Rabu, 4 Oktober 2017

Berbaik sangka lah, Sesungguhnya disebalik setiap sesuatu adalah hikmah yang indah dari Allah



Alhamdulillah , segala pujian hanya milik Allah SWT.. Semua berlaku atas izin Allah SWT... Begitu juga dengan kehidupan kita seharian... Tidak berlaku sesuatu tanpa izin Nya...In Shaa Allah , seizin Nya hari ini aku akan buka tajuk yang tidak asing lagi bagi yang sudah mengetahui kisah di dalam Al -Quran... Bagi yang sudah membaca terjemahannya, in shaa Allah, akan tahu topik yang aku akan buka ini...
Bagi yang tidak tahu!!!"...Tidak mengapa ...Di persila kan untuk terus membaca apa yang ingin aku sampaikan ... Semoga apa yang di sampaikan ini akan memberi manfaat, menjadi asbab petunjuk dan hidayah buat kita semua di dunia mahupun akhirat. Amin...

Al-kisah nya adalah apabila aku diuji dgn perasaan marah kpd seseorang hamba Allah...Hampir hilang kesabaran ku ketika itu, sehingga kan aku membuat keputusan untuk beredar dari tempat itu dan pergi ke rumah dgn membawa perasaan yg masih belum reda...

Sampai saja di rumah, aku mengambil wudhuk dan melakukan solat Asar kerana ketika itu adalah waktu Asar...Sisa nafs marah ku masih di pertahankn lg dengan solat dan di lanjutkan juga dengan amalan lazim bersertakn zikrullah.

Ketika melakukan zikrullah, dapat di rasakan aura bercahaya agak kemerahan yang menyelubungi tubuh dalam bentuk membulat...Aura nya merah dan amat tidak menyenangkan seperti nya suatu bebanan yang tidak lepas...Bukan mudah untuk mnjadi seorang yg penyabar kerana peritnya dalam mengendalikn emosi iaitu menahan kemarahan bukanlah semudah seperti yang sering disangka.

Noted :- 
Patut lah Rasulallah SAW menganjurkan apabila seseorang itu marah, maka baca lah Ta'awuz dan juga berwudhuk atau mandi . Kerana aura merah ini bersifat api yang apabila di biar kan lama, ia nya menguasai hati sepenuhnya sehingga Syaitan akan mengambil alih tugas hati dan akan mengawalnya dengan mudah sekali...
Apabila ada orang yang sedang marah maka elok lah di asingkan seseorang itu untuk bertentang mata atau menjauhi perihal yang membuat orang itu marah ,dan jangan lah perlu di bakar-bakar sekira nya ada pergaduhan...
Sebab kemasukan nafs marah ini adalah bermula nya dari mata ,telinga dan akan turun ke hati.. Hati adalah kerajaan yang utama dalam diri manusia...Apabila nafs fujurah(marah) menguasai maka sifat taqwa akan tenggelam dan nafs fujurah akan timbul dalam diri..Seumpama nafs fujurah membalut menutupi nafs taqwa sehingga sifat taqwa tidak dpt menguasai hati dan hilang aqal  nya dalam membuat keputusan...Sedemikian rupa tidak lah mudah menewaskan nafs fujurah dengan sifat taqwa kerana perlu nya ada kesabaran yang tinggi
Wallahu a'lam..

Ketika berzikir di sejadah dengan menahan nafs marah yang membuak-buak, aku pun terlelap seketika...Dan dalam tidur itu aku bermimpi di mana aku mengetuai suatu peperangan yang sangat besar dan peperangan itu aku mampu menguasai tebusan-tebusan..
Allahu Taa'la Alam..

Selepas sahaja terbangun, aku berenung dan berfikir seketika..Tiba- tiba aku teringat kisah di dalam kitab suci Al-Quran iaitu Surah Al- Kahfi  tentang  Musa as berguru dengan Khidir as.. Seumpama Allah memberi ilham kpd ku sepertinya yang aku alami ketika Asar tadi, aku boleh kaitkan dengan kisah mereka ini sebagai panduan dan pelajaran buat ku...Mari kita lanjutkan keilmuan Nya...Dengan Izin Allah SWT ....


PERBICARAAN ANTARA
  Nabi Allah khidir as dan hamba Allah :-

Nabi Allah Khidir as : 
"Aku menegur Musa. 
Kerana dia tidak sabar di dalam pengajian nya
Sesungguhnya aku pastikan akan menjelaskan alasan aku sekiranya dia dalam kalangan orang yang bersabar ."

Hamba Allah :
"sila lanjutkan..."

Ilmu nya tidak sama dengan ilmu ku.
namun itu tidak meninggi rendahkan martabat aku dan dia.
hanya dia perlu sedikit menghormati pada guru nya, maka dia mampu mempelajari lebih banyak lagi."

