Khamis, 6 September 2018

CINTA ALLAH DAN RASUL NYA


 
Assalamua'laikum semua, segala pujian hanya untuk Nya...Allah pencipta alam semesta...Semoga berbahagia kalian semua dalam naungan redha Nya..Amin...

Kepada pembaca-pembaca yang budiman mari lah kita layan lagu di atas tu ye....Aku suka lagu ni..💖💖😁😁

 In shaa Allah, aku akan buka tajuk berkaitan cinta ALLAH dan RASUL..Sekarang ini kita berada di zaman yang Rasulullah SAW pernah sabdakan kepada sahabatnya di kala umatnya akan melalui fasa yang berat besar iaitu fitnah dajal...Allahu taa'la a'lam
Dimana manusia akan sibuk dengan urusan dunia lebih dari urusan akhirat...Terlalu banyak teknologi yang berkembang biak dari tahun ke tahun sehingga kemajuan itu menenggelamkan fikiran-fikiran anak muda dan mampu meracuni mereka sehingga mereka lari daripada mengikut aturan Al-quran dan sunnah...Pendedahan ini lah yang banyak meracuni anak-anak muda sehingga jauh dari mengikuti ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul Nya...Trend sekarang ni yang menjadi ikutan yang paling berpengaruh seperti budaya barat,k-pop,korea dan sebagainya adalah didikan yang menjauhkan diri kita dalam mengenali kekasih ALLAH iaitu insan yang Tuhan sayangi MUHAMMAD SAW...

Sepatutnya kita sebagai umat akhir zaman iaitu umat Muhammad SAW berbangga dan bersyukur kepada ALLAH kerana telah di lahirkan dalam kelompok panji Nabi Muhammad SAW....Insan ini lah yang kita patut contohi sebagai membentuk keperibadian yang unggul sebati dalam kehidupan kita...

Aku bersyukur masih ada lagi kelompok yang masih meraikan dan aktif dalam pogram cinta ALLAH dan Rasul Nya...Bahkan masih ada lagi pogram zikir-zikir dan dendangan qasidah-qasidah berselawat ke atas Rasulullah SAW...

Kepada mereka-mereka yang di luar sana yang masih menyatakan pogram-pogram ini bida,ah atau mengecam setiap usaha mereka yang berusaha meninggikan dan memuji akan kebesaran ALLAH dan memperjuangkan risalah Nabi ini...Aku minta korang hentikan dengan serta merta kerana janganlah ada di dalam hati itu sangkaan yang tidak baik ke atas mereka yang berusaha memperjuangkan jalan-jalan Nabi ini..Mereka yang memperjuagkan syiar islam ini akan menjadi panji-panji nabi di akhirat kelak,in shaa Allah ..Aminnn

..Semoga kita bersama meraikannya penuh rasa cinta dan bersungguh-sungguh menghadiri pogram yang Allah redhai ini...Berusahalah walau dengan sedikit usaha dan pengorbanan in shaa Allah, Allah akan membalas dengan apa yang kita usahakan lebih besar ganjaran yang kita dapat sehingga kita akan merasai sekecil-kecil kebaikan yang kita lakukan kerana Allah tidak setading dengan apa yang kita miliki...Wallahu'alam...

Kepada yang ada menerima iklan majlis zikir-zikir atau qasidah selawat nabi ini yang Allah beri kemampuan untuk berkunjung tu pergilah ye,
  kerana sekiranya ALLAH  ramainya para-para malaikat yang hadir menghadiri  majlis -majlis memuji akan kebesaran ALLAH dan memberi penghormatan buat Nabi Muhammad SAW...

In shaa Allah, hari ini seizin Allah yang sangat aku sayangi dan dengan asbabnya aku hadirkan hatiku untuk cinta ALLAH dan Rasul Nya...Lakukan setiap apa yang Rasulullah SAW lakukan kerana itu cerminan cinta ALLAH kepada hamba Nya...Dalam erti kata uswatun hassanah,ikutan yang terbaik bagi umat manusia seluruh alam..Biar sedikit,lama-lama jadi bukit...Perlahan-lahan dalam mendidik diri mengikuti keperibadiannya,akhlaknya,hatinya dan seluruh perbuatan zahir dan bathinnya.


Hari jumaat,12 january 2018-
bersamaan 24 jamadil awal 1439 hijrah..
Suatu petang seblum menjelang maghrib aku bergerak menuju tempat yang sudah kami rancang iaitu suatu majlis yang di hadiri oleh habib dan ulama-ulama yang terkemuka dan di kenali...
Banyak dugaan ketika menghadiri majlis tersebut..Hujan renyai dan ada ketika nya lebat menemani kami sambil mendengar qasidah dan tausiyah habib dan ustaz di atas pentas..Dengan qudrat Allah kami di izinkan untuk meraikannya bersama-sama sehingga selesai majlis tersebut...Syukur Alhamdulillah..
Sebelum aku balik rumah ,aku sempat membeli beberapa barang di sekitarnya seperti serban dan ridak...Walaupun aku tidak lah seperti mereka yang beserban dan beridak tetapi aku menyukai dan merasa jatuh cinta cara pemakaian Rasullullah SAW...Sebenarnya aku masih berjinak-jinak atau mencuba-cuba dan teringin memakai pakaian ala-ala kekasih Allah...
Aku bersyukur pada ALLAH SWT ,ketika aku beransur balik ke rumahku,aku terpaksa mengharungi hujan yang lebat dengan malam yang dingin...Memang aku akui perasaan aku ketika itu longlai atau goyah,kerana aku rasa kesejukan teramat sangat sehingga aku tidak sabar sampai kerumah...

Fikiran aku ketika itu hampir down kerana angin yang menusuk ketubuhku sehingga aku merasa berketar-ketar di atas motor dan menahan mataku yang hampir terlelap...Aku tahan kesemua nya itu dengan zikrullah dan selawat nabi terus menerus sehingga aku tiba di rumah ku..Setelah sampai sahaja aku di rumah aku batalkan niat ku untuk tidur kerana aku masih ada amalan dan latihan istiqamah yang belum aku selesaikan...Kebetulan ketika itu ada bebarapa amalan atau latihan istiqamah yang aku latihkan..Aku melilit serban yang baru aku beli itu dengan selawat ke atas nabi 3x...Setelah itu aku ke posisi duduk zikir...Tiba selang beberapa minit tersebut berjumpa lah aku dengan Rasul Allah yang di muliakan iaitu Nabi khidir as dan dengan izin Allah SWT membuka beberapa pengajian dan keilmuan Nya yang ringkas tapi berisi..


Perbualan Nabi khidir as dan Hamba Allah...


Nabi khidir as : Segala pujian bagi Allah yang telah  mengurniakan mu sebahagian daripada golongan yang mencintai Allah dan Rasul Nya... Sekiranya cinta mu itu seumpama benih yang baru tumbuh, maka setinggi gunung cinta Allah dan Rasul nya terhadap mu..

Seumpama hujan itu bilah-bilah panah yang menyerang ,sesungguh nya apabila engkau telah membuang segala kehendak dirimu ,maka kau telah menang di sisi Allah .

Hamba Allah : Apakah yang kau maksudkan ini adalah ikhlas?

Nabi khidir as : ikhlas itu akan kau capai apabila kau membuang kehendak diri mu dalam memenuhi kehendak orang yang kau cintai...

Dengan cinta kau sanggup berkorban apa sahaja walau kau tahu engkau tidak punyai apa-apa...

Cinta itu terbit nya dari hati yang tidak dapat di lihat melainkan kau hanya dapat merasai nya...

Allahu Taa'la A'lam...



 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan