Ahad, 15 Julai 2018

Setitis air mata hamba Nya mampu memadam kermukaan Nya dan Allah rindukan kalimah indah dari hamba Nya

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ

14 jun 2017
Jasad :Dalam keadaan sujud (sujud terakhir solat sunat taubat)
 Roh : Suasana gelap ,Izrael a.s berdiri hadapan berlatar belakangkan cahaya

Izrael as : “Assalamua’laikum 

Hamba Allah : Warahmatullah
(menghampiri saya)

“kenapa kau menangis ?
Adakah tangisan ini adalah kerana dunia atau pun kerna rindu kan tuhan mu?

(Mendengarkan pertanyaan ia, 
saya terus dan tunduk tanpa menjawab)

Izrael as : 
“jika kau menangis kerana dunia mu
Ketahuilah bahawa dunia akan sentiasa mengecewakan mu jika kau cinta padanya
Ia tidak akan membalas cinta mu bahkan kau tidak akan tenang dan bahagia jika kau
bersama dengannya. Jika kau mengharapkan kebahagiaan dengannya
 
Ketahuilah bahawa dunia ini tidak kekal
Sama ada kau akan tinggalkan nya mahupun ia akan hancur meninggalkan mu
Sama ada kau akan mati dalam keadaan hina mahupun dunia akan menelan mu jauh ke perut bumi ,neraka jahaman.”

(Mendengar kenyataan ia.
Saya  menangis ,ketakutan Terasa tangan menggigil ,
mata terasa panas dan badan tersa sejuk.
Namun ,izrael seolah tersenyum memandang saya)


Izraelas :
 “ Namun, jika kau menangis kerana rindukan Tuhanmu
Ketahuilah Allah pastikan memandang mu dengan penuh kasih dan belas rahmat- Nya..
Ketahuilah ,disaat kau kecewa pada dunia, Allah menantikan kau mengandukan pada Nya Allah rindukan kalimah indah dari hamba Nya rindukan sujudnya di hadapan Allah, memujuk cinta Nya…
Ketahuilah,disaat kau jatuh Allah menghulur tangan Nya untuk kau sambut
Di saat kau terluka ,penuh Allah membalutnya dengan kasih saying Nya Di saat kau kepatahan Allah memimpin kau untuk bangun semula.”

Hamba Allah :
” Aku menyesali perbuatanku. Adakah Allah murka padaku ya izrael as.”

Izrael as :

Hanya Allah yang mengetahui.Namun,Ketahuilah bahawa titisan air mata kerana Nya mampu memadamkan kemurkaan Nya..Setinggi langit.Sesungguhnya Tuhanmu Maha pengampun lagi Maha penyanyang 
Maka janganlah kau mengeluh akan kesedihanmu.Walau ia terasa berat
Ketahuilah, itulah dunia ,dunia akan sentiasa memberatkanmu hinggalah habis nyawamu.Bahkan ia akan memburu mu hingga ke hari kiamat.
Di sebabkan itu ,Allah sentiasa menguji manusia dengan dunia ,supaya mereka tahu sebesar mana nilai dunia di hatinya..Dalam sebesar-sebesar nikmat yang Allah pinjamkan
Maka sebesar mana buta manusia sanggup memulangkannya semula kepada pemiliknya. Allah itu maha mengetahui semua akan isi hati hamba Nya .
Namun sebesar mana pula manusia mengetahui akan hatinya sendiri.

Jika kau menangis kerana dunia,
Mudah-mudahan sujud mu menyedarkan mu bahawa kepada siapa sepatutnya kau berharap
Jika kau menangis kerana Allah
Ketahui bahawa  semakin hampir redhaNya
Kerana sujud itu hina bagi manusia ,namun istimewa di sisi Nya

Setitis air mata yang kau korbankan untuk Nya...
Maka seluas lautan rahmat Nya keatas mu
Maka janganlah bersedih
Sesungguhnya allah bersama dengan mu.”

Kembali dalam keadaan dengan muka yang basah dengan air mata sambung membaca tasbih yunus dan selesai solat hingga habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan