan harta semua sanggup melanggar larangan Allah...Harta dunia inilah yang membuatkan manusia terbuai sehingga mereka lupa akan tuhan yang esa...Insya,Allah smoga kita dapat mendapat manfaat dari apa yang di sampaikan....Amin...