Rabu, 4 Januari 2017

Pesan dan Nasihat Malaikat izrail a.s

BERIMAN KEPADA MALAIKAT...Itu adalah dasar keimanan yang perlu ada pada kita walaupun mereka tidak kelihatan di mata kasar...Keimanan inilah menyangkut paut pada hati yang dalam iaitu  Alam Ghaib..Boleh lah di ketogerikan dengan beriman kepada yang ghaib..Malaikat Allah seperti yang kita tahu adalah makhluk ciptaannya yang tersangat dekat dengan Allah S.W.T bahkan sangat mentaati Allah berbanding kita ini yang selalu melanggar perintahnya...

Penciptaannya adalah dari Nur iaitu cahaya...Hidup mereka tidaklah seperti kita ini(manusia) ada masa taat dan ada masa main langgar jerk perintahnya..Iman mereka sangatlah mantap dari segi ketaatan.Mereka diberi keistimemawaan yang tersendiri dan sangat luar biasa di mata manusia kerana mereka ini bersifat ghaib berbeza dengan kita manusia yang lebih mengandalkan logikal akal..Allah mempunyai keilmuan yang luas tiada terhingga sehingga akal kita tidak mampu menangkap kehadiran mereka sebab ini adalah rahsia Allah S.W.T yang maha mengetahui Alam ghaib....

Kemampuan mereka adalah berbeza2 mengikut tugas yang sudah di tetapkan..Ada di antara mereka yang sentiasa bersama kita setiap masa dan setiap waktu...Ada juga yang datang dan pergi dalam kadar masa yang sementara mengikut apa yang Allah perintahkan dengan tugasnya yang tersendiri...Insha,Allah dengan izin Allah dan atas kehendaknya saya akan kongsikan pengalaman seorang hamba Allah yang berjumpa dan menerima beberapa pesanan juga nasihat dari makhluk Allah yang mulia iaitu Malaikat izrail a.s...

Malaikat ini sifatnya bersih dan suci sangat jauh sekali dari manusia yang banyak buat onar di muka bumi ini...Malaikat ini adalah Malaikat izrail a,s yang tugasnya adalah mencabut setiap apa2 yang bernyawa...Pasti banyak akan merasa gerun dan takut apabila mendengar nama beliau kerana dengan kehadiran beliau jasad dan roh akan terpisah dari Alam yang bernama dunia....Dunia yang mengodakan,meliurkan, melalaikan dan banyak lagi yang membuatkan kita jauh dari Allah S.W.T....Sehingga hati dipenuhi dengan perkara2yang  sia2 dan sementara sehingga kita melupai akhirat yang baqa....Sedangkan dunia ini adalah bekalan untuk dibawa ke akhirat...

Bukan mudah nak mendidikkan hati beb!!...

Sukar dan sangat sukar kerana dunia itu masih di hati bukannya di tangan....Sepatutnya yang kita harus bawa dalam diri kita ini....

"DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI"...

Walaupun diri kita di dunia tapi hati beramal dengan amalan yang mencapai jalan Akhirat iaitu mencari keredhaan Allah....Percapaian keikhlasan dalam diri ini lah yang paling sukar di miliki kerana hidup kita di kelilingi dan di hiasi dengan dunia yang fana...Bersama2 lah kita berusaha mencapai apa yang Allah redhai iaitu ikhlas dalam beramal,ilmu dan setiap tindak tanduk kita....

Meh kita muhasabah diri kita ini ye!!
 Perjumpaan ini adalah salah satu rahmat Allah kepada kita semua supaya kita dapat mengenal apa sebenarnya kehidupan yang hakiki dan hakikat kita dijadikan....Mungkin mustahil bagi kita untuk memikirkan bagaimana perjumpaan hamba Allah ini dengan malaikat izrai a.s sedangkan Malaikat ini adalah bersifat ghaib...Tapi ini adalah kuasa Allah yang mutlak yang mengaturnya. Allah yang maha zahir dan bathin..So x perlu kita ragukan tentang keagungannya..Marilah kita ambik ikhtibar dan hayati apa yang beliau sampaikan....

PESANAN MALAIKAT IZRAIL A.S KEPADA HAMBA ALLAH..

"Akulah izrail ,penjaga maut pencabut nyawa..
Kehadiranku di benci namun aku membawa amanah Allah .S.W.T,mengabutlkan janjinya...
Setiap nyawa yang hidup pasti akan merasa mati....

Sakitmu bukan atas aku yang menyakiti ,namun kamu di sakiti oleh dosa-dosa kamu sendiri,
Jasadmu di seksa oleh perbuatanmu di dunia dan roh mu diazab atas keingkaran kamu pada Allah

Ketahuilah yang mengikutmu itu adalah aku, dan yang memburu mu itu maut....Selagi daun ajal mu belum gugur dari Sidrat Al Muntaha ,selagi itu aku menjaga mu dari ditemui maut kepada mu...

Namun tugasku segala atas perintah Allah ke atas ku ,gugurnya daun ajal mu bersama dengan setitis embun ,jika baik embunya maka akan ku turun bersama dengan rahmat ,jika buruk embunya maka akan ku turun bersama dengan azab...

Setelah itu ,Allah memberi kamu masa selama 40 hari untuk bertaubat ,beramal soleh...
Kerana apabila sampai masa mu , maut menemui mu atas izinya ,dan aku menjalankan tugasku tanpa mengira keadaan ,tempat dan masa...

Pada waktu itu, roh kamu umpama karung yang aku angkat...
Batu itu umpama dunia, jika banyaknya batunya dalam karung, nescaya berat karung tersebut..
Maka ringankanlah ia dengan amal akhirat ,sedang ia meringankan sakaratul kamu...
Kerana atas belas Allah terhadap kamu aku menarik roh mu secara perlahan...

Ringankan Aqal mu dengan sentiasa mengingati Allah  dan ilmu yang bermanfaat...
Nescaya aku mencabut ia dengan lembut.

Ringankan Nafs kamu dengan amal soleh..
Nescaya aku tidak akan merentap terlalu kuat ,kerana di saat akhir masa mu syaitan dan iblis akan menggelapkannya buat kali terakhir..

Disaat kamu haus, dia memberi susu yang sebenarnya air nanah panas dari neraka...
Disaat kamu ingin mengucapkan kalimah La illaha illa Allah, mereka mempamerkan padamu keindahan dunia yang sebenarnya adalah neraka di sebaliknya...

Ringankan jasad mu dengan sedekah ,kerana bukan jasad yang akan dibawa ,tetapi amal jariah yang kamu kerjakan dengan jasad itu..

Ketahuilah aku akan mencabut Aqal mu, maka yang tinggal ilmu dan ingatan mu pada Allah...
Setelah itu aku mencabut Nafs mu yang tinggal hanyalah amalanmu,dan akhirnya terbebaslah roh asal usul mu yang akan pulang kepada Tuhanmu...

Jika ia ringan dengan taqwa, maka ringanlah urusan mati mu..
Dan jika berat roh mu dengan dosa dan urusan dunia yang belum selesai ,maka akan aku rentap sehingga keluar segala roh dalam jasad mu"


Sesungguhnya di saat kematian itu ,roh bagi yang beriman akan berlumba dan berkumpul di hujung-hujung jari kakinya, begitu rindunya pada mati, tidak sabar untuk menemui Allah S.W.T..
Sedangkan roh bagi yang kufur itu akan menyembunyi di sebalik jasad..
Maka akan aku siat jasadnya, menarik rohnya keluar dengan kasar ,tiada belas kasihan pada roh yang ingkar dan degil.."

"Maka permudahkan lah urusan ku..Nescaya aku akan memudahkanmu..
Jika kamu menyusahkan kerjaku maka celakalah kamu menghadapi azabnya sakaratul maut".

Aku menjalankan tugasku atas perintah Allah S.W.T ke atas ku..Maka jalankan tugas kamu sebagai hamba-Nya dan jangan sekali-kali ingkar...
Kerana sebenar-benar kehidupan yang akan kamu hadapi bukan dari tanah yang aku ambil ,namun bermula dari roh yang akan aku tarik"...

Isnin, 26 Disember 2016

Pesan dan nasihat Nabi Khidir a.s untuk umat akhir zaman

Asalamualaikum smua..Lama saya x update blog ini..Alhamdulillah atas izinnya saya dapat memapar kisah yang boleh diambil ikhtibar dan di jadikan sebagai insprasi bahawa para2 kekasih Allah masih inginkan kita umat akhir zaman ni dalam keadaan sejahtera di dunia dan di akhirat. Smoga kita dapat hidayahnya dgn ape yang di story kan ini...

Apakah kita mengenali Nabi khidir A.S?

Di dalam Al -quran Allah telah menerangkan tentang sosok manusia ini iaitu seorang yang Allah kurniakan dengan hikmah keilmuan yang dtg dr Allah S.W.T..Keilmuan beliau adalah tingkat tinggi dari segi memaknai ape yang beliau sampaikan...Keilmuannya adalah secara langsung dari Allah tanpa ada perantaraan sesiapa pun...Seperti story nabi musa a.s yang pernah mendapat pendidikkan dari Nabi khidir a.s secara langsung dan Nabi musa a.s tidak mampu mengikuti sampai peringkat akhirnya...Dan banyk pertentangan yang berlaku pada ajarannya di mata Nabi musa a.s yang menekankan jalan2 syariat...maka sampai di situlah perpisahan antara mereka berdua...Benda ini telah di terangkan di dalam surah al -kahfi..Insha,Allah law nak faham boleh memaknai balik surah ini...

Insya,Allah atas rahmatnya sy akan buat coretan pengalaman nyata hamba Allah ini atas izin Allah s.w.t...Di sini saya akan menceritakan seorang hamba Allah yang berdialog dengan Nabi khidir a.s dengan amanat pada umat2 akhir zaman...



PENGALAMAN BERJUMPA DENGAN NABI KHIDIR A.S...

Dengan izin Allah S.W.T  sukmanya di bawak oleh Allah Azzawajalla dengan qudrat iradatnya...Sampailah di satu lokasi yang amat di kenalimya iaitu Masjid Nabawi...Berdirinya betul-betul di hadapan pintu emas yang bertahtakan kalimah ALLAH & MUHAMMAD..

 Pintu pun terbuka seolah2 ada yang membukanya dari dalam masjid tersebut dan terpancarlah satu  cahaya putih kekuningan menyelubungi sekitar masjid tersebut..

Tiba-tiba muncullah seorang lelaki yang beperwatakan lembut,tinggi dan sasa...Wajahnya cerah tetapi tidaklah begitu putih seperti orang arab kebiasaannya...
Mukanya lembut dan sangat menyenangkan apabila di pandang..