" Guru ku Nabi khidir as!!!.Tapi kenapa setiap yang kau sampaikan kepada beliau amat tidak bersesuaian dengan syariat yakni larangan Allah pada manusia..."

 " Apakah kau akan memukul nyamuk yang menghisap darah mu sehingga mati, Sedang apa sebenar-benarnya kesalahan nya?"

" Sudah tentu kerana dia menghisap darah ku..
dia tidak bersalah kerana itu makanan nya atau rezeki nya...
Boleh kah jelaskan supaya aku memahaminya?"

" In shaa Allah...
Sedang manusia itu ,tanpa di sedar telah membunuh makhluk Nya dengan sengaja, 
apakah yang dibimbangkan dari gigitan seekor nyamuk kecil sedangkan mereka sedar kuasa Allah Maha Besar
Itulah syariat bagi manusia yang masih dikelilingi dengan nafsu dan dosa-dosa, hatinya yang masih berdinding kukuh dari pandangan Allah

" Sedang setiap kelakuannya berlandaskan apa yang dirasakan betul melalui penilaian hati yang masih berhijab dari penilaian Allah
Sedang hati yang jernih dengang pandangan Allah, 
setiap kelakuannya mengikut apa yang di kehendaki Nya, sama ada baik atau tidak pada pandangan manusia."

" Maka, janganlah merasa diri sentiasa betul,jika sedar dosa masih banyak
Hati yang kotor itu mempengaruhi pertumbuhan aqal mu, seterusnya mempengaruhi perbuatan mu"

"Aku dan kau adalah sama, kita manusia
Tetapi aku dan kau adalah berbeza, hati kita tidak sama
Maka, apa yang betul pada ku belum tentu betul pada kau
Dan apa yang betul pada kau belum tentu betul menurutku."

" Guru ku..Bisa saya bertanya lagi?."

" Silakan..."

":Alhamdulillah..banyak sekali yang saya ingin tanya kan pada mu...
Bagaimana kita ingin menjernihkan hati kita dengan pandang Allah seperti yang kau telah jelaskan tadi?"

" Berbaik sangka lah"
Sesungguhnya disebalik setiap sesuatu adalah hikmah yang indah dari Allah"

" Ya Nabiyullah...Tadi aku di beri pelajaran tentang bersabar dengan nafsu diri...
Boleh kah kau menerangkan lebih terperinci tentang nafsu ?"
 Dan aku bermimpi tentang perangi nafsu?"

" In shaa Allah...
Jika kau sedar setiap yang kau baik buruk yang kau alami adalah ujian dari Allah, 
maka kau akan lebih mudah memerangi nafsu.

" Peperangan nafsu adalah suatu jihad, yang setiap apa kau alami seharusnya kau memulangkan kepada Allah
Apa guna kau berzikir di atas sejadah sedang di saat kau diuji,kau lupa pada Allah
Itulah peperangan yang sebenar-benarnya, melawan musuh iaitu nafsu mu."

"Apakah senjatamu?"
"Sabar dan solat ."

"Apakah senjata itu hanya di guna dalam latihan, sedangkan di kala peperangan sebenar, senjata kau campak ke mana?"
"Ketahuilah, semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi martabat ujian nya
Namun , Allah Maha Mengetahui akan maqam hamba Nya."

"Alhamdulillah ..atas jawapan mu wahai guru ku..."


wallahu taala a`lam... Allah yang Maha Mengetahui dan memberi taufik dan hidayahNya...Semoga kita dalam naungan rahmat dan kasih cinta sayangNya pada kita semua,,amin.






Isnin, 2 Oktober 2017

Dendam nya Iblis menjadi manusia di sakiti dan di sesatkan secara zahir & bathin



 Alhamdulillah,Segala pujian hanya untuk Allah SWT, Syukur kepada Allah SWT kerana Dia mengizinkan aku untuk berkongsi keilmuan Allah yang Maha Bijaksana...Dengan kudrat wal iradah Nya dan petunjuk hidayah Nya mungkin aku tidak dapat menulis blog ini sebagai menjalankan tanggungjawab ku sebagai khalifah tul fil ardl dan hamba Allah...

Sebenarnya memang lama niat ku ingin membuka pengajian berkaitan tajuk ini kerana apabila aku nak buka sahaja pengajian tentang keilmuan pasti akan ada yang menghalang, bahkan musuh-musuh Allah akan menggagalkan nya...Betullah kata guru izrael as dan khidir as, setiap apa yang berlaku itu adalah ujian, dan setiap ujian itu pasti ada pengajian dan pelajaran yang kita boleh ambil bagi orang yang berfikir...Bersangka baiklah  kepada Allah SWT dan berlapang dada dalam menerima sesuatu yang terjadi...Wallahua'lam...

In Shaa Allah ,hari ini aku akan buka beberapa pengalaman di alam ghaib sedikit di sini untuk di kongsi kan.  Semoga kita  mendapat petunjuk taufik hidayah dan rahmat Nya dalam mencari redha Nya...Ini adalah kisah ringkas pengalaman seorang hamba Allah di alam ghaib...Ikuti lah perjalanan ceritanya...

Kisah 

Dalam keadaan sedar ,tapi tidak tahu ada di mana...
Suasana gelap dan tidak nampak apa-apa
Badan jasad seperti hampir jatuh dalam masa yang sama roh seolah ditarik keluar perlahan-lahan
Sempat menyebut "Allahu akhbar"
Setelah itu roh rasa melayang dan terbang naik ke atas
Tidak lama kemudian , terlihat izrael a.s di hadapan
Diri terasa terapung ,terbang naik ke atas
Mengekori izrael as ,tanpa kawalan sendiri ,juga terbang ke langit
Belum sempat ingin menegur Izrael as
Badan terasa seperti direntap sesuatu dari bawah
Apabila pandang ke arah bawah ,muncul Azazil dengan wajah yang bengis
Keadaan Azazil dengan badannya yang hitam ,muncul aura yang menakutkan darinya ,dengan muka yang buruk dan matanya merah dan seolah-olah pecah- pecah bola matanya ,mengekori kami....

Izrail a.s berhenti ,terus membaca satu potong ayat Allah

(ayat dari Surah Jin ayat 22)

Dan muncul panahan cahaya di tangannya...
Panahan tersebut dilontarkan ke arah Azazil
Panahan itu terkena pada kepala dan dia hancur dan lenyap secara tiba-tiba....

Suasana senyap sebentar

Izrael as pun berkata :
"Maafkan aku jika menentangmu sedangkan itu atas perintah Allah SWT ke atas ku"
(seolah berkata kepada Azazil)

"Azazil benar-benar berdendam pada cucu Adam ,umat Muhammad "
Sambil memandang ke arah saya ,
Dia terbang mendekat ke arah saya....

Melihatkan reaksi saya seperti kebingungan ,izrael as.s  menyambung kembali dan berkata :
"Azazil ,dahulu adalah guru kami para malaikat...
Dari dia ,kami mempelajari ilmu ibadah dan memahami kesucian kejadian kami...
Di langit ke tujuh ia di gelar Azazil yang bermaksud yang paling mulia kerana dia banyak beribadah dan lebih taat kepada Allah...."

Asalnya dia dijadikan dari api ,dia beribadah selama 1000 tahun dan dia di angkat naik kelangit pertama, kemudian Dia beribadah selama 1000 tahun dan diangkat ke langit kedua ,begitu seterusnya sehingga dia menjadi penghuni di langit ketujuh..

"Langit pertama, dia di sebut al-abid iaitu ahli ibadah
Langit kedua, dia di sebut az -Zahid iaitu pengabdian diri
Langit ketiga, dia dsebut Al-arif iaitu bijaksana
Langit keempat, dia disebut al-wali iaitu pembela
Langit ke lima ,dia disebut At -taqi, bermaksud ahli taqwa
Langit keenam dia disebut Al-kazin
Langit ketujuh, dia disebut Azazil iaitu Al-aziz bermaksud mulia

"Semua penghuni langit menghormati kerana ilmu dan ketaatannya pada Allah SWT....

Sehingga kami di khabar oleh israfil a.s bahawa terdapat catatan di dalam Lauh mahfuz Allah mengatakan akan ada penghuni langit yang akan jadi kufur kelak...
Berita itu membuatkan seluruh penghuni langit bersedih ,maka kami meminta Azazil supaya mendoakan kesejahteraan kami supaya tidak termasuk dalam golongan yang kufur.
Namun ,kesilapan Azazil tidak mendoakan untuk diri sendiri ,Mengakibatkan dia menjadi kufur di kala Adam di ciptakan oleh Allah SWT....

"Di saat Allah menciptakakn Adam as, Allah memerintahkan semua penghuni langit untuk sujud pada Adam,,,
Namun ,Azazil mempertikaikan bahawa dia diperbuatkan daripada api ,sedangkan Adam di ciptakan dari tanah.
Adakah Allah mengutamakan Adam sehingga memerintahkan dia untuk sujud pada Adam sedangkan dia lebih baik dari Adam?..
Namun ,Allah berfirman ,bahawa Dia berhak mencipta apa yang Dia kehendaki"

"ketika para penghuni langit semua turut pada perintah Allah SWT untuk sujud pada Adam as,,,Azazil tetap berdiri kerana enggan sujud pada Adam as...
Para penghuni langit sujud untuk kali kedua sebagai tanda syukur kepada Allah SWT ,namun Azazil tetap berdiri enggan sujud...

"Perbuatan Azazil itu membuat kan Allah menjadi murka kerana tidak mahu mengikut perintah Nya..maka Allah melaknatnya dengan menulis "iblis"di Lauh Mahfuz menggantikan gelaran Azazil. kemudian Allah menghalaunya keluar dari syurga ,turun dari langit dan menggantikan wajah dan sayap asalnya yang mulia kepada keadaan buruk dan bengis...
Melihatkan azazil turun dari langit, malaikat Allah iaitu Jibril as dan Mikail as menangis dan berdoa supaya mereka tidak berkesudahan sama seperti azazil."

Saya tidak sedar bila saya menangis ,sebab izrael menegur kenapa saya menangis?
Sebab saya pun berdoa perkara yang sama, semoga saya tidak berkesudahan sama seperti Azazil...

Kemudian ,saya bertanya :
"kau ada menyebut tentang Azazil yang berdendam dengan cucu Adam ,umat Muhammad?"

Izrael as :
" Ya ....Di sebabkan penciptaan Adam ,Azazil menjadi kufur dan turun dari langit..
Sedangkan Azazil sendiri bersifat ego dengan kemuliaan dan kedudukan nya di langit
Namun , atas kemurahan Allah ,dia dan anak cucunya masih di benarkan untuk naik turun langit, bahkan melihat catatan dalam kitab Lauh mahfuz...

Tetapi ,di sebabkan banyak manusia menggunakan bantuannya untuk melihat Lauh Makhfuz untuk mengetahui nasib dan takdir ,maka Allah menyekat mereka naik sehingga ke langit ketiga ,setelah kelahiran Isa as...
"Tetapi ,mereka mengambil peluang itu untuk mencuri mendengar perbualan penghuni langit ,dan mengguanakan ia untuk menyesatkan manusia ,maka setelah kelahiran Muhammad SAW ,mereka semua di larang untuk naik ke langit lagi...

Setiap kali mereka cuba untuk naik ke langit ,mereka akan dipanah seperti yang kau lihat tadi...Namun , itu bukanlah kuasa dan kehendak kami melainkan semuanya atas perintah Allah SWT yang murka pada mereka...
Kelahiran Muhammad SAW yang dikelilingi dengan malaikat yang di ketuai oleh Jibril as dan cahaya kelahirannya memancar hingga kelangit...
Melihat hal itu , tahulah mereka bahawa Muhammmad SAW telah lahir dan setelah mereka di larang untuk naik kelangit..Maka bertambah dendamlah mereka pada manusia ,terutama umat Muhammmad SAW..."

Saya memberanikan diri untuk bertanya :
"Dendam mereka seperti apa?"

Izrael as :
"Dendamnya untuk menjadikan manusia kufur sama seperti dia ,dalam apa jua ,sama ada secara di sesatkan atau di sakitkan."

Saya bertanya,
"Apa yang di maksudkan dengan menyesatkan dan di sakitkan?"

Izrael as :
"Apabila manusia itu di sesatkan, kerana dia memilih jalan selain  Allah SWT...
Dan apabila manusia di sakitkan ,jasad yang sakit hatinya lalai pada Allah SWT.Jasad yang sakit ,hatinya mengutuk Allah SWT...."

Saya menyebut , Nauzubiillahi min zaliq...

Izrael as :
Semoga Allah merahmatimu ,kerana yang di tuju Azazil itu adalah hati manusia ,Disaat kau bertentang mata dengannya ,itulah yang paling hampir dia dapat menghampirimu..Di saat dia menggenggam hampir hancur hati mu ,hati yang ingat pada Allah itulah yang memperkuatkannya dari hancur di genggam Azazil. Dengan itu ingatan hatimu pada allah menjadi Asbab Allah melindungi ajalmu dari di tangan Azazil...Kerana tiada yang dapat memudharatkanmu melainkan dengan izin Allah SWT....

Masa itu saya tertunduk ,masih ada titis air mata ,sambil mengulangi kata2 izrael as ,seolah berdoa "Tiada apa yang memudharatkan ku melainkan dengan izin Allah SWT...

Izrael as :
"Dunia itu syurga bagi mereka ,kalau kau bahagia di dunia ,waspadalah...Kerana itu petanda bagi hati yang leka dengan dunia ,hati yang mudah di pesongkan oleh mereka...Tetapi kalau kau derita di dunia ,kuatkanlah kecintaan mu kepada Allah SWT supaya kau tidak mengutamakan dunia lebih dari rasa rindumu untuk bertemu dengan Nya.."

Assalamua`laikum....

memberi salam sambil sayapnya seolah membaluti saya...
saya rasa gelap ,badan rasa memberat ,tak lama kemudia kedengaran bunyi mesin ECG ,ekmbali di ICU

Wallahu A'lam