Jumaat, 24 Ogos 2018

PENGERTIAN QURBAN YANG SEBENAR.(Apakah sanggup seorang ayahnya untuk menyembelih anaknya?


Hari Rabu : 22 Ogos 2018 10 Zulhijjah 1439 Hijrah bersempena Raya qurban

Di suatu petang ,aku bersendirian iktiqaf di masjid selepas menunaikan solat asar...Aku pun meluangkan masa ku untuk ku mencari redha Nya iaitu zikrullah dan amalan yang ku lazimi selepas solat asar..Di mana ketika itu adalah mereka yang lain nya sibuk dengan urusan di luar dengan menyambut hari raya qurban...Ketika itu aku masih berusaha melawan kepenatan dan sakit yang ku alami sebelumnya .Aku gagahkan diri ku walaupun berat dan sakit masih terasa di tubuhku...

"Carilah redha Nya walaupun dengan sebutir zarah."-Malaikat Izrail a.s

Kata-kata di atas itulah yang mendorong ku bersemangat dan berusaha untuk istiqamah dari apa yang beliau ajarkan...Cerita ini sudah aku catatkan dalam tajuk sebelumnya...In shaa Allah...semoga dapat manfaat dari nya...

Dalam keadaan duduk berzikir dan mata terpejam, aku yang masih berusaha melawan nafs diri dan kesakitan tiba-tiba seizin Allah Yang MAHA KUASA...Hadir nya kekasih ALLAH dalam menjalan tanggungjawabnya iaitu Nabi khidir as menyampai risalah nya yang ringkas tapi sangat bermakna dan berharga sekali buatku dan semua umat MUHAMMAD SAW AKHIR ZAMAN...



PERBICARAAN ANTARA NABI KHIDIR AS DAN HAMBA ALLAH

Nabi khidir a.s  :  "Assalamua'alaikum"

Hamba Allah      : "Wa'alaikumussalam"

"Manusia pada hari kiamat menginginkan kulit nya dipotong-potong dengan gunting ketika di dunia kerana melihat betapa besarnya pahala orang yang tertimpa musibah di dunia ."

"Tidaklah seorang tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa- dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun- daunnya."

"Guru!..Apakah yang saya harus lakukan?
Dan bagaimana manusia bisa menjadi hamba yang bersabar?"

"Apakah sanggup seorang ayah untuk menyembelih anaknnya?
Ketahuilah pengorbanan demi Allah itu sangat besar dan mulia di sisi Nya ."

"Allahu taa'la a'lam"




Ini lah nasihat dan pesanan yang berguna buat kita semua walaupun ringkas tapi penuh hikmah dan bijaksana..Seperti  nya yang beliau sampaikan itu adalah kata- semangat bagi manusia yang di uji dengan ujian musibah...Ujian musibah itu adalah ujian kita mengeluh atau  menerima dengan tulus ikhlas...Sekiranya kita mengeluh tidaklah kita mendapat ganjaran yang di janjikan oleh ALLAH seperti yang telah di jelaskan oleh Nabi khidir as dan sekira nya kita menerima dengan tulus ikhlas maka ALLAH akan membalasnya berlipat kali ganda....

Apabila di semak balik,Setiap yang telah di sampaikan oleh Nabi khidir as ini rupanya sudah termaktub di dalam hadis Rasulullah SAW..

.Niampak sangat , aku masih cetek bab hadis Rasulullah SAW..😅😅😅...Sesiapa dah baca blog aku ni...Jangan lupa beli buku tentang hadis qudsi dan hadis Rasulullah SAW...In shaa Allah ,sangat berguna buat panduan...

Banyak pelajaran dan pengajaran yang kita perolehi dari perbicaraan yang ringkas itu iaitu   ;

1. Bersyukur
2 .berbaik sangka
2 .keampunan
3.kesabaran
4.pengorbanan

1.Bersyukur - Merasa cukup dengan apa yang ada, dan tetap melakukan sesuatu kebaikan dengan apa yang sudah di berikan oleh Tuhan kepada kita..Dalam pengertian lisan itu adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah atau terima kasih Tuhan dan pengertian dari sudut hati itu adalah merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita...Untuk menjadi orang-orang yang bersyukur tidak lah mudah, memerlukan kesedaran hati ,pengajian,pelajaran dan pengajaran untuk di didik secara istiqamah...Tuhan itu maha pemberi dan kita sebagai manusia harusnya menerima dengan berlapang dada dan merasa amat menghargai segala pemberian kurniaan Nya kepada kita...


 kata-kata mutiara izrael a.s : 

"Sering merasa cukup. Gunakan apa yang ada untuk kebaikan. " 

"Apabila Allah mengizinkan sesuatu yang baik untuk mu ,kau pasti akan di beri tanpa kau minta sekalipun.Cukuplah bersyukur dan manfaatkan sebaik nya akan apa yang telah dikurniakan Nya kepada mu."
Allahu Taa'la Alam.


2.Berbaik sangka - Menilai sesuatu perkara atau sesuatu yang terjadi dengan berlapang dada dan berfikiran yang terbuka(positif thinking)...Tidak menyalahi sesuatu yang terjadi dengan pra sangka yang buruk terhadap Tuhan...Yang perlu di didik di hati dan di rasai itu adalah mensyukuri dan harus menyedari bahawa apa yang terjadi itu mempunyai hikmah dan kebaikan yang besar di sebalik terjadi nya perkara tersebut.