Penampilannya amatlah luar biasa walaupun nampak bersahaja...Beliau mengenakan serban berwarna hijau tua dan jubahnya pun menyamai warna tersebut cuma warna jubahnya lebih cerah berbanding serbannya...Di tangan kanannya memegang tongkat lurus yang menancap ke tanah masjid dan beliau pun memberi senyuman dan salam...

Mari ikuti dialognya....Nabi Khidir a.s dan hamba Allah ini..


Asalamualaikum warahmatullah

Wala,alaikum, salam warahmatullah..Siapa?

Apakah kau tidak kenal padaku sedangkan engkau mengucap zikir akan hadiah milikku di pagi dan petangmu?
Engkau menjadikan ia amalan di masa hadasmu, maka aku doakan Allah menyucikanmu dari hadas yang paling hina iaitu mati dalam keadaan kufur".

Amin ya rabbil alamin...
 (secara tiba2 air mata mengalir dengan perasan syahdu sambil mengaminkan doanya)..Dengan perasaan tersebut di lanjutkan kembali perbualan tersebut.)
Kau khidir ?
Bukankah manusia  hanya temui kau di lautan?


Ya ,kau hanya dapat menemuiku di lautan sedangkan aku perlu menemuimu di tempat seperti ini. 
Aku menemuimu bukan kerana engkau semulia musa, tetapi kerana umat Muhammad yang di muliakan oleh Allah S.W.T.
Aku menemui engkau untuk mengingatkan kau dan umat Muhammad yang lainnya,seperti apa yang pernah aku berpesan kepada musa, peringatan untuk umat akhir zaman."


(Nabi khidir a.s pun membaca beberapa potong ayat surah al- kahfi iaitu ayat 1-3 surah Al-kahfi...Setelah selesai membacanya Nabi khidir a.s pun bertanya kembali...)

Apakah surah itu?

"Surah Kahfi".

Apakah maksud ayat-ayat tersebut ?

(Hamba Allah terdiam mengelengkan....)

Bagaimana kau tahu itu kahfi sedangkan kau tidak tahu akan maksudnya ?

"Aku membaca surah kahfi tetapi aku tidak tahu maksudnya".

"Surah Kahfi adalah senjata mukmin untuk mengalahkan dajjal di akhir zaman nanti tetapi bagaimana nak gunakan senjata sedangkan tidak tahu bagaimana cara menggunakanya. Surah kahfi , suatu peringatan & panduan untuk umat akhir zaman"..


Nabi Khidir a.s pun membaca 2 potong ayat 71 & 79 dari surah Al- Kahfi serta menghuraikan terjemahnya ayat tersebut...


Membaca Ta,awuz
 
فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا ۖقَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا
(Surah Al-kahfi ayat 71)


أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
"Aku bermaksud merosakkan perahu bagi orang-orang miskin itu kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas perahu mereka".
 (surah al-kahfi ayat 79)

Itulah akhir zaman, 
Dimana raja akan menindas rakyatnya sendiri..
Orang kaya akan bertambah kaya dan orang miskin akan bertambah miskin...
Harta yang di rampas bukan secara kasar tetapi secara halus melalui sistemnya RIBA.
RIBA itu di haramkan oleh Allah S.W.T ,namun yang haram itulah yang menjadi kebiasaan umat di akhir zaman....
Sehinggakan ia menjadi suatu keperluan dalam kehidupan....

"Maka bersederhanalah dalam memiliki harta umpama MENDAYUNG PERAHU YANG BOCOR".


Nabi khidir a.s pun melanjutkan bacaan surah al- kahfi ayat 74,80 dan 81 serta menghuraikan penterjemahan satu persatu....


Membaca Ta,awuz..

(74). فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا

(80)* وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا

  (81)*فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا

 (surah Al -kahfi ayat74, 80 & 81)

"Dan adapun pemuda (kafir)itu, kedua ibubapanya mukmin, dan kami bimbang kalau dia akan mendesak mereka kepada kesesatan & kekafiran"
"Kemudia kami menghendaki ,supaya Tuhan mereka menggantikannya dengan (seorang anak lain) yang lebih baik kesuciannya daripada (anak itu dan lebih sayang kepada ibubapanya)".

"Itulah akhir zaman.....
Kepayahan IBUBAPA UNTUK MENDIDIK anak menjadi soleh ,
Ibubapa sibuk mengejar harta untuk menyuap anak-anak mereka ,
tetapi kurang ILMU AGAMA sebagai panduan hidup,
 menyebabkan mudahnya terdedah pada perkara/budaya yang buruk dan negatif.....
Ibubapa yang kurang ilmu melahirkan anak yang jahil pada agama,
Anak-anak menjadi amanah yang paling berat"...

"Maka ,hiduplah dalam keluarga yang MENCONTOHI RASULULLAH &  SAHABAT"..


Kemudian Nabi khidir a.s melanjutkan bacaan lagi dengan membaca ayat 77 dan 82 surah Al-kahfi....

Membaca Ta,awuz...

 فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ ۖقَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا
(Surah kahfi ayat 77)

  وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا 
 وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ
 (Surah Al- kahfi ayat 82)

"Dan adapun tembok rumah itu adalah milik dua orang anak yatim di bandar itu yang di bawahnya terseimpan harta kepunyaan mereka dan bapa mereka seorang yang soleh ,maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat daripada Tuhanmu"....

"Itulah akhir zaman ,
Penduduk yang menjadi semakin kedekut, 
amat sedikit yang bersedekah dan mengeluarkan zakat. 
Malah harta yang di infakkan sering dipertikaikan dan diragukan, 
sehingga tujuan bukan lagi kerana Allah tetapi sekadar budaya orang kebanyakkan"...

"Dan aku bermaksud membina tembok itu kerana untuk menyembunyikan harta anak-anak yatim, kerana begitu  sedikit sekali manusia yang amanah, bapa anak tersebut terpaksa menanam harta tersebut kerana tidak ada lagi orang yang amanah dalam menjaga harta tersebut"....

"Itulah akhir zaman, 
orang-orangnya terlalu mencari harta sehingga sanggup menjual amanah,maruah dan agama"...

"Maka itulah kelemahan manusia akhir zaman, iaitu HARTANYA..
Di sebabkan itu mudahnya dajjal untuk menguasai umat akhir zaman kerana mereka boleh di beli dengan harta dunia sehingga lupa siapa Tuhannya"..

"Ini pesan ku amalan kahfi bukan sekadar di baca tetapi panduan di akhir zaman.
Allah sentiasa memberi peringatan dan amaran, 
tetapi manusia itu semakin buta dan pekak"...

"Muhammad telah mewasiatkan Al-quran dan sunnahnya untuk di pegang oleh semua umatnya..
Bukan untuk di pegang di tangan tetapi di pegang dengan hati"....

"Sebarkanlah peringatan ini kepada sesiapa yang kau mampu kerana Allah akan membukakan hati kepada sesiapapun yang dia ingini"....

Insya, Allah...


(Selesai mengucap perkataan insya,Allah itu pandangan terus menjadi gelap dan mata pun terbuka.)....


PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL :
Surah Al-kahfi adalah senjata yang berkesan untuk menentang Dajjal tetapi kita hanyalah membacanya sebagai senjata..Sedangkan yang di maksudkan oleh nabi Khidir a.s itu adalah isinya yang di amalkan bukannya amalan yang di bacakan melalui lisan tanpa penghayatan isinya yang di baca dan di amalkan dengan tindakkan dan niat ikhlas..Marilah kita sama2 bermuhasabah diri dalam mencari keredhaan Allah S.W.T..Sesungguhnya beliau Khidir a.s tidak pernah lupa dan cintanya akan umat Muhammad S.W.T dengan memberi beberapa nasihat yang berguna untuk kita semua...

Ada 3 slot pesanan yang di sampaikan tadi iaitu....

1.Pemerintah zalim , riba
2.Ibubapa kurang didikan agama kepada anak2
3.Kedekut ,cinta harta atau dunia ,tidak amanah ,tiada keikhlasan

ketiga2 ini lah yang menjadi puncanya iaitu bersandarkan harta..Dengan harta semua sanggup melanggar larangan Allah...Harta dunia inilah yang membuatkan manusia terbuai sehingga mereka lupa akan tuhan yang esa...Insya,Allah smoga kita dapat mendapat manfaat dari apa yang di sampaikan....Amin...

Isnin, 12 September 2016

Ciri2 tanah kejadian manusia

Alhamdulillah...di izin Allah azza wajjalla...kita dapat bertemu kmbali dengan tajuk sambungan kejadian manusia yang smalam sy karangkan...Mudah-mudahan korang faham ape yg sy smpaikan smlm...insha,Allah...Untuk tajuk ini saya akan rangkumkan asal kejadian tanah ini dengan diri kita supaya kita dapat mengenal diri kita yang sebenarnya....Smua ape yang Allah cipta itu tidak ada yang sia2 melainkan ada kebaikkan dan hikmahnya yang tersendiri....

So i sambung lah yer perjalananan perciptaan adam ini....Sebelum meneruskannya...I dah ceritakan pada u all bagaimana Malaikat izrail a.s mengambil tanah di muka bumi....Malaikat ini mengambil tanah dgn pelbagai jenis dan warna....Dari pelbagai pelusuk benua dan negara di muka bumi ini...so untuk memudahkan kita memahaminya.so saya gabungkan setiap tanah tersebut mengikut nama2 pembentukan anggota2 badan...

.Pembentukan manusia itu mempunyai 13 keadaan dan di perintahkan malaikat izrail a.s mengambilnya dari tanah2 yang berasingan mengikut bentuk tubuh manusia seperti :-

1.KEPALA                   - TANAH BAITUL MUQADDIS

2. TELINGA                - TANAH BUKIT THURSINA

3. DAHI                       - TANAH IRAQ

4. MUKA                     - TANAH YEMEN

5. MATA                      - TELAGA AL -KAUTSAR

6. GIGI                         - TELAGA AL -KAUTSAR

7. TANGAN KANAN  - TANAH KA,ABAH

8. TANGAN KIRI       - TANAH PARIS

9. PERUT                    -TANAH BABYLON

10. TULANG              - TANAH BUKIT THURSINA

11. KAKI                     - TANAH INDIA

12. LIDAH                  - TANAH THA 'IF

13. HATI                     -TANAH SYURGA


Kejadian manusia sebenarnya merangkumi apa yang kita belajar tentang ilmu solat...iaitu Rukun solat..Solat kan ada 13 rukun dan tata tertibnya yang sempurna...Beginilah asal penciptaannya yang kita harus ketahui dan amat berkait rapat dengan pengabdian pada Allah iaitu Solat...Solat tunjangnya dalam mengabdikan diri pada Allah.5 kali sehari dan ianya adalah termasuk dalam rukun islam yang ke 2....

Oklah geng...wa close dulu...insha,Allah ada smbungannya...

Ahad, 11 September 2016

Asal kejadian ADAM (tanah)

Asalamualaikum..Maaf smua,lame plak saya x jenguk blog ni...dah bertahun kut!!..huhu..Baru nak online nih...Bru teringat dgn blog nih...Alhamdulillah...Nasib baik,Ingat balik paswoodnya...hehe...Ni pun Dia yang izinkan untuk saya open Balik...Ohh!..ya...Selamat menyambut Hari raya Qurban...

Insya,Allah...Sy akan shared kan sedikit pengetahuan tentang benda ni atas izin Tuan empunya Ilmu ini Allah azza wajalla dan asbab keizinan seorang hamba Allah sebagai perantara so sy kongsikan kat korang smua...INSHA,ALLAH...

JOM LAYAN PE STORY SETERUSNYA....

Kebanyakkan kita zaman sekarang banyak konpius or x pun keliru tentang kejadian manusia ni....

Manusia!!!...ada yang mengikut pengetahuan barat or kajian2 yg telah bertahun di lakukan....Tpi best is storynya...Semua dah ada di dalam kitab Al-quran...isi yg tersurat dan pasti ada yg tersirat....

Mehhhh...kita!!!...Sebelum Layan ni....Baca khafiat yg sy bg kt bawah:-

Layan!!!..


Auzubillahi minnassyaitan ni rajim....3x

Bismillahi rahmani rahim...

Hadiah Al-fatihah for Nabi Muhammad S.A.W dan kluarganya
Hadiah Al-fatihah for Smua Para2 Malaikat,para Nabi2 dan wali2..
Hadiah Al-fatihah for yang menyampaikan ilmu ini.
Hadiah Al-fatihah for Ayah ibu,kluarga dan smua muslimin dan muslimat...
Hadiah Al-fatihah for Diri sendiri..

Dan last sekali ....

Selawat ke atas Nabi 3X.....
 
Meh!!!!!....Layan.....

Sebelum kejadian manusia and seisinya....Belum ada apa2 lagi melainkan Zatnya Allah azza wajalla....Allah Ciptakan yang pertama sekali adalah Nur muhammad(hakikat Muhammadiyah).....Nur ini lah yg menentukan ciptaannya...so sape yang sudah mengaji pengajian hakikat maybe tau benda ni....Oleh kerana tajuk di atas itu berkaitan dengan asal kejadian...So saya masuk bab bagaimana penciptaan manusia ini terjadi....

Sebelum Allah nak tentukan mahkluk yang bernama manusia...Dia hantar Nur Muhammad ini untuk menilai penilaian yg terbaik untuk menjadi Hambanya...Allah S.W.T perintahkan Nur ini untuk pergi berjumpa 4 unsur ini iaitu:

1.Unsur Api
2.Unsur Air
3.Unsur Angin
4.Unsur Tanah

Setiap unsur2 ini diberi kekuatan dan kekurangan mengikut sifatnya dan karekternya masing2....Apabila Nur ini berjumpa dgn Unsur Api....so berlakulah  pengenalan antara Nur Muhammad ini dgn unsur api ini....Bak kata hang!!!...berkonalan lah!!!...Tak konal maka tak cinta ah!...hehe....Apebila Nur Muhammad ini berjumpa dgn unsur Api....So dengan Angkuhnya dia menunjukkan kelebihan dirinya....Seperti yg kita tau kan!!...Api kan Unsurnya panas,membakar...Time kecil bukan main macam bestfreind je tpi lama2 dah besar jd Lawan plak!!.....So faham2 lah yer....Bersifat membakar dan  memusnahkan ape yg berdekatan dan sekeliling...Sifat yg bersifat melawan,memusnahkan...

So masih belum sesuai untuk untuk ciptaan yg bernama Hamba...So Allah perintahkan Nur Muhammad ini berjumpa Air....So berlakulah pertunjukkan Air ini pada Nur Muhammad....Dengan gahnya Air menunjukkan dirinya pada Nur Muhammad dengan menggunakan kekuatannya yg mampu memusnahkan setiap ape yang berada di sekeliling dgn kuatnya bagaikan stunami yg melenyapkan bandar acheh yg kita pernah tgk tuh...Gitu lah Sifatnya dan unsurnya....

Sebab tidak menepati dengan Iradatnya...So berjumpalah Nur muhammad ini dengan Angin....Dengan Syoknya angin menyatakan dirinya yg terbaik....Biasalah yo...Syok ape!...aircond kut...Sape x suka kalau diri di puji or di sanjung2....Dia pun menunjukkkan dirinya dan menjadilah dia sebuah badai yang besar....Tak sewena2 nya...Musnah yg berada di sekeliling dengan sekelip mata je...kacang je BEB!!!...hehe....

Untuk penyudahan perjumpaan unsur tersebut...Dan ini lah yg terakhir sekali perjumpaan Nur muhammad pada ke empat2 ini iaitu unsur yg bernama tanah....Huhu...Ape yang berlaku atas perjumpaan tersebut...Ape kah kalian menduga seperti api,air,angin yang punyai sifat meninggi diri,menunjukkan kehebatan sendiri dengan bakat2nya yang tersendiri.....

Itu lah kita...Insan yang tercipta dri Tanah....Usah sombong,usah merasa diri itu hebat....Inikan plak nak membangkang Ayat2 Al-quran dan melawan kehebatan tuhan yang esa....

Subhanallah...Maha suci Allah yg sempurna Tanah dgn rendah diri tidak menyata2kan ape kelebihan diri....sebab tiada ape2 yang lebih padanya...melainkan berdiam diri dgn keadaan...tanpa menunjukkan skillnya....Nak soh tunjuk...nak camne dah memang x de skill ape2 ah!!!!....Tanah je kut!...hehe...Situ lah kmulian yang bernama Tanah....Sebenarnya...Bnyk hikmahnya kita bleh belajar dari unsur tanah ni....Tanah ini bersifat menyuburkan,merendah diri,tidak melebihkan diri dan bersifat cekal....Atas sebab itu Allah menjadikan asal kejadian Manusia iaitu Adam a.s itu tanah....

Dari itu Allah perintahkan 4 malaikat yang paling rapat...iaitu Malaikat jibril ,Mikail , israfil dan izrail a.s  untuk megambil tanah di muka bumi....3 malaikat tidak berjaya mengambilnya...iaitu jibril,mikail dan israfil dgn hampanya mengadap Allah tanpa membawa sesuatu melainkan teguran dan makian dri bumi....Bumi tidak membenarkan dirinya di ambil sedikit pun sehinggga lah Allah perintahkan Malaikat Izrail a.s menjalankan tugasnya yg hanya dengan menyebut kalimah Nama Allah....Tanah berhasil di bawa mengadap Allah Azza wajjalla...Sebab itu lah sampai sekarang malaikat izrail a,s di beri kekuatan dan tanggungjawab untuk mencabut nyawa....Bertapa keras makian or teguran bumi langsung tidak di endahkannya sebab menjalankan perintah dan taatnya pada Allah Azza wajjalla...Begitu lah saat kematian seseorang itu...Malaikat ini punyai skill jobnya yang keras dan mampu berhadapan sesiapa2 pun tanpa gentar atau pun makian sekali pun....Lagi Bumi dia tidak gentar ini kan plak kita yang bernama manusia....So tiada istilah berundur bagi malaikat ini melainkan tetap taat dan setia....

Maha suci Allah yang sempurna....Di perintahnya izrail a.s untuk mengambil beberapa tanah dan tanah itu mempunyai ciri2nya dan warnanya di beberapa tempat sepert di baitul muqadis,bukit tursina,paris,and bnyk lagi tmpatnya....Insha,Allah....Nanti sy akan huraikan mengikut susunan dan bentuk jasad manusia itu sendiri dari kepala sampai ke kaki....Sampai sini saje ye!!!!...salam aidil adha....




Jumaat, 26 Ogos 2011

selamat menyambut lailatul qadar

Subhanallah..Maha suci baginya Allah yang memiliki rahmatnya dan memiliki segala2nya..Insya,Allah semoga kita bertemu malam yang di katakan di dalam kitab Al-quran..kita bersyukur padanya di atas malam yang menjadi rahsia pada kita semua..Bahkan aku sendiri and korang pun tidak tahu di manakah letaknya malam tersebut???

itulah menjadi misterinya..Hua,hua2..Rahsia tetap rahsia ler..

Tapi bestnya kita ni..Semua buat dek and sambil lewa je dgn benda nih....Makin nak penghujung ramadhan makin banyak plak kita pergi bazar ramadhan,supermarket,shopping mall dan banyak lagi di pasar raya tu..Ada dgn kain yang cantik moleknya,dgn baju kilat berkilau-kilauannya,ada dgn sofa barunya dan banyak lagi benda agak baru lah kononnya...kalau para leluhur,wali2 atau ahli2 kerohanian..Pada malam terakhir ke 20 ramadhan lah mereka bergiat bersungguh2 mencari malam yang begitu rahmat dan time inilah Nur Allah memenuhi ruang angkasa sampailah ke tempat kita berpijak ini iaitu(Bumi)..Untuk pengetahuan korang NUR ALLAH itu adalah cahaya yang menyinari malam tersebut...Apa yang pasti malam tersebut adalah malam yang bercahaya..Hanya Insan yang terpilih yang menyaksikan kebesarannya.. Malamnya amat menyenangkan dan semua rahmat menyeliputi alam...So sape yang di izinkan dan berusaha menyucikan diri pasti menemuinya tanpa ada penghadang yang menghalang penglihatan dan segala rahsia diri untuk melihat kebesarannya...

Inilah kenikmatan kepada hamba yang beriman dan bertakwa...biasanya First kita nak puasa ramadhan pada awal ramadhan pasti banyak sangkut2 atau jem2 time Tengah hari or petangnya..haaa..itu memang ler first time ma nak start penyucian diri beb...Memang sakit sikit-sikit..Hawa nafsu berkoncang time tu..Antara kehendak diri atau kesejatian diri yang dalam..Sejatinya kita adalah bersih dan suci...

insya,Allah sambung geng..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Diari kehidupan(UJIAN-BALA)BERDOA




GENG kita layan lagu di atas tu beb” DOAku ini…Tiadalah yg mendengar hanya si dia jua..DOA dan teruskan doa.. Alhamdulillah atas rahmatnya Ese dapat memberi sedikit kongsian kat korang semua berkaitan Doa...Doa itu adalah senjata yang termampan dari segala jurus-jurus,ilmu-ilmu atau ajian-ajian seperti bandong bondowoso,aji braja musti dan sebagainya..."Power Woo,"gua cakap sama lu."Tgh pawang kumat-kumit baca mentera,Siap bawa bala tenteranya nak attack dgn jurus ultraman taro atau power rangers...Takkan dapat di tembusi dgn adanya doa Hambanya yang penuh dgn pengharapan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah S.W.T...Nak suruh superman nak selamatkan korang"Jangan harap ler,"Tgh superman ni terbang meronda-ronda di awan-awangan cuba korang kenyit mata kat dia,Corfirm langgar tiang punya beb,"

Apa-apa pun tiada siapa pun yang boleh menolong kita melainkan Allah S.W.T itu sendiri..Dalam al-quran dah story pun..Mintalah kepadaku nescaya aku perkenankan...Jika tidak carilah tuhan selain dariku..."Sory beb,"..Ringkasan dalam al-quran..Malas nak tulis panjang2 macam abang ustaz-ustaz yang siap dgn terjemahan..Apa-apa pun korang faham apa yang ese maksudkan disini...Tiada siapa yang kita harapkan melainkan Allah jua..Bala musibah itu sendiri dari Allah S.W.T..Dia yang memberi dan dia jugalah yang mengambilnya dalam erti kata (inalillahi)"Baik buruk itu milik Allah''..Biasanya bagi yang Arif billah(mengenal Allah) atau dalam Mahabbah(pencintaan)..Mereka amat mensyukuri ujian bala ini dan menerima apa sahaja Allah berikan tidak kira baik ke buruk...Inilah letaknya makam Inalillahi..(muntahi)...Tiada kesedihan dalam diri mereka untuk menerima setiap apa yang berlaku..Yang terpampan di wajah mereka ini tiada lain hanyalah ketenangan dan senyuman yang bercahaya"slamba ajo beb,"..Bagi mereka ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada mereka,di mana mereka mabuk dalam lautan cinta pada Allah semata-mata...Hatinya bercahaya dgn zikir Allah semata-mata..Sehingga mereka tidak terasa kelazatan bala kerana kecintaannya pada Allah rabul jalil.."Lebih kurang macam org berkopel jugak ler",kehangatan cinta dan sayang giler mula terasa di qalbu,si aweks Cubit kat lengan kita tu pun rasa macam semut ajo,"Tak ado sakit ma walaupun dia pulas kuat-kuat".Begitu jugak kalau ada isteri yang tersayang.."SAyang giler beb,"Dia pukul kayu penyapu siap muka macam super saiya 10,mata merah saga dan renungan yang tajam nak rembat kat kita...So lari ajo lah yo,"....Sayang-sayang jugak,penyapu-penyapu jugak...Sakit jgk ler,"..ingat sodap ke kene penyapu,kalau blasah benda lain tu tak ape lah,Siap smile MD yang terpampang di wajah yang menunggu isterinya masuk bilik..

Itulah yang Allah beri kepada mereka dgn Mahabbah sehingga mereka tidak terasa pahit kerana mereka sudah tengelam dalam kecintaan yang mendalam pada Allah..Kalau Allah bagi kita separuh biji sawi kecintaan kita padanya.."Rasanya tak terlayan semua mahkluk kat muka bumi ini kot!"..Alamatnya dalam bilik ajo lah korang dgn bermunajat dan zikir 24 jam..Bagi yang mereka sudah mencapai makam Arif billah iaitu mereka mengenal Allah,mereka terima dgn hati yang tabah dan sabar kerana mereka mengetahui apa yang Allah beri itu mempunyai hikmah.."Kepada saudara dan saudari yang dalam musibah Allah...Ini pesan Lebai slumber kat korang yang di timpa musibah,"Jgnlah pandang pada kesusahannya,pandanglah pada hikmahnya..Tak semestinya nasib yang buruk itu buruk untuk korang,sebenarnya baik untuk korang...Memang nampak buruk pada manusia tapi pada Allah itu baik untuk korang.."Ingat bro..Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..Yang lebih memahami dari segala-gala sesuatu..Apa yang berlaku itu tidak akan berganjak atau berubah kerana itu semua adalah dalam ilmu Allah S.WT..(ketentuan Allah)..Tangisan darah sekali pun kita atau mengeluh sekali pun kita,tidak dapat mengubah keadaan itu melainkan dgn berdoa dan sabar..

"Sabar-sabar jugak..Doa doa jugak,"..Benda ni kene lah selari dalam kehidupan kita...Doa adalah senjata yang ampuh dalam mengharungi musibah atau bala bencana..Apabila pintu langit terbuka pada hambanya yang berdoa ketika itu sehinggakan para-para malaikat menyaksikan doa hambanya naik ke langit dgn tangisan,pengharapan dan kesungguhan...Penuh dgn pengharapan,kesungguhan,rendah diri,kehambaan dan rayuan yang sungguh pada Allah.Inilah yang perlu apabila berdoa pada Allah..Jgn ler korang letak tangan kat lutut plak!'"..."Yang ni Ese selalu tengok apabila solat kat masjid.."Berat sangat tangan tu kot!"..

Tadahkan tangan anda pada sipencipta seperti mana seorang pengemis yang tiada wang yang amat memerlukan wang untuk sesuap nasi...Begitulah menghadap Allah...Penuh pengharapan dan kesungguhan yang pasrah semoga Allah menerima DOA kita...Kepada yang mendalami ilmu kerohanian mesti tahu adap-adap dalam berdoa...Setiap keadaan kita duduk antara dua sujud dan tadahan tangan sebagai hamba Allah mempunyai huruf-huruf Al-quran seperti Allah dan Muhammad S.A.W..Dalam tadahan tangan itu sendiri mempunyai kalimah Allah dan muhammad S.A.W dan segala bentuk duduk itu sendiri mempunyai Huruf-huruf dalam Al-quran...Sebab tu lah kita tidak dapat lari dari Al-quran sebab Al-quran merangkumi dalam aspek kehidupan kita,ia menjadi petunjuk dan rahmat sekalian alam..

Berdoalah dan berdoa....Allah tak kedekut pada hambanya...Kita ini yang hidung masin macam haji bakhil...kedekut nak minta padanya...Pintalah padaku nescaya Aku perkenankan...Allah itu maha pemberi.."Tidak ada kedekut ma!".Banyak yang berdoa dan kadang-kadang doa itu tidak di makbul..Banyak sebabnya doa itu tidak dimakbul oleh Allah...Muhasabah lah diri untuk melihat apa yang salahnya...Tanpa kita sedari ia berpunca dari kita sendiri seperti memakan benda yang subhah atau ada dosa yang mengelapkan hati...

Selidiki lah diri anda!!"Apa puncanya...??"

Banyak sebab Allah tidak menerima doa kita..."Cuba kaji diri sendiri apa silapnya!"

Bagi sesiapa yang sudah terbuka lembaran baru selepas menanggung musibah yang menyakitkan sehingga Allah beri petunjuk iaitu ke jalan yang lurus....Kadang-kadang mereka berdoa tapi tiada jawapan.."Ingat Bro!!"Sengaja Allah lambatkan pun biar hamba itu menangis2 dan merayu-rayu padanya....Seperti budak-budak kecil yang nakkan aiskrim...Bagi rayuan yang sungguh...sehinggalah kita rasa kesian padanya...Beginilah Allah dgn sifatnya yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Di storykan sebuah cerita seorang hamba Allah ini menangung bala musibah sampai tak tertahan untuknya menanggungnya.. Hampir tiap-tiap harinya beliau bermunajat dgn linangan air mata yang jatuh dipipinya kepada Allah...Sehinggakan para malaikat kesian pada si hamba ini dan mengadu pada Allah :"kenapa engkau membiarkan hambamu yang sering berdoa sampai menangisnya beliau merayu padamu.."Berkatalah Allah S.W.T:Sudah lama Aku tidak mendengar suaranya dan rayuannya pada ku,rindu aku padanya dan ingin aku mendengar suaranya dan rayuannya...Disini janganlah korang buruk sangka pada Allah rabul jalil....Dia maha kaya,tak miskin pun...Dia maha memberi,tak kedekut pun..."Kita ajo yang malas dan kedekut hidung masin."

Bertapa kasih Allah pada kita semua,tidak ia akan membiarkan walaupun kita banyak dosa padanya..Selagi kita masih dalam rahmat Allah...Jika termakbul doa tersebut maka itu adalah nikmat Allah kepada kita..Jika yang masih belum ada jawapan maka itu adalah rahmat Allah...Terlalu banyak hikmah yang tersirat kenapa doa kita tidak dimakbul dan terlalu banyak nikmat yang tersimpan yang belum Allah berikan kepada hambanya yang Allah tahan doanya...Perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita kerana Allah mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan yang amat mendalam...Sehebat mana pun kita dalam mengurus sesuatu keperluan tidak sehebat Allah dalam mentadbir alam semesta.."Renungkanlah!!

Sory beb Gua nak close..Nanti sambung lagi...

Diari kehidupan(UJIAN-BALA)KEILMUAN

oSelawat dan salam buat manusia agung Rasulullah s,a,w..dan juga para2 sahabatnya,keluarganya dan keturunannya...Alhamdulillah...Atas Ilmu Allah yang luas tidak berkurang pun pada hambanya...Dizinkannya Ese storykan Bab ilmu dalam Diari kehidupan(ujian-bala)...Siap di goreng nasi dgn sambal belacan ma...(NASI GORENG SAMBAL BLACAN)

Kan sodap disertakan Air ABC Sejuk kat atas meja dan lirikkan mata melihat teman wanita yang sedang menikmati makanan bersama-sama kita..Sambil senyum kambing biri-biri di lontarkan dan Wajah yang menawan di hadiahkannya..Kan sonang mata memandang..Sonang lagi menyonangkan...Lengkaplah Makanan di tengah hari itu dan ditemani insan yang tersayang.Kalo korang nak bagi air kosong dan roti husbon tu..Agak-agak ler..Siaplah korang tengok muka teman wanita korang macam dragon ball 4 di campur dgn wajah seposen...Takkan sodap kot!!..Telinga pun akan mendengar perkara yang pedas lagi pedas dari tomyam...Apa-apa pun tomyam memang sedap ma...Kalolah korang jumpa Aweks macam ni mau lari 100 meter beb..kalo tak tu kono jurus malu lagi memalukan..Bahaya beb!!"Gua cakap sama lu..

Tindakan yang anda haruslah lakukan adalah buat bodo dan slamba donow ajo atau tak pun kenyit mata kat aweks yang lalu kat depan kita..Insya,Allah dijamin perang besar dikedai kopi..He,he..Takan lah Ese nak buat macam tu kot!!Lagi (Allah itu yang maha pengasih) pada hambanya di beri jugak walaupun dia tahu hamba itu kafir sekali pun..

Lainlah pada muslim itu yakni dgn (maha pengasih lagi maha penyayangnya) dimana penyayangnya itu khas untuk muslim yang setiapnya mempunyai darjat-darjatnya yang tersendiri yang Allah telah rancang menjadi wali-walinya..Kepada wanita-wanita and aweks-aweks yang baca my blog...Jgn marah ek.Sebenarnya Ese nak korