Rabu, 4 Oktober 2017

Berbaik sangka lah, Sesungguhnya disebalik setiap sesuatu adalah hikmah yang indah dari Allah



Alhamdulillah , segala pujian hanya milik Allah SWT.. Semua berlaku atas izin Allah SWT... Begitu juga dengan kehidupan kita seharian... Tidak berlaku sesuatu tanpa izin Nya...In Shaa Allah , seizin Nya hari ini aku akan buka tajuk yang tidak asing lagi bagi yang sudah mengetahui kisah di dalam Al -Quran... Bagi yang sudah membaca terjemahannya, in shaa Allah, akan tahu topik yang aku akan buka ini...
Bagi yang tidak tahu!!!"...Tidak mengapa ...Di persila kan untuk terus membaca apa yang ingin aku sampaikan ... Semoga apa yang di sampaikan ini akan memberi manfaat, menjadi asbab petunjuk dan hidayah buat kita semua di dunia mahupun akhirat. Amin...

Al-kisah nya adalah apabila aku diuji dgn perasaan marah kpd seseorang hamba Allah...Hampir hilang kesabaran ku ketika itu, sehingga kan aku membuat keputusan untuk beredar dari tempat itu dan pergi ke rumah dgn membawa perasaan yg masih belum reda...

Sampai saja di rumah, aku mengambil wudhuk dan melakukan solat Asar kerana ketika itu adalah waktu Asar...Sisa nafs marah ku masih di pertahankn lg dengan solat dan di lanjutkan juga dengan amalan lazim bersertakn zikrullah.

Ketika melakukan zikrullah, dapat di rasakan aura bercahaya agak kemerahan yang menyelubungi tubuh dalam bentuk membulat...Aura nya merah dan amat tidak menyenangkan seperti nya suatu bebanan yang tidak lepas...Bukan mudah untuk mnjadi seorang yg penyabar kerana peritnya dalam mengendalikn emosi iaitu menahan kemarahan bukanlah semudah seperti yang sering disangka.

Noted :- 
Patut lah Rasulallah SAW menganjurkan apabila seseorang itu marah, maka baca lah Ta'awuz dan juga berwudhuk atau mandi . Kerana aura merah ini bersifat api yang apabila di biar kan lama, ia nya menguasai hati sepenuhnya sehingga Syaitan akan mengambil alih tugas hati dan akan mengawalnya dengan mudah sekali...
Apabila ada orang yang sedang marah maka elok lah di asingkan seseorang itu untuk bertentang mata atau menjauhi perihal yang membuat orang itu marah ,dan jangan lah perlu di bakar-bakar sekira nya ada pergaduhan...
Sebab kemasukan nafs marah ini adalah bermula nya dari mata ,telinga dan akan turun ke hati.. Hati adalah kerajaan yang utama dalam diri manusia...Apabila nafs fujurah(marah) menguasai maka sifat taqwa akan tenggelam dan nafs fujurah akan timbul dalam diri..Seumpama nafs fujurah membalut menutupi nafs taqwa sehingga sifat taqwa tidak dpt menguasai hati dan hilang aqal  nya dalam membuat keputusan...Sedemikian rupa tidak lah mudah menewaskan nafs fujurah dengan sifat taqwa kerana perlu nya ada kesabaran yang tinggi
Wallahu a'lam..

Ketika berzikir di sejadah dengan menahan nafs marah yang membuak-buak, aku pun terlelap seketika...Dan dalam tidur itu aku bermimpi di mana aku mengetuai suatu peperangan yang sangat besar dan peperangan itu aku mampu menguasai tebusan-tebusan..
Allahu Taa'la Alam..

Selepas sahaja terbangun, aku berenung dan berfikir seketika..Tiba- tiba aku teringat kisah di dalam kitab suci Al-Quran iaitu Surah Al- Kahfi  tentang  Musa as berguru dengan Khidir as.. Seumpama Allah memberi ilham kpd ku sepertinya yang aku alami ketika Asar tadi, aku boleh kaitkan dengan kisah mereka ini sebagai panduan dan pelajaran buat ku...Mari kita lanjutkan keilmuan Nya...Dengan Izin Allah SWT ....


PERBICARAAN ANTARA
  Nabi Allah khidir as dan hamba Allah :-

Nabi Allah Khidir as : 
"Aku menegur Musa. 
Kerana dia tidak sabar di dalam pengajian nya
Sesungguhnya aku pastikan akan menjelaskan alasan aku sekiranya dia dalam kalangan orang yang bersabar ."

Hamba Allah :
"sila lanjutkan..."

Ilmu nya tidak sama dengan ilmu ku.
namun itu tidak meninggi rendahkan martabat aku dan dia.
hanya dia perlu sedikit menghormati pada guru nya, maka dia mampu mempelajari lebih banyak lagi."

" Guru ku Nabi khidir as!!!.Tapi kenapa setiap yang kau sampaikan kepada beliau amat tidak bersesuaian dengan syariat yakni larangan Allah pada manusia..."

 " Apakah kau akan memukul nyamuk yang menghisap darah mu sehingga mati, Sedang apa sebenar-benarnya kesalahan nya?"

" Sudah tentu kerana dia menghisap darah ku..
dia tidak bersalah kerana itu makanan nya atau rezeki nya...
Boleh kah jelaskan supaya aku memahaminya?"

" In shaa Allah...
Sedang manusia itu ,tanpa di sedar telah membunuh makhluk Nya dengan sengaja, 
apakah yang dibimbangkan dari gigitan seekor nyamuk kecil sedangkan mereka sedar kuasa Allah Maha Besar
Itulah syariat bagi manusia yang masih dikelilingi dengan nafsu dan dosa-dosa, hatinya yang masih berdinding kukuh dari pandangan Allah

" Sedang setiap kelakuannya berlandaskan apa yang dirasakan betul melalui penilaian hati yang masih berhijab dari penilaian Allah
Sedang hati yang jernih dengang pandangan Allah, 
setiap kelakuannya mengikut apa yang di kehendaki Nya, sama ada baik atau tidak pada pandangan manusia."

" Maka, janganlah merasa diri sentiasa betul,jika sedar dosa masih banyak
Hati yang kotor itu mempengaruhi pertumbuhan aqal mu, seterusnya mempengaruhi perbuatan mu"

"Aku dan kau adalah sama, kita manusia
Tetapi aku dan kau adalah berbeza, hati kita tidak sama
Maka, apa yang betul pada ku belum tentu betul pada kau
Dan apa yang betul pada kau belum tentu betul menurutku."

" Guru ku..Bisa saya bertanya lagi?."

" Silakan..."

":Alhamdulillah..banyak sekali yang saya ingin tanya kan pada mu...
Bagaimana kita ingin menjernihkan hati kita dengan pandang Allah seperti yang kau telah jelaskan tadi?"

" Berbaik sangka lah"
Sesungguhnya disebalik setiap sesuatu adalah hikmah yang indah dari Allah"

" Ya Nabiyullah...Tadi aku di beri pelajaran tentang bersabar dengan nafsu diri...
Boleh kah kau menerangkan lebih terperinci tentang nafsu ?"
 Dan aku bermimpi tentang perangi nafsu?"

" In shaa Allah...
Jika kau sedar setiap yang kau baik buruk yang kau alami adalah ujian dari Allah, 
maka kau akan lebih mudah memerangi nafsu.

" Peperangan nafsu adalah suatu jihad, yang setiap apa kau alami seharusnya kau memulangkan kepada Allah
Apa guna kau berzikir di atas sejadah sedang di saat kau diuji,kau lupa pada Allah
Itulah peperangan yang sebenar-benarnya, melawan musuh iaitu nafsu mu."

"Apakah senjatamu?"
"Sabar dan solat ."

"Apakah senjata itu hanya di guna dalam latihan, sedangkan di kala peperangan sebenar, senjata kau campak ke mana?"
"Ketahuilah, semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi martabat ujian nya
Namun , Allah Maha Mengetahui akan maqam hamba Nya."

"Alhamdulillah ..atas jawapan mu wahai guru ku..."


wallahu taala a`lam... Allah yang Maha Mengetahui dan memberi taufik dan hidayahNya...Semoga kita dalam naungan rahmat dan kasih cinta sayangNya pada kita semua,,amin.






