Rabu, 4 Januari 2017

Pesan dan Nasihat Malaikat izrail a.s

BERIMAN KEPADA MALAIKAT...Itu adalah dasar keimanan yang perlu ada pada kita walaupun mereka tidak kelihatan di mata kasar...Keimanan inilah menyangkut paut pada hati yang dalam iaitu  Alam Ghaib..Boleh lah di ketogerikan dengan beriman kepada yang ghaib..Malaikat Allah seperti yang kita tahu adalah makhluk ciptaannya yang tersangat dekat dengan Allah S.W.T bahkan sangat mentaati Allah berbanding kita ini yang selalu melanggar perintahnya...

Penciptaannya adalah dari Nur iaitu cahaya...Hidup mereka tidaklah seperti kita ini(manusia) ada masa taat dan ada masa main langgar jerk perintahnya..Iman mereka sangatlah mantap dari segi ketaatan.Mereka diberi keistimemawaan yang tersendiri dan sangat luar biasa di mata manusia kerana mereka ini bersifat ghaib berbeza dengan kita manusia yang lebih mengandalkan logikal akal..Allah mempunyai keilmuan yang luas tiada terhingga sehingga akal kita tidak mampu menangkap kehadiran mereka sebab ini adalah rahsia Allah S.W.T yang maha mengetahui Alam ghaib....

Kemampuan mereka adalah berbeza2 mengikut tugas yang sudah di tetapkan..Ada di antara mereka yang sentiasa bersama kita setiap masa dan setiap waktu...Ada juga yang datang dan pergi dalam kadar masa yang sementara mengikut apa yang Allah perintahkan dengan tugasnya yang tersendiri...Insha,Allah dengan izin Allah dan atas kehendaknya saya akan kongsikan pengalaman seorang hamba Allah yang berjumpa dan menerima beberapa pesanan juga nasihat dari makhluk Allah yang mulia iaitu Malaikat izrail a.s...

Malaikat ini sifatnya bersih dan suci sangat jauh sekali dari manusia yang banyak buat onar di muka bumi ini...Malaikat ini adalah Malaikat izrail a,s yang tugasnya adalah mencabut setiap apa2 yang bernyawa...Pasti banyak akan merasa gerun dan takut apabila mendengar nama beliau kerana dengan kehadiran beliau jasad dan roh akan terpisah dari Alam yang bernama dunia....Dunia yang mengodakan,meliurkan, melalaikan dan banyak lagi yang membuatkan kita jauh dari Allah S.W.T....Sehingga hati dipenuhi dengan perkara2yang  sia2 dan sementara sehingga kita melupai akhirat yang baqa....Sedangkan dunia ini adalah bekalan untuk dibawa ke akhirat...

Bukan mudah nak mendidikkan hati beb!!...

Sukar dan sangat sukar kerana dunia itu masih di hati bukannya di tangan....Sepatutnya yang kita harus bawa dalam diri kita ini....

"DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI"...

Walaupun diri kita di dunia tapi hati beramal dengan amalan yang mencapai jalan Akhirat iaitu mencari keredhaan Allah....Percapaian keikhlasan dalam diri ini lah yang paling sukar di miliki kerana hidup kita di kelilingi dan di hiasi dengan dunia yang fana...Bersama2 lah kita berusaha mencapai apa yang Allah redhai iaitu ikhlas dalam beramal,ilmu dan setiap tindak tanduk kita....

Meh kita muhasabah diri kita ini ye!!
 Perjumpaan ini adalah salah satu rahmat Allah kepada kita semua supaya kita dapat mengenal apa sebenarnya kehidupan yang hakiki dan hakikat kita dijadikan....Mungkin mustahil bagi kita untuk memikirkan bagaimana perjumpaan hamba Allah ini dengan malaikat izrai a.s sedangkan Malaikat ini adalah bersifat ghaib...Tapi ini adalah kuasa Allah yang mutlak yang mengaturnya. Allah yang maha zahir dan bathin..So x perlu kita ragukan tentang keagungannya..Marilah kita ambik ikhtibar dan hayati apa yang beliau sampaikan....

PESANAN MALAIKAT IZRAIL A.S KEPADA HAMBA ALLAH..

"Akulah izrail ,penjaga maut pencabut nyawa..
Kehadiranku di benci namun aku membawa amanah Allah .S.W.T,mengabutlkan janjinya...
Setiap nyawa yang hidup pasti akan merasa mati....

Sakitmu bukan atas aku yang menyakiti ,namun kamu di sakiti oleh dosa-dosa kamu sendiri,
Jasadmu di seksa oleh perbuatanmu di dunia dan roh mu diazab atas keingkaran kamu pada Allah

Ketahuilah yang mengikutmu itu adalah aku, dan yang memburu mu itu maut....Selagi daun ajal mu belum gugur dari Sidrat Al Muntaha ,selagi itu aku menjaga mu dari ditemui maut kepada mu...

Namun tugasku segala atas perintah Allah ke atas ku ,gugurnya daun ajal mu bersama dengan setitis embun ,jika baik embunya maka akan ku turun bersama dengan rahmat ,jika buruk embunya maka akan ku turun bersama dengan azab...

Setelah itu ,Allah memberi kamu masa selama 40 hari untuk bertaubat ,beramal soleh...
Kerana apabila sampai masa mu , maut menemui mu atas izinya ,dan aku menjalankan tugasku tanpa mengira keadaan ,tempat dan masa...

Pada waktu itu, roh kamu umpama karung yang aku angkat...
Batu itu umpama dunia, jika banyaknya batunya dalam karung, nescaya berat karung tersebut..
Maka ringankanlah ia dengan amal akhirat ,sedang ia meringankan sakaratul kamu...
Kerana atas belas Allah terhadap kamu aku menarik roh mu secara perlahan...

Ringankan Aqal mu dengan sentiasa mengingati Allah  dan ilmu yang bermanfaat...
Nescaya aku mencabut ia dengan lembut.

Ringankan Nafs kamu dengan amal soleh..
Nescaya aku tidak akan merentap terlalu kuat ,kerana di saat akhir masa mu syaitan dan iblis akan menggelapkannya buat kali terakhir..

Disaat kamu haus, dia memberi susu yang sebenarnya air nanah panas dari neraka...
Disaat kamu ingin mengucapkan kalimah La illaha illa Allah, mereka mempamerkan padamu keindahan dunia yang sebenarnya adalah neraka di sebaliknya...

Ringankan jasad mu dengan sedekah ,kerana bukan jasad yang akan dibawa ,tetapi amal jariah yang kamu kerjakan dengan jasad itu..

Ketahuilah aku akan mencabut Aqal mu, maka yang tinggal ilmu dan ingatan mu pada Allah...
Setelah itu aku mencabut Nafs mu yang tinggal hanyalah amalanmu,dan akhirnya terbebaslah roh asal usul mu yang akan pulang kepada Tuhanmu...

Jika ia ringan dengan taqwa, maka ringanlah urusan mati mu..
Dan jika berat roh mu dengan dosa dan urusan dunia yang belum selesai ,maka akan aku rentap sehingga keluar segala roh dalam jasad mu"


Sesungguhnya di saat kematian itu ,roh bagi yang beriman akan berlumba dan berkumpul di hujung-hujung jari kakinya, begitu rindunya pada mati, tidak sabar untuk menemui Allah S.W.T..
Sedangkan roh bagi yang kufur itu akan menyembunyi di sebalik jasad..
Maka akan aku siat jasadnya, menarik rohnya keluar dengan kasar ,tiada belas kasihan pada roh yang ingkar dan degil.."

"Maka permudahkan lah urusan ku..Nescaya aku akan memudahkanmu..
Jika kamu menyusahkan kerjaku maka celakalah kamu menghadapi azabnya sakaratul maut".

Aku menjalankan tugasku atas perintah Allah S.W.T ke atas ku..Maka jalankan tugas kamu sebagai hamba-Nya dan jangan sekali-kali ingkar...
Kerana sebenar-benar kehidupan yang akan kamu hadapi bukan dari tanah yang aku ambil ,namun bermula dari roh yang akan aku tarik"...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan