Khamis, 5 Julai 2018

Malaikat izrail as mengingati manusia tentang kematian


7 oktober 2017
Jasad : selesai observation dari pembedahan kecil “TIPS”
Menetap sementara di unit Daily care, mata hampir tertutup,melihat kelibat izrael as di tepi katil

Izrael as :
" Assalamua’laikum warahmatullah"

Hamba Allah :
"Waa’laikummusalam"
(saya tersenyum seolah bahagia bertemu dengan izrael as)

 "Apakah kau bahagia melihatku?"

"Adakah kau datang untuk mencabut nyawaku..."

"Apakah pendapatmu?"
"Aku pernah berdoa untuk di panjangkan umurku namu sekiranya kau datang untuk mencabut mengabdikan diri buat kali terakhir untuk Tuhan ku"

"Engkau boleh melaksanakan solat taubat seberapa banyak yang kau mahu,kerana kehadiran ku bukan untuk mencabut nyawa mu, melainkan hanya untuk menemuimu."

"Kenapa kau ingin menemuiku?"
"Aku ingin mengingatkanmu tentang matimu.
“ Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup( kamu) untuk menguji dan menzahirkan keaadan kamu ; siapakah di antara Dia Maha kuasa ( membatas amal kamu) lagi maha pengampun(bagi orang-orang yang bertaubat).
(Al-mulk ayat 2)
Maka, berpuasalah dan dirikan lah solah walau sampai ke hujung qudrat mu.
Berinfaqlah walau hingga ke hujung keringatmu.
Sakitmu di sini mungkin dapat di rawat manusia ,atas izin Allah SWT
Namun ,ingatlah, sakitmu di akhirat hanya dapat di rawat amalmu atas izin Allah
 SWT.
“Dial ah yang memberi rahmat kepada kamu. Dan malaikat Nya pula (berdoa bagi kamu)-untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan-gelita (kufur dan maksiat kepada cahaya yang terang –terang benderang(iman dari taan) dan adalah Dia sentiasa melimpah-limpah rahmat- Nya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan akhirat)”

(seolah berfikir , mendengar kata-katanya)

 Namun ,apakah kaitannya dengan matimu,ya izrael as?
"Aku mengingatkamu akan sentiasa melakukan perkara yang yang di redhai Tuhan dalam hidupmu,
Nescaya Allah kan meredhai matimu dan aku akan mencabut nyawamu dengan redha."

(kembali tersenyum)
"Terima kasih  ,izrael..kau selalu datang menghiburkan aku dengan ayat-ayat Tuhanku.."
"Berterima kasih lah pada Allah yang maha penyanyang,tanpa kasih sayang-Nya aku dan kau tidak akan mungkin ada di sini."

"Assalamua’laikum"

"Waa’laikummussalam"

(sejurus menjawab salam,saya terlelap)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan