Rabu, 22 September 2010

KU CORETKAN PENGALAMAN YANG BERPENA AT BLOGGER

DGN NAMA ALLAH YANG PENGASIH LAGI PENYAYANG..

Asalamualaikum semua..Insya,Allah Aku akan buat coretan yang boleh di kirakan tahap Boring dewantara jugak ler..Oleh kerana hidup itu penuh dengan lakaran kehidupan ,aku akan story jgk ler drama2 pentas dunia ni kat korang smua....

Tentunya korang akan rterfikir kenapa Aku banyak story pasal dunia kehidupan..Dan tak habis2 cerita pasal kehidupan..Aku pun tak tahu,Mungkin kehendak Allah suruh aku rajin jadi Ahli Blogger kot!
"Apa2 pun aku ni bukan Ahli blogger tegar siap karat macam rell kereta api"Karat sikit2 aje tu aje beb!"...
Mungkin korang ada yg bosan dan ada yang suka dari apa yang aku ceritakan...In shaa Allah yang baik semesti nya dari Allah Azzawajala...yang kurang itu dari diri aku sendiri...

Aku bersyukur pada Tuhan kerana aku di kurniakan sesuatu yang baik buatku mungkin nampak ianya sesuatu yang memberatkan dan menyusahkan tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik kita semua......Dan ini adalah salah satu pengetahuan yang di berikan oleh Tuhan kepadaku..So sebagai insan  doif ini,aku Coretkannya dalam Blog ini sebagai landasan dakwahku yang tidak di iktiraf oleh jakim Malaysia..

"Huhu"...
Ada kemungkinan besar apa yang aku storykan kebanyakannya ada yg membangkang dan ada yang menyokong...Ketuk hati tanya iman yer!".Itu terpulang kepada setiap induvidu itu sendiri..Persepetif dalam memahami ilmu itu berbeza antara satu sama yang lain ma...

 Dalam blog ini tidak lah semestinya pengalaman aku yang coretkan ,
ada sebahagianya pengalaman temanku sendiri yang aku coretkan untuk menambah lagi keimanan dan kecintaan kita kepada  Allah SWT yang menguasai segala nya...

Bagi yang sudah mempunyai iman atau sudah terdedah dengan dunia dakwah mungkin mereka memahami apa yang aku sampaikan mengikut kadar maqam-maqam tertentu,
tetapi tidak semua yang di beri kefahaman sekirannya Allah x mengizinkan....So apa-apapun kita bersangka baik kat Allah sahaja yer...

Bagi yang newbie atau yang masih jauh lagi perjalanan nya dalam mendekatkan diri kepada Allah,,aku yakin korang mesti bosan melayannya kan!"...haha,,

,Aku minta satu jer kat korang!...."Korang baca je dan layan je K"...Aku yakin yang memberi petunjuk taufik hidayah itu milik Allah...In shaa Allah mane tau dari apa yang korang baca itu menambah lagi keimanan dan merubah kehidupan korang kepada yang lebih baik...Amin..

Aku akan masuk dalam blog ini kebanyakkannya berkisarkan unsur2 keagamaan...Terkait di dalamnya pengalaman, ilmu hakikat ,tarikat ,syariat ,makna ,kesabaran ,rukun iman ,rukun islam dan pengalaman-pengalaman yang di luar jangkaun manusia...Semoga apa yang aku ingin coretkan ini dapat memberi manfaat buat korang  ye"...

Kalau tidak kerana pengalaman yang berada di sekitarku manerlah aku mampu mendominasikannya ia dalam bentuk pena atau ilmu..Semuanya se izin Allah S.W.T...Memang ini adalah kuasa Allah dalam memberi sesuatu dgn cara-caranya yang tersendiri..Ada yang belajar dgn berguru dan ada yang belajar dgn cara-cara yang Allah tentukan dalam merealisasikan kehidupan kita ini untuk mencapai jalan ketuhanan atau rahmatillalamin..

Kalau aku nak ceritakan pasal guru ini,terlalu banyak versi ma..Ada yang berguru langsung dgn Allah,ada yang berguru dengan malaikat ,ada yang berguru dengan nabi,syaikh,ulama,ustaz dan sebagainya..Ini adalah salah satu pelajaran kita dalam memahami konsep berguru,
 tidak kisah siapa orangnya tetapi selagi dia masih dalam jalan Allah dan Rasulnya maka di persilakan belajar dan selari dengan Al-quran dan sunnah...

Yang terpenting adalah kita bersemangat iqra dan mengenal Allah S.W.T...Ilmu ini lah yang baik untuk kita amati dan pelajari daripada ilmu-ilmu yang membuat kita jauh dari Allah Azzawajalla...Semoga kita di beri pentunjuk ,taufik dan hidayah yang berkekalan dunia hingga ke akhirat...Amin

Sekirannya ada pertanyaan atau sesuatu yang muskil di persilakan untuk bertanya...
In shaa Allah...
Selayak aku sebagai hamba nya menjawab seizin Tuhan yang maha bijaksana...sempurna milik Allah, aku hanya lah hamba bukan siapa-siapa"...

Innamal I'ndallah...

Allahu Taala A'lam

Isnin, 13 September 2010

SELAMAT HARI RAYA(1 SYAWAL)

selamat hari raya semua.Abang2,adik2,minah2 and mamat semua...Semoga berjaya dgn hari kemenangan yang berpuasa..Maaf zahir dan batin semua jika Aku ada buat salah kat korang semua..Maafkan aku ya..