Isnin, 2 Oktober 2017

Dendam nya Iblis menjadi manusia di sakiti dan di sesatkan secara zahir & bathin



 Alhamdulillah,Segala pujian hanya untuk Allah SWT, Syukur kepada Allah SWT kerana Dia mengizinkan aku untuk berkongsi keilmuan Allah yang Maha Bijaksana...Dengan kudrat wal iradah Nya dan petunjuk hidayah Nya mungkin aku tidak dapat menulis blog ini sebagai menjalankan tanggungjawab ku sebagai khalifah tul fil ardl dan hamba Allah...

Sebenarnya memang lama niat ku ingin membuka pengajian berkaitan tajuk ini kerana apabila aku nak buka sahaja pengajian tentang keilmuan pasti akan ada yang menghalang, bahkan musuh-musuh Allah akan menggagalkan nya...Betullah kata guru izrael as dan khidir as, setiap apa yang berlaku itu adalah ujian, dan setiap ujian itu pasti ada pengajian dan pelajaran yang kita boleh ambil bagi orang yang berfikir...Bersangka baiklah  kepada Allah SWT dan berlapang dada dalam menerima sesuatu yang terjadi...Wallahua'lam...

In Shaa Allah ,hari ini aku akan buka beberapa pengalaman di alam ghaib sedikit di sini untuk di kongsi kan.  Semoga kita  mendapat petunjuk taufik hidayah dan rahmat Nya dalam mencari redha Nya...Ini adalah kisah ringkas pengalaman seorang hamba Allah di alam ghaib...Ikuti lah perjalanan ceritanya...

Kisah 

Dalam keadaan sedar ,tapi tidak tahu ada di mana...
Suasana gelap dan tidak nampak apa-apa
Badan jasad seperti hampir jatuh dalam masa yang sama roh seolah ditarik keluar perlahan-lahan
Sempat menyebut "Allahu akhbar"
Setelah itu roh rasa melayang dan terbang naik ke atas
Tidak lama kemudian , terlihat izrael a.s di hadapan
Diri terasa terapung ,terbang naik ke atas
Mengekori izrael as ,tanpa kawalan sendiri ,juga terbang ke langit
Belum sempat ingin menegur Izrael as
Badan terasa seperti direntap sesuatu dari bawah
Apabila pandang ke arah bawah ,muncul Azazil dengan wajah yang bengis
Keadaan Azazil dengan badannya yang hitam ,muncul aura yang menakutkan darinya ,dengan muka yang buruk dan matanya merah dan seolah-olah pecah- pecah bola matanya ,mengekori kami....

Izrail a.s berhenti ,terus membaca satu potong ayat Allah

(ayat dari Surah Jin ayat 22)

Dan muncul panahan cahaya di tangannya...
Panahan tersebut dilontarkan ke arah Azazil
Panahan itu terkena pada kepala dan dia hancur dan lenyap secara tiba-tiba....

Suasana senyap sebentar

Izrael as pun berkata :
"Maafkan aku jika menentangmu sedangkan itu atas perintah Allah SWT ke atas ku"
(seolah berkata kepada Azazil)

"Azazil benar-benar berdendam pada cucu Adam ,umat Muhammad "
Sambil memandang ke arah saya ,
Dia terbang mendekat ke arah saya....

Melihatkan reaksi saya seperti kebingungan ,izrael as.s  menyambung kembali dan berkata :
"Azazil ,dahulu adalah guru kami para malaikat...
Dari dia ,kami mempelajari ilmu ibadah dan memahami kesucian kejadian kami...
Di langit ke tujuh ia di gelar Azazil yang bermaksud yang paling mulia kerana dia banyak beribadah dan lebih taat kepada Allah...."

Asalnya dia dijadikan dari api ,dia beribadah selama 1000 tahun dan dia di angkat naik kelangit pertama, kemudian Dia beribadah selama 1000 tahun dan diangkat ke langit kedua ,begitu seterusnya sehingga dia menjadi penghuni di langit ketujuh..

"Langit pertama, dia di sebut al-abid iaitu ahli ibadah
Langit kedua, dia di sebut az -Zahid iaitu pengabdian diri
Langit ketiga, dia dsebut Al-arif iaitu bijaksana
Langit keempat, dia disebut al-wali iaitu pembela
Langit ke lima ,dia disebut At -taqi, bermaksud ahli taqwa
Langit keenam dia disebut Al-kazin
Langit ketujuh, dia disebut Azazil iaitu Al-aziz bermaksud mulia

"Semua penghuni langit menghormati kerana ilmu dan ketaatannya pada Allah SWT....

Sehingga kami di khabar oleh israfil a.s bahawa terdapat catatan di dalam Lauh mahfuz Allah mengatakan akan ada penghuni langit yang akan jadi kufur kelak...
Berita itu membuatkan seluruh penghuni langit bersedih ,maka kami meminta Azazil supaya mendoakan kesejahteraan kami supaya tidak termasuk dalam golongan yang kufur.
Namun ,kesilapan Azazil tidak mendoakan untuk diri sendiri ,Mengakibatkan dia menjadi kufur di kala Adam di ciptakan oleh Allah SWT....

"Di saat Allah menciptakakn Adam as, Allah memerintahkan semua penghuni langit untuk sujud pada Adam,,,
Namun ,Azazil mempertikaikan bahawa dia diperbuatkan daripada api ,sedangkan Adam di ciptakan dari tanah.
Adakah Allah mengutamakan Adam sehingga memerintahkan dia untuk sujud pada Adam sedangkan dia lebih baik dari Adam?..
Namun ,Allah berfirman ,bahawa Dia berhak mencipta apa yang Dia kehendaki"

"ketika para penghuni langit semua turut pada perintah Allah SWT untuk sujud pada Adam as,,,Azazil tetap berdiri kerana enggan sujud pada Adam as...
Para penghuni langit sujud untuk kali kedua sebagai tanda syukur kepada Allah SWT ,namun Azazil tetap berdiri enggan sujud...

"Perbuatan Azazil itu membuat kan Allah menjadi murka kerana tidak mahu mengikut perintah Nya..maka Allah melaknatnya dengan menulis "iblis"di Lauh Mahfuz menggantikan gelaran Azazil. kemudian Allah menghalaunya keluar dari syurga ,turun dari langit dan menggantikan wajah dan sayap asalnya yang mulia kepada keadaan buruk dan bengis...
Melihatkan azazil turun dari langit, malaikat Allah iaitu Jibril as dan Mikail as menangis dan berdoa supaya mereka tidak berkesudahan sama seperti azazil."

Saya tidak sedar bila saya menangis ,sebab izrael menegur kenapa saya menangis?
Sebab saya pun berdoa perkara yang sama, semoga saya tidak berkesudahan sama seperti Azazil...

Kemudian ,saya bertanya :
"kau ada menyebut tentang Azazil yang berdendam dengan cucu Adam ,umat Muhammad?"

Izrael as :
" Ya ....Di sebabkan penciptaan Adam ,Azazil menjadi kufur dan turun dari langit..
Sedangkan Azazil sendiri bersifat ego dengan kemuliaan dan kedudukan nya di langit
Namun , atas kemurahan Allah ,dia dan anak cucunya masih di benarkan untuk naik turun langit, bahkan melihat catatan dalam kitab Lauh mahfuz...

Tetapi ,di sebabkan banyak manusia menggunakan bantuannya untuk melihat Lauh Makhfuz untuk mengetahui nasib dan takdir ,maka Allah menyekat mereka naik sehingga ke langit ketiga ,setelah kelahiran Isa as...
"Tetapi ,mereka mengambil peluang itu untuk mencuri mendengar perbualan penghuni langit ,dan mengguanakan ia untuk menyesatkan manusia ,maka setelah kelahiran Muhammad SAW ,mereka semua di larang untuk naik ke langit lagi...

Setiap kali mereka cuba untuk naik ke langit ,mereka akan dipanah seperti yang kau lihat tadi...Namun , itu bukanlah kuasa dan kehendak kami melainkan semuanya atas perintah Allah SWT yang murka pada mereka...
Kelahiran Muhammad SAW yang dikelilingi dengan malaikat yang di ketuai oleh Jibril as dan cahaya kelahirannya memancar hingga kelangit...
Melihat hal itu , tahulah mereka bahawa Muhammmad SAW telah lahir dan setelah mereka di larang untuk naik kelangit..Maka bertambah dendamlah mereka pada manusia ,terutama umat Muhammmad SAW..."

Saya memberanikan diri untuk bertanya :
"Dendam mereka seperti apa?"

Izrael as :
"Dendamnya untuk menjadikan manusia kufur sama seperti dia ,dalam apa jua ,sama ada secara di sesatkan atau di sakitkan."

Saya bertanya,
"Apa yang di maksudkan dengan menyesatkan dan di sakitkan?"

Izrael as :
"Apabila manusia itu di sesatkan, kerana dia memilih jalan selain  Allah SWT...
Dan apabila manusia di sakitkan ,jasad yang sakit hatinya lalai pada Allah SWT.Jasad yang sakit ,hatinya mengutuk Allah SWT...."

Saya menyebut , Nauzubiillahi min zaliq...

Izrael as :
Semoga Allah merahmatimu ,kerana yang di tuju Azazil itu adalah hati manusia ,Disaat kau bertentang mata dengannya ,itulah yang paling hampir dia dapat menghampirimu..Di saat dia menggenggam hampir hancur hati mu ,hati yang ingat pada Allah itulah yang memperkuatkannya dari hancur di genggam Azazil. Dengan itu ingatan hatimu pada allah menjadi Asbab Allah melindungi ajalmu dari di tangan Azazil...Kerana tiada yang dapat memudharatkanmu melainkan dengan izin Allah SWT....

Masa itu saya tertunduk ,masih ada titis air mata ,sambil mengulangi kata2 izrael as ,seolah berdoa "Tiada apa yang memudharatkan ku melainkan dengan izin Allah SWT...

Izrael as :
"Dunia itu syurga bagi mereka ,kalau kau bahagia di dunia ,waspadalah...Kerana itu petanda bagi hati yang leka dengan dunia ,hati yang mudah di pesongkan oleh mereka...Tetapi kalau kau derita di dunia ,kuatkanlah kecintaan mu kepada Allah SWT supaya kau tidak mengutamakan dunia lebih dari rasa rindumu untuk bertemu dengan Nya.."

Assalamua`laikum....

memberi salam sambil sayapnya seolah membaluti saya...
saya rasa gelap ,badan rasa memberat ,tak lama kemudia kedengaran bunyi mesin ECG ,ekmbali di ICU

Wallahu A'lam

Selasa, 22 Ogos 2017

Kesedaran mengenal Tuhan( solat )khas untuk korang yang bukan kaki masjid

Assalamu`alaiku, warahmatullah..Dah tentu korang kat luar tu dan pembaca2 sekalian ada sembahyang on off...semacam Button remove control....Nak tgk tv just tekan button je...gitu lah kita rasa nak solat baru nak buat...kalau malas kemelandaan so offlah buttonnya...Lagi cahaya mentol perlukan bateri untuk mengekalkan cahayanya...Inikan kita yang bergelar islam....Cahaya Diri itu adalah Cahaya keimanan kepada Allah iaitu Solat 5 waktu.....Cahaya inilah di sebut Cahaya Allah yang bertapaknya di hati dengan ada rasa kesedaran kepada Allah sebagai satu pertalian bathin dalam dirinya sebagai hamba dan Siapa penciptanya....


In shaa Allah continue ye..... lewat doh nihhhhh....

Hadiahnya Yaasin untuk Ibuku

Assamu`alaikum warahmatullah....In shaa Allah...Dengan qudrat Allah saya di beri kekuatannya untuk kongsi sedikit keilmuaan Allah supaya kita bertambah keimanan kita pada Allah S.W.T....In shaa Allah dengan izinnya saya akan open tajuk keilmuaan berkenaan berjasa pada Ibu bapa...

Dalam Al -quran Allah telah terangkan bagaimana kita sewajibnya berbakti kepada orang tua iaitu ibu bapa....Allah amat menekankan tentang hal ini di dalam Al -quran kerana tanpa mereka kita tidak akan di lahirkan di muka bumi ini....

Bagi yang masih ada ayah ibu tu so jaga lah amanah Allah ini yer!"...Kerana dengan adanya mereka ini sebenarnya masih bnyk rahmat Allah kepada kita....Tanpa mereka so hilang lah 1 nikmat yang berharga...Bak hilangnya tiada ganti....Maka beruntung siapa2 yang masih mempunyai orang tua di depan mata ini.....

Seperti sebelumnya saya pernah open story bagaimana saya pernah ketiadaan seorang ibu ketika saya masih memerlukan bimbangan dan kasih sayangnya....Bagi sesiapa yang pernah melaluinya akan memahami perasaan rasulullah s.a.w. dan anak yatim yang lainnya...Luka hati mereka tidaklah seperti luka hatinya yang mempunyai ayah ibu....Tapi luka hati mereka adalah tiada panduan hidup yang sempurna atau jalan pembimbing dan luahan kasih sayang yang setiap kanak2 perlukan ketika itu.....

Kepada anak2 yang sudah ketiadaan mereka....

" Bagaimana dengan mereka?"

"bolehkah anak2  berbakti kepada mereka yang sudah lama meninggalkn kita?"

"Apakah yang kita perlu lakukan untuk mereka?"


 ketuk dada tanya hati..Hati tidak akan berkata2 selagi kita tidak mengetuk hati untuk di buka tentang hal itu....Di mana kasih sayang kita pada mereka ini....

Apakah dengan ketiadaan mereka ini kita terus menerus melupakan mereka begitu sahaja?

Mereka masih ada bersama yang membezakannya adalah alam yang di tempatkn iaitu Alam Barzah...Mereka masih boleh melihat kita di dunia kerana sejatinya mereka masih memerlukan kita seperti yang kita ketahui hanya 3 perkara yang masih mengalir dan memberi manfaat di alam Barzah ini iaitu Ilmu yang bermanfaat ,amal jariah atau sedekahnya dan anak soleh yang mendoakannya.....

Ini saya akan kongsikan sedikit pengalamanberkaitan dengan kekuatan doa dan hadiah bacaan yasin seorang insan yang mulia mendoakan seorang ibunya saya tanpa saya sedari. Sebelum saya melanjutkan story ini saya meminta dengan ikhlasnya pembaca2 semua hadiahkan bacaan Al-fatihah untuk insan yang mulia ini

Semoga Allah memanjangkan umurnya dalam mentaatinya,menyembuhkan segala penyakitnya, merahmati beliau,menyayangi,mencintai ,di masukan syurga tanpa hisab,mati dalam khusnul khatimah,di tinggikan darjat dan mendapat kemuliaan di sisinya di dunia dan akhirat.amin...

Al-fatihah untuk insan yang mulia ini....AL-FATIHAH..AMIN

Inilah kisahnya....Dengan izinnya beliau menemui ibunya saya di dalam tidurnya iaitu mimpi....Di dalam mimpi tersebut...Ketika selesai melakukan solat berjemaah tiba2 seorang ibu menyapa salam kepadanya dan memberi beberapa nasihat yang berguna kepada saya dan semua umat Muhammad s.a.w lebih2 lagi kepada yang sudah lama tidak memperdulikan ayah ibunya yang masih hidup atau pun yang telah pergi...Mari kita lanjutkan yer!"....



PESAN DAN NASIHAT ARWAH

Apabila seorang manusia itu di uji dandia menangis
Maka jadikan tangisannya itu kerana mengharapkan perlindungan dan kasih sayang dari Allah S.W.T

Jangan menangis sebab bencikan kehidupan kamu sedangkan kehidupan kamu segala-gala Nya adalah pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T

Jangan benci pada orang yang menyakiti kamu sedangkan dia bukan punya apa-apa kuasa untuk menyakiti kamu melainkan dengan izin Allah S.W.T....

Jangan bencikan pada penyakit kamu sedangkan kesusahan ,keperitan dan kesakitan itu juga adalah kurnia dari Allah S.W.T..

Kita semua hanyalah sekadar hamba...Tak sempurna dan tidak tahu segalanya...Kita tak tahu setiap apa yang kita dapat itu adalah nikmat dan ada hikmahnya....
Kita tak tahu apa yang baik atai tidak baik untuk...Kadang2 kita nampak sesuatu itu baik sedangkan sebenarnya ia tidak baik untuk kita....

Sedangkan Allah itu Maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui dan Dia sebaik2 perancang....
Allah itu maha pemurah dalam memberi nikmat dan maha mengasihi hamba Nnya...Dia tidak pernah zalim dan tidak mahu menghukum hamba2 Nya...

Allah menguji sebab Dia sayang...Allah uji dengan orang2 yang menyakiti kamu sebab Dia menguji kamu dengan kesabaran kamu pada makhluk2 Nya...
Dia ingin mendidik kamu untuk belajar memaafkan dalam kamu di sakiti ,mendidik kamu , belajar bersilaturahim walaupun dengan musuhmu sendiri....
Mendidik kamu untuk tidak mengadili dan menghukum orang lain kerana sesungguhnya...
Walaupun Allah itu layak menghukum hamba2 Nya namun Dia jua maha pengampun atas hamba2 Nya....

Allah uji dengan penyakit kamu kerana Dia menguji kamu dengan keimanan kamu pada yang enam iaitu :
Iman pada Allah
Iman pada malaikat
Iman pada kitab2
Iman pada Rasul
Iman pada hari kiamat
Iman pada Qada dan Qadar

Tanpa kamu sedar , setiap ujian dan sakit kamu menjadi asbabnya kamu beriman kepada yang keenam2 perkara tersebut.....

Apabila kamu sedar sakit itu kurniaan dari Alllah...Maka dengan itu ,kamu mengharapkan kepada Allah kekuatan dan kesembuhan kerana
"INalillahiwainna ilaihiraji`un"

Apabila kamu sedar kewujudan malaikat yang menjaga kamu di 5 penjuru yang mencatat di bahu kiri kanan dan yang menjenguk dan menanti ajalmu.....
Apabila kamu sedar kekuatan zikrullah dan kalam Allah..Itulah bukti beriman kepada kitab2 Allah.Kekuatan ayat Allah yang bukan saja di sebut pada lidah ,juga di rasa dalam hati dan rohani....

Kamu lebih mengenali rasul dan lebih mementingkan nasib kamu di akhirat Dan pada akhirnya terima qada` dan qadar demi cinta pada tuhanmu..Redha dengan segala ketetapan dan ikhlas dalam pengabdian diri....Yang kamu kejar , apa yang kamu mahu di hari akhirat ,yang kamu harapkan supaya kasih dan Allah merahmati kamu....

Kerana pengharapan cinta pada Allah tidak sama dengan cinta dunia...Cinta pada dunia hari ini buatkan kita risau pada hari esok....Sedangkan cinta kepada Allah dan akhirat buatkan kita akan rindu dan tidak risau nak mati esok...

Pengharapan cinta pada Allah jugak buatkan kita bahagia apabila diuji...Samada di uji ketika senang atau ketika susah....
Sebab bila di uji ketika senang adakah kita ingat pada Allah atau leka dengan dunia...Bila diuji ketika susah ,adakah kita mengeluh dan salahkan takdir.....

Sebab tu pengabdian diri pada Allah itu adalah mendekatkan diri dan sentiasa mengingati Allah..Jagan biarkan sesaat pun jauh sebab mati itu bila-bila..takut nyawa di rentap saat kita lupa Allah....walau sekejap...


Zikir itu bukan sebab kita sakit ,bukan saja sebab kita tahu bila-bila masa kita akan mati..Tapi berzikir sebab hakikatnya kita milik Allah...
Yang wajib lahir dari hati itu hanya Allah...
Yang wajib di ucap dari lidah itu hanya Allah...
Dan segala kerja dan perbuatan itu kita buat juga hanya Allah...

Sebab itu biarlah apa orang buat ,apa orang cakap
Apa ujian kita...
Tetapkan dalam hati kita milik Allah...
Kita layak diuji sebab kita hanya hamba
Kita layak di uji sebab ini dunia ,tidak ada apa yang kekal dan sempurna...

Kita layak diuji jugak sebab kita ada dosa...
Sebab apabila bahagia kita ,itu datang dari rahmat-Nya...
Dan apabila kita sedih ,maka datanglah hikmah dan kasih sayang Allah kepada hamba Nya...

Kerana air mata yang menangis di hadapan Allah lebih mulia dari merintih/mengadu kepada manusia....
Kerana setiap kekecewaan itu Allah beri kekuatan..Maka jangan bebani orang lain dengan kelemahan kita
sedangkan manusia tidak sempurna semua ada kelemahan /kekecewaan masing2...

Kerana hubungan Allah dengan hamba Nya lebih dekat dari seorang ibu yang mengandungkan anaknya...Seorang ibu itu boleh merasa ananknya yang bergerak2 dalam perutnya..Namun ,kita rasa qudrat Allah lebih halus dari angin, lebih dekat dari urat leher kita...
Dan hubungan itu tidak akan pernah terputus walau berapa lama kita lupakan Allah...

Seperti hubungan makcik dengan (....)
Walaupun makcik sudah meninggal dan ada di dunia yang berbeza dengan dia...
Tapi sebenarnya hubungan kami lebih rapat ,lebih rapat dari waktu makcik mengandungkan (...)..

Hubungan kami bergantung pada amalan dia ,hadiah dia dengan izin Allah ta,aala..Sebab itu hubungan kami tidak pernah putus dengan ajal makcik...

Macam mana adanya nama makcik dalam nama dia,,,
macam itu adanya makcik dengan dia...
Selagi orang sebut nama (...), selagi itu jugak orang menyebut nama makcik...

Dengan kamu pun bergitu...Walaupun kita tidak ada pertalian darah tetapi hubungan kita bergantung pada hadiah kamu pada makcik dan izin Allah ta,aala...
Hubungan kita umpama kasih sayang kita Rasulullah s.a.w...kita tidak pernah jumpa dan ketika hayat hidup..Tetapi dengan hadiah yang ikhlas ,kita jadi kasih dan sayang....

Sebab itu makcik jumpa kamu atas izin Allah S.W.T...
Makcik nak berterima kasih sedangkan orang yang sedarah dengan makcik lupakan makcik ,kamu lah yang ingat kepada makcik...Sedangkan orang yang sedarah makcik leka pada makcik ,kamu lah yang ingatkan dia pada makcik....

Walaupun satu hari nanti takkan ada orang yang akan mengingatkan(...) pada kamu..Seperti mana kamu ingatkan dia pada makcik...
Namun ,jangan lah kamu putus asa untuk jaga dan sayangi dia...Walaupun dia nakal tetapi dia lah yang paling makcik harapkan....

Didiklah hati untuk jaga dia seikhlasnya seperti mana kamu ikhlashadiahkan yaasin untuk makcik...Makcik teringin nak ada anak perempuan macam kamu...Seperti mana makcik korbankan perasaan untuk bersarkan anak2 dengan suami yang selalu kerja luar ,macam itu kamu korbankan hati kamu demi kesenangan dan kebahagiaan orang lain...


Macam mana makcik pernah derita dengan sakit makcik sebelum ajal makcik...Macam itu derita kamu mencari kekuatan untuk terus hidup...Makcik melihat diri makcik dalam diri kamu ,maka makcik amanahkan kamu sayang dan jaga dia seperti mana dalam hayat makcik dulu....Dia pernah melihat sendiri makcik tinggalkan dunia untuk selamanya....Jadi ,janganlah kamu tinggalkan (...)...seperti mana makcik tinggalkan dia...Walau apapun jadi ,ikhlas hati ,kuatkan iman dan kesabaran...In shaa Allah ,kamu akan  di permudahkan dan bahagia di sisi ilahi....

Kamu kena kuat....Bukan untuk berlagak kuat...Tapi sedar yang kamu ada Allah,,,Tiada siapa yang boleh sakitkan hati kamu ,kecewakan kamu tanpa izin Nya...Tiada penyakit dan bencana yang mampu bunuh kamu tanpa izin Allah...
Allah yang mengetahui baik buruk...Allah sebaik2 perancang dan Allah maha segala2 Nya,,,Tugas kita sekadar mengabdikan diri pada Allah,,,Melalui amalan Ikhlas dan sabar...

Peganglah 3 perkara itu ,In shaa Allah kamu akan lebih bahagia di sisi Nya...

Makcik tinggalkan kamu dengan amanah pada (...)dan kamu pada Allah...Hiduplah atas kehenda Allah ,bukan atas keinginan kamu yang belum tentu baik/buruk untuk kamu....Kembalilah pada Allah kerana di situ terletaknya kesembuhan kamu yang sebenar.....



Dari apa yang di sampaikan tadi dapat memberi pengajaran dan hikmah yang banyak kepada kita semua...In shaa Allah...Di mana hanya dengan hadiah bacaan yaasin dan doa yang ikhlas hubungan kita dengan yang sudah tiada di dunia ini akan memberi manfaat kepada yang mereka di alam sana....













Mesti akan tertanya2 apakah amalan insan yang mulia ini amalkan sampai mampu berinteraksi dengan alam arwah??


Itulah hati Al-quran iaitu menghadiahkan bacaan Yaasin bersertakan doa yg ikhlas...bukannya sedekah ye...Tapi menghadiahkan....Di amalkan tiap2 hari 1 kali sehari....Kekuatannya adalah dengan istiqamah sampai bila2 seizin dengan qudrat iradat Allah....Semoga kalian semua beramal dengan ilmu amalan ini insan mulia ini...Amin


Ahad, 7 Mei 2017

Fungsi zikrullah (pengajian imam an nasa ei r.a)

Asalamualaikum,insha,Allah hari ini saya akan buka lagi keilmuan Allah yang sangat luas....iaitu berkaitan dengan zikir atau dalam istilah melayu adalah ingat....Zikir ini banyak jenis dan banyak kaedahnya..Banyak tajuk yang saya akan terangkan dengan zikrullah ni..insya,Allah semuanya atas izinnya....

Di sini dengan izin Allah saya akan kongsikan sedikit fungsi2 dan kelebihan berzikir....Sebelum saya melanjutkan tajuk ini..saya meminta kepada semua jangan melihat zikir itu pada kelebihan atau fungsinya tetapi yang terpenting berzikir itu adalah dengan hakikat kita mendekatkan diri kepada Allah...

Niatkan seikhlas hati...100%  jika boleh lah!!...jika tidak tu... sama2 lah kita berusaha mencapainya....Ikhlas di sini seumpama kita tidak berharap sesuatu dari setiap apa yang kita usahakan melainkan hanya mengharapkan redhanya...Seumpama kita membuang najis di toilet..


Apakah kita perlu paksa najis untuk keluar?
 Semestinya tidak bukan!...

kalau kita nak berak tu...X perlu paksa2 pun...just ikut step jerk!...Tau2 dah keluar doh!...

Itulah permaknaan yang saya maksudkan...



Sesudah keluarnya najis...
Apakah kita ingin melihat najis tersebut?
 Sudah tentu tidak bukan!....

Bukan hanya dengan melihat,tetapi,cium baunya saja pun kita tidak ingin..Tidak mengharapkan sesuatu dari hasil yang dilakukan bahkan kita melupakanya begitu sahaja...

Itulah permaknaan yang saya maksudkan dengan IKHLAS...



Selepas selesai membuang hajat besar tersebut...
Apakah kita buat pada najis tersebut?

Sudah tentulah kita membersihkannya dari pandangan kita sampaikan baunya hilang sama sekali...sampai begitu sekali kita membersihnya tanpa mengharapkan apa2 dari apa yang kita usahakan tadi...Sanggup meninggalkan najisnya sendiri tanpa kita inginkan ia kembali kepada kita.....

Itulah permaknaan yang saya maksudkan dengan ikhlas....



Setiap apa yang berlaku atau setiap rutin yang kita lakukan itu sangat rapat dengan makna2 yang Allah ingin sampaikan dan setiap apa yang di sampaikan tersebut sangatlah bermanfaat buat orang2 yang berfikir.....Seperti apa yang saya terangkan di atas tersebut.....


Jom kita berbalik kepada tajuk asal yang kita bincangkan tadi....Iaitu fungsinya dan kelebihannya....Allah ini baik dan sangat baik...Setiap apa yang kita lakukan semata2 kerana Allah,Allah akan berikan fungsinya dan kelebihannya yang tersendiri dengan keizin Allah jua...

Ini adalah pengajian dari sifu Imam An Nasa ei R.A.. Dari beliau Allah sampaikan Ilmunya....Insha,Allah mari kita hadiahkan doa Al-fatihah kepada beliau Imam An nasa ei r.a dan juga kepada hamba Allah yang menyebarkan ilmu ini tidak kira yang masih hidup atau yang telah mengadap Allah Azzawajalla.....Dan berselawatlah kita ke atas nabi Muhammad S.A.W semoga ilmu yang di kongsikan ini memberi manfaat kepada kita di dunia hinggalah Akhirat.Amin...




Fungsi-fungsi dan kelebihan Dzikrullah

1.  Mengusir jin/ syaitan

2. Membuat Allah redha

3.  Menghilangkan rasa sedih

4.  Melapangkan hati

5.  Menguatkan hati

6.  Menyinari wajah dan hati

7.  Di permudahkan rezekinya

8.  Melahirkan kecintaan

9.  Di cintai makhluk

10. Mengankat manusia ke maqam ihsan

11. Melahirkan ibabah (ingin kembali kepada Allah)

12. Dekat de.ngan Allah

13. Pembuka pintu Ilmu

14. Merasa kebesaran Allah

15. Di sebut di sisi Allah

16. Menghidupkan hati

17. Makanan Ruh

18. Membersihkan hati

19. Membersihkan dosa-dosa

20 . Suara di kenali di langit

21 .Penyelamat dari Azab

22. Menjaga lidah

23. Tenang

24. Berada di naungan Allah di Hari kiamat

25. Bunga dan pohon di syurga

26. Ibadah yang paling Afdal

27. Kebaikan dan anugerah oleh Allah

28. Tidak lalai kepada diri, Allah pun tidak melalaikannya

29. Cahaya di dunia dan Akhirat

30. Pintu menuju Allah

31. Penyatu hati orang yang beriman, pemecah hati musuh Allah

32. Pohon makhrifat

33. Pahala berjihad

34. Ubat hati

35. Mendatangkan Nikmat, menolak bala

36. Allah membanggakan kepada para-para malaikat

37. Meringankan diri untuk berbuat amal kebajikan

38. Mempermudahkan yang susah

39. Kekuatan jasad

40. Murah rezeki

41. Orang yang pertama bertemu Allah

42. Penghalang hamba dengan Jahanam

43. Malaikat meminta Ampun kepada orang yang berzikir

44.  Bumi bergembira

45. Membersih sifat munafik
 
46.Wajah paling cerahbersinar di akhirat

47. Menambah saksi di hari Kiamat

48. Berpaling dari yang bathil...

Khamis, 30 Mac 2017

BERJUMPA DENGAN NABI KHIDIR A.S VERSI 2






Asalamualaikum pembaca2 blog sekalian...Insya,Allah dengan izin Allah saya kan memaparkan kisah hamba Allah berjumpa dengan Nabi khidir A.S sebagai insprasi kita mendekatkan diri kepada Allah...Sebelum ini saya ada buka bab Nasihat dan amanat Nabi khidir A.S untuk umat Muhammad S.A.W yang telah saya paparkan sebelumnya...Dan ini pengalaman hamba Allah berjumpa untuk kali keduanya...Subhanallah...Hanya Allah yang lebih mengetahuinya....

Insya,Allah saya akan terangkan berkaitan keilmuan atau keyakinan....kebanyakan orang yang pada makam Syariat akan tidak bersetuju dengan ape yang saya jelaskan kerana keyakinan mereka ada pada logikal akal atau secara rasional...Tidak minta untuk di percayai atau pun tidak tapi inilah ilmu Allah...Tidak akan dapat di capai dengan akal fikiran kita jika kita tidak merenung akan kebesaran Allah...Kita mempunyai zahir dan bathin....So kena faham dulu apa2 antara keduanya...Insya,Allah pasti Allah akan buka hati sape2 yang Allah ingin buka kan....Apa2 pun kena jernihkan akal fikiran dan hati tu yer!...

keilmuan yakin ada 3 iaitu :


1.Ilm al-yakin
Ilm al-yakin  adalah keyakinan yang bersumberkan dari rasional atau akal...Masih mengandal ape yang logikal dek akal fikiran...


2. Ain al -yakin
Ain al -yakin adalah keyakinan bersumberkan dari pengalaman pancaindera atau pengalaman2 yang sudah di lalui...keyakinan ini bukan sahaja melepasi akal fikiran tetapi hati jugak merasainya...Hasil dari pengalaman itu memberi keyakinan mantap akan hatinya untuk mempercayai dengan apa yang telah terjadi…


3. Haq al -yakin
Haq al -yakin adalah keyakinan total yang menggunakan semua instrumen pencari kebenaran yang ada di dalam hati....Ini adalah keyakinan di makam insanul kamil...Di mana bukan sahaja akal fikiran di gunakan,tetapi setiap pengalaman2 dan segala kudrat iradat yang dikurniakan sudah meyakini sebulat2nya tanpa ada perlu pertentangan di dalam hatinya tentang kebenaran...

Apa yang perlu di sini adalah kejernihan berfikir dan kebersihan hati dalam menerima setiap  kebenaran...Pelajarannya terlalu banyak ada dengan makna simbolik,kejadian,apa yang di lihat,di dengar dan banyak lag khazanah Allah yang sangat luas.....

Oklah ,berbalik kepada tajuk kita yang asal ye!....

Mari kita hayati kata2 di bawah ini.......

Ilmu itu seluas permukaan di lautan dan beramallah seperti mana menyelam di dasar lautan..

Ini lah ilmu Allah yang tersangat luas dan indah jika kita tahu mengunakannya dengan bijak dan saksama....Ini lah kisah seorang hamba Allah yang berjumpa nabi Allah khidir a.s dengan pengajian yang singkat tetapi padat,indah ,berisi dan penuh hikmah....Subhanallah!!!...Allah Azzawajlla yang mengizinkan semuanya...Tidak akan bergerak sesuatu pun melainkan apa yang Allah izinkan....Ikuti kisah pengalaman hamba Allah berjumpa dan berguru dengan Nabi khidir a.s ini....

BERJUMPA DENGAN NABI KHIDIR A.S


Hari sabtu, 25/3/2017....Di pagi subuh yang hening dan mendamaikan ketika itu....Selesai sahaja menunaikan Solat fardhu subuh.....Di beri oleh Allah kekuatan dan izinnya beramal dengan amalan tambahan seperti mengaji 2 ke 3 helaian Al-quran serta terjemahnya dan amalan harian tidak lupa iaitu bacaan yasin...Hari tersebut adalah hari cuti bekerja...So boleh lah take time for Allah...Sehabis sahaja selesai membaca yasin...Zikir tauhid pun di lafazkan sebanyak2nya tanpa mengira2 berapa jumlahnya...Dari mula sampailah hanyut dalam gelombang zikrullah....memfokuskan dan menyakini Allah lah segala2nya...

Dengan izin Allah tiba-tiba sahaja roh sukma sudah berada di tepi laut yang tidak diketahui lokasinya..Sepertinya berada di pantai yang sunyi dan jauh dari keramaian orang…Tidak lama kemudian ternampak lah satu sosok lelaki yang bertongkat dan berjubah sepertinya pernah berjumpa sebelumnya di masjid nabawi…(    )Penampilannya amatlah sederhana dan bersahaja…Wajahnya mempunyai cahaya yang amat menyenangkan…Pakaiannya lusuh tetapi bersih…Walaupun begitu ada satu perasaan yang kagum dan luar biasa bila berhadapan dengannya…Subhanallah!!!....Zuhudnya kekasih Allah ini!...
Dengan kakinya tidak beralas ,basah dan berpasir berjalan di persisiran pantai tersebut…Beliau pun memberi salam dan tersenyum manis…

Nabi khidir a,s  : "Assalamualaikum warahmatullah"

Hamba Allah : "Walaikum salam, warahmatullah.....""Nabi khidir ,nabi Allah?"....seolah2 memanggil beliau....

khidir tersenyum ,tanpa menjawab soalan pun dan dia mengajak ke pesisir pantai.....

Nabi khidir a.s : "mari"....

hamba Allah ini pun mengikutinya menuju ke pesisir laut dan kemudian khidir a.s berhenti dan berpijak dalam air separuh dari betis beliau....Hamba Allah ini pun berhenti....


Nabi  khidir a.s   : "Mari" sentuhkan kaki mu ke dalam air"....


hamba Allah ini pun melangkah ke arah khidir sehingga air laut mencecah paras pangkal lutut....khidir pun bertanya kembali...

Nabi Khidir a.s   : "Apakah perasaanmu?"

Hamba Allah :  "Air ,sejuk...."

Nabi  Khidir a.s :  "Adakah kamu merasa damai"

Hamba Allah :  "Ye..."

Nabi Khidir a.s :  "Inilah air yang menghapuskan dosa-dosa mu ,air mata yang menangisi perbuatanmu"....

perasaan tiba2 sebak mendengar kata2 khidir tersebut tetapi dengan senyumannya yg lembut membuatkan hati merasa bahagia apabila melihatnya...kemudian khidir sambung berjalan ke dalam laut sambil mengajak kembali....


Nabi khidir a.s :  "Mari"


Apabila mengikuti khidir a,s dari belakang menuju air yang lebih dalam sedar tidak sedar sudah tenggelam di dalam lautan yang luas.....Tengah2 tengelam dalam lautan tersebut terdengar alunan zikir tauhid yang non stop kedengaran...Perlahan2 dan sayup2....seumpama bunyi alunan lautan yang di lantunkan dengan zikir tauhid yang tidak putus2..Sepertinya berada di situ tidak merasa lemas bahkan seperti kita bernafas di udara..Khidir a,s pun berhenti...tersenyum sambil memandang...



Nabi Khidir a.s :  "Adakah kamu merasa lemas?"

 Hamba Allah mengeleng kepala..

Nabi Khidir a.s :  "Inilah ilmu Allah...Kamu tak akan lemas kalau kamu beramal dengannya.."Adakah kamu berasa berat di dalam laut ini?"

 Hamba Allah mengeleng kepala..


 Nabi Khidir a.s  :  "Ini lah Alam Allah....Kamu tidak akan berasa berat jika kamu tidak membawa dunia dan dosanya ke sini...."


khidir memandangnya dan berhenti berkata-kata..Dan hamba Allah ini bertanya kembali..


Hamba Allah :  "Bolehkah aku tinggal di sini?"


Nabi Khidir a.s :  "Aku ingin sekali kamu tinggal di sini menjadi penghuni di sini kerana ia lebih baik untuk mu ,tapi Allah maha mengetahui maka atas perintah Allah,aku pulangkan kamu ke dunia...Bukan atas kesalahan untuk kamu tebus tapi atas amanah dan tanggungjawabmu kepada dunia..."Kamu diberi kewajipan oleh Allah, maka tunaikanlah sehingga masa kamu sampai...Kelak ,jika di izin Allah aku akan tunggu sehingga kau kembali."Perbanyakkan berdoa untuk kebaikan mu di Akhirat,Kerana di sana lah sebaik-baik tempat untuk kamu kembali"Assalamualaikum warahmatullah...."



Hamba Allah :  "waa alaikummusalam...."


Selepas selesai sahaja menjawab salam khidir a,s secara serta merta tersedar kembali dalam keadaan zikrullah tauhid dan masih duduk di atas sejadah seperti sebelumnya....

Inilah salah satu pengajian yang singkat tapi sangat bermakna jika di maknai betul dengan seizin Allah kita boleh dan mampu memaknainya…Insha,Allah….

Selasa, 17 Januari 2017

BERGURU DENGAN MALAIKAT ALLAH


Salam sahabat2 sekalian and pembaca2 blog saya ni...Insha,Allah dgn izinnya d beri kekuatan untuk saya kongsikan beberapa kisah menarik untuk di kongsikan dan menjadi satu pelajaran dan hikmah yang berguna buat kita semua.....

Apakah kalian tahu apa itu rukun iman?

So saya yakin korang tahu ape itu keimanan...Insya,Allah dengan izinya saya akan membuka panca indera semua supaya lebih peka apa itu alam ghaib dan menyakini bahawa rukun iman yang kita yakini itu adalah benar....Hari ini saya akan memaparkan ape itu story berkait rapat dengan rukun iman yang kedua iaitu beriman dengan malaikat Allah....Hari sebelumnya saya ada mengisahkan beriman dengan nabi dan rasulnya di dalam tajuk (Nasihat dan pesanan Nabi khidir a.s kepada umat Akhir zaman)....

So hari ini kita hayati dan berenung jauh di mana letaknya diri kita di mata Tuhan....Ini adalah salah satu pengalaman di luar logikal akal fikiran manusia....Sebab dengan adanya keyakinan pada Tuhan insya,Allah dengan izinnya sesiapa pasti menyakini dengan adanya malaikat ini sebab malaikat adalah makhluk yang sangat patuh tanpa membantah sekali pun....

Mari ikuti perbualan ringkas dan padat ini antara Hamba Allah dan Malaikat Allah(Izrail a.s)...



PENGALAMAN BERDIALOG DENGAN MALAIKAT ALLAH 


Asalamua'laikum

Waa'laikumssalam"

"ketahuilah ,bersama dengan sakit Tuhanmu mengirimkan buah yang manis."
Dan bersama dengan sabar, Tuhanmu mengirimkan cintannya pada hamba yang taat."

Adakah kau juga Nabi Allah?"

"aku adalah malaikat Allah,izrael"
"kita pernah bertemu, dalam kau sedar atau tidak."


Pertama kali aku melihat wajahmu ,kenapa wajah kau tidak menakutkan seperti yang di perkatakan?"

Aku tidak menakutkan pada mereka yang hanya takut pada Allah...Wajahku bergantung pada amalan mereka,,,Jika baik amalannya ,maka baiklah wajahku pada mereka...Bagaimana ketika menemuimu ,yang bahagia melihatku."

Aku bahagia kerana Allah mengutus kau menemuiku ,sedangkan kau tidak kenal padaku jika bukan izin darinya."

Maka, nyatakan padaku, apa kau ingin tahu dariku...Dengan izin Allah aku akan menjawab persoalanmu."


Hamba Allah diam...

Jika kau ingin tahu tentang amalanmu, Ya....belum cukup untuk kau menghadap Tuhanmu."
Jika kau ingin tahu tentang redhanya Allah padamu?...Ya...
Cintamu padanya belum cukup untuk mencapai redhanya...
Jika kau ingin tahu tentang daun ajalmu?...Ya...ia masih tergantung pada ranting sidratul muntaha.."

Kau telah menjawab segala pertanyaanku...Tetapi ada satu lagi persoalan aku ingin tahu...Mengapa Allah mengutuskan kau menemuiku.."

Kerana di waktu kau menghampiri Tuhanmu , duniamu menarik engkau jauh darinya...Di kala cintamu menghampiri kepada redhanya...hatimu berpaling pada yang fana....Aku diutus memberi peringatan ,ketika manusia tidak nampak pada kebenaran yang ada depan mata..."

Aku memiliki beratus sayap , aku boleh terbang kemana sahaja aku ingini, namun sayap ini kurniaan Tuhanku pada ku, maka aku hanya terbang kemana yang Dia kehendaki."


Maka gunakanlah apa yang Tuhanmu kurniakan atas apa yang tuhanmu kehendaki...Apabila kau di pulangkan suatu hari nanti,  yang sebenar-benarnya milikmu adalah amal dan dosamu sahaja..."

ini ayat terakhirnya dan pandangan melihat malaikat ini makin lama makin x jelas dan terus menghilang secara tiba2...


Sebenarnya banyak pelajaran yang kita dapat dari pengajian hamba Allah dan Malaikat Allah ini...Buka pancaindera and mata hati kita untuk menghayatinya...Malaikat Allah ini adalah malaikat pencabut roh...Malaikat ini besar dan mempunyai kekuatan dengan keizinan Allah S.W.T...Malaikat ini tidak pernah gentar pada sesiapa pun kecuali Allah yang Esa...Beliau mempunyai sayap yang banyak di belakangnya yang mempunyai berbagai2 fungsi untuk memudahkan kerjanya yang telah di pertanggungjawabkan...Apa jenis keadaan, masa dan tempat beliau dapat bolosi tanpa ada halangan dan tentangan sekali pun dengan berkat kurnia Allah Azza wajjala...

Allah beri kekuatan pada malaikat ini tidak seperti malaikat2 yang lainnya kerana jobnya amatlah berbeza dari malaikat yang lainnya...Beliau di beri kekuatan untuk mengawal maut...Maut itu adalah satu ciptaan Allah dan tidak dapat lari dari namanya nyawa...Malaikat Allah inilah yang mengawal maut ini supaya tidak berjumpa dengan kita dan menjaga kita dari berjumpa dengan maut sedangkan maut itu sentiasa memburu kita setiap waktu.keadaan dan tempat melainkan sudah Allah tetapkan dan kehendaki...Boleh di katakan malaikat ini adalah perlindung diri ghaib yang tidak di kasat di mata cuma manusia itu tidak menyedarinya....



Oklah berbalik pada isi ilmu pengajiannya...Bnyak yang kita boleh pelajari seperti :


1.Menghormati dan Merendah diri 

Belajarlah menghormati sesiapa pun orang sekeliling kita tanpa merendahkan orang tersebut dan usahakan merendahkan diri pada Allah seperti mana kita menjatuhkan dahi kita ke tanah .Dengan itu kita semakin dekat dengan Allah Azza wajjala...


2.Penyabar

Jadilah kita seorang yang penyabar dengan apa yang Allah berikan...Nikmat atau musibah...Keduanya adalah milik Allah di mana untuk menguji kadar keimanan kita....Bukan mudah nak mencapai benda ini kerana itulah berusaha untuk mencari ilmu,beribadah dan berdoa semoga Allah tetapkan hati kita supaya tidak goyah kerana semua kekuatannya adalah milik Allah....BERUSAHA,TAWAKAL ,BUANG DUNIA AT HATI, ISTIQAMAH JALAN KEBAIKAN DAN IKHLAS DALAM SETIAP PERKARA...


3. Takut pada Allah

Takut pada Allah iaitu kita berusaha menjauhi larangan Allah dan berusaha beramal semata kerana Allah tanpa ada niat di hati selainnya...Boleh saya umpamakan DARI ALLAH ,KERANA ALLAH ,SEBAB ALLAH DAN SEGALA-SEGALANYA UNTUK ALLAH....


4.Redha 

Redha adalah penyerah jiwa pada sang pencipta 100% atau di sebut terima dengan hati yang lapang atau berlapang dada..Berlapang dada inilah yang membolehkan hati mudah mencapai jalan keikhlasan...Ikhlas ini tidak dapat di ukur dengan apa jua pun bentuk melainkan yang mengetahui kadar keikhlasan ini hanya lah Allah sahaja....Kita mempunyai pencapaian kadar keikhlasan mengikut makam2 tertentu melalui amalan,ilmu dan izinnya..Ada kadar keikhlasannya 20%.30% ,ada yang 50% atau ada yang setengah2 bahkan ada yang 100% ikhlasnya pada Allah....Biasanya yang mencapai pada makam yang sepenuhnya inilah di sebut insanul kamil atau yang sudah mencapai nafsu mutmainah...Iaitu hatinya bersih dari nafsu fujurah(negatif) sehingga hatinya bercahaya dan terang benderang...
"Insya ,Allah di izinkan saya akan buka topik nafsiy ni dalam tajuk yang lain plak yer"...


5. Cinta

Cinta ini adalah bersifat seni dan amat mengasyikkan...Cinta yang agung itu adalah cintanya hamba pada tuhannya dan cinta yang menghinakan itu adalah cintanya kepada dunia...Tidak kisah lah apa bentuk cintanya pada dunia seperti harta,anak bini or pelbagai lagi yang melalaikan hati pada tuhan....Itulah cinta dunia...


6.Dunia

Dunia itu adalah fana....Fana adalah sementara atau lagha...Sesuatu yang pasti musnah dan tidak kekal lama....Dunia juga adalah hiasan sementara yang melalaikan...Untuk mencapai jalan Allah kenalah dunia itu di pegang di tangan bukannya di hati...Lebih senang nak faham tu"...."Buang dunia at hati"...

7.Qudrat dan kelebihan diri 

Qudrat dan kelebihan diri ini kenalah kita guna seeloknya seperti apa yang telah di sampaikan malaikat Allah....Kita harus lah mengunakan apa sahaja yang kita miliki untuk Allah...Berkhidmat untuk Allah semata dalam segala aspek...

8. Amal dan dosa
Hanya 2 ini sahaja yang akan kita bawa di akhirat nanti...Apabila roh dan jasad sudah terpisah maka yang kita bawa adalah amal dan dosa...Jasad yang kita miliki selama ini akan di kembalikan kepada asalnya iaitu asal kejadian ADAM A.S tanah...Jasad bersifat sementara dan akan kembali pada asalnya...Yang di bawa mengadap Allah di hari pengadilan itu adalah amal dan dosa sahaja....So kita tidak ada apa2 yang terbaik pun"...melainkan amalan taqwa kita pada Allah sahaja....Dan tidak akan kita mampu pikul dosa kita untuk menanggungnya di akhirat...Semoga Allah mengampuni segala dosa2 kita dan menerima amalan kita..AMIN...

Rabu, 4 Januari 2017

Pesan dan Nasihat Malaikat izrail a.s

BERIMAN KEPADA MALAIKAT...Itu adalah dasar keimanan yang perlu ada pada kita walaupun mereka tidak kelihatan di mata kasar...Keimanan inilah menyangkut paut pada hati yang dalam iaitu  Alam Ghaib..Boleh lah di ketogerikan dengan beriman kepada yang ghaib..Malaikat Allah seperti yang kita tahu adalah makhluk ciptaannya yang tersangat dekat dengan Allah S.W.T bahkan sangat mentaati Allah berbanding kita ini yang selalu melanggar perintahnya...

Penciptaannya adalah dari Nur iaitu cahaya...Hidup mereka tidaklah seperti kita ini(manusia) ada masa taat dan ada masa main langgar jerk perintahnya..Iman mereka sangatlah mantap dari segi ketaatan.Mereka diberi keistimemawaan yang tersendiri dan sangat luar biasa di mata manusia kerana mereka ini bersifat ghaib berbeza dengan kita manusia yang lebih mengandalkan logikal akal..Allah mempunyai keilmuan yang luas tiada terhingga sehingga akal kita tidak mampu menangkap kehadiran mereka sebab ini adalah rahsia Allah S.W.T yang maha mengetahui Alam ghaib....

Kemampuan mereka adalah berbeza2 mengikut tugas yang sudah di tetapkan..Ada di antara mereka yang sentiasa bersama kita setiap masa dan setiap waktu...Ada juga yang datang dan pergi dalam kadar masa yang sementara mengikut apa yang Allah perintahkan dengan tugasnya yang tersendiri...Insha,Allah dengan izin Allah dan atas kehendaknya saya akan kongsikan pengalaman seorang hamba Allah yang berjumpa dan menerima beberapa pesanan juga nasihat dari makhluk Allah yang mulia iaitu Malaikat izrail a.s...

Malaikat ini sifatnya bersih dan suci sangat jauh sekali dari manusia yang banyak buat onar di muka bumi ini...Malaikat ini adalah Malaikat izrail a,s yang tugasnya adalah mencabut setiap apa2 yang bernyawa...Pasti banyak akan merasa gerun dan takut apabila mendengar nama beliau kerana dengan kehadiran beliau jasad dan roh akan terpisah dari Alam yang bernama dunia....Dunia yang mengodakan,meliurkan, melalaikan dan banyak lagi yang membuatkan kita jauh dari Allah S.W.T....Sehingga hati dipenuhi dengan perkara2yang  sia2 dan sementara sehingga kita melupai akhirat yang baqa....Sedangkan dunia ini adalah bekalan untuk dibawa ke akhirat...

Bukan mudah nak mendidikkan hati beb!!...

Sukar dan sangat sukar kerana dunia itu masih di hati bukannya di tangan....Sepatutnya yang kita harus bawa dalam diri kita ini....

"DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI"...

Walaupun diri kita di dunia tapi hati beramal dengan amalan yang mencapai jalan Akhirat iaitu mencari keredhaan Allah....Percapaian keikhlasan dalam diri ini lah yang paling sukar di miliki kerana hidup kita di kelilingi dan di hiasi dengan dunia yang fana...Bersama2 lah kita berusaha mencapai apa yang Allah redhai iaitu ikhlas dalam beramal,ilmu dan setiap tindak tanduk kita....

Meh kita muhasabah diri kita ini ye!!
 Perjumpaan ini adalah salah satu rahmat Allah kepada kita semua supaya kita dapat mengenal apa sebenarnya kehidupan yang hakiki dan hakikat kita dijadikan....Mungkin mustahil bagi kita untuk memikirkan bagaimana perjumpaan hamba Allah ini dengan malaikat izrai a.s sedangkan Malaikat ini adalah bersifat ghaib...Tapi ini adalah kuasa Allah yang mutlak yang mengaturnya. Allah yang maha zahir dan bathin..So x perlu kita ragukan tentang keagungannya..Marilah kita ambik ikhtibar dan hayati apa yang beliau sampaikan....

PESANAN MALAIKAT IZRAIL A.S KEPADA HAMBA ALLAH..

"Akulah izrail ,penjaga maut pencabut nyawa..
Kehadiranku di benci namun aku membawa amanah Allah .S.W.T,mengabutlkan janjinya...
Setiap nyawa yang hidup pasti akan merasa mati....

Sakitmu bukan atas aku yang menyakiti ,namun kamu di sakiti oleh dosa-dosa kamu sendiri,
Jasadmu di seksa oleh perbuatanmu di dunia dan roh mu diazab atas keingkaran kamu pada Allah

Ketahuilah yang mengikutmu itu adalah aku, dan yang memburu mu itu maut....Selagi daun ajal mu belum gugur dari Sidrat Al Muntaha ,selagi itu aku menjaga mu dari ditemui maut kepada mu...

Namun tugasku segala atas perintah Allah ke atas ku ,gugurnya daun ajal mu bersama dengan setitis embun ,jika baik embunya maka akan ku turun bersama dengan rahmat ,jika buruk embunya maka akan ku turun bersama dengan azab...

Setelah itu ,Allah memberi kamu masa selama 40 hari untuk bertaubat ,beramal soleh...
Kerana apabila sampai masa mu , maut menemui mu atas izinya ,dan aku menjalankan tugasku tanpa mengira keadaan ,tempat dan masa...

Pada waktu itu, roh kamu umpama karung yang aku angkat...
Batu itu umpama dunia, jika banyaknya batunya dalam karung, nescaya berat karung tersebut..
Maka ringankanlah ia dengan amal akhirat ,sedang ia meringankan sakaratul kamu...
Kerana atas belas Allah terhadap kamu aku menarik roh mu secara perlahan...

Ringankan Aqal mu dengan sentiasa mengingati Allah  dan ilmu yang bermanfaat...
Nescaya aku mencabut ia dengan lembut.

Ringankan Nafs kamu dengan amal soleh..
Nescaya aku tidak akan merentap terlalu kuat ,kerana di saat akhir masa mu syaitan dan iblis akan menggelapkannya buat kali terakhir..

Disaat kamu haus, dia memberi susu yang sebenarnya air nanah panas dari neraka...
Disaat kamu ingin mengucapkan kalimah La illaha illa Allah, mereka mempamerkan padamu keindahan dunia yang sebenarnya adalah neraka di sebaliknya...

Ringankan jasad mu dengan sedekah ,kerana bukan jasad yang akan dibawa ,tetapi amal jariah yang kamu kerjakan dengan jasad itu..

Ketahuilah aku akan mencabut Aqal mu, maka yang tinggal ilmu dan ingatan mu pada Allah...
Setelah itu aku mencabut Nafs mu yang tinggal hanyalah amalanmu,dan akhirnya terbebaslah roh asal usul mu yang akan pulang kepada Tuhanmu...

Jika ia ringan dengan taqwa, maka ringanlah urusan mati mu..
Dan jika berat roh mu dengan dosa dan urusan dunia yang belum selesai ,maka akan aku rentap sehingga keluar segala roh dalam jasad mu"


Sesungguhnya di saat kematian itu ,roh bagi yang beriman akan berlumba dan berkumpul di hujung-hujung jari kakinya, begitu rindunya pada mati, tidak sabar untuk menemui Allah S.W.T..
Sedangkan roh bagi yang kufur itu akan menyembunyi di sebalik jasad..
Maka akan aku siat jasadnya, menarik rohnya keluar dengan kasar ,tiada belas kasihan pada roh yang ingkar dan degil.."

"Maka permudahkan lah urusan ku..Nescaya aku akan memudahkanmu..
Jika kamu menyusahkan kerjaku maka celakalah kamu menghadapi azabnya sakaratul maut".

Aku menjalankan tugasku atas perintah Allah S.W.T ke atas ku..Maka jalankan tugas kamu sebagai hamba-Nya dan jangan sekali-kali ingkar...
Kerana sebenar-benar kehidupan yang akan kamu hadapi bukan dari tanah yang aku ambil ,namun bermula dari roh yang akan aku tarik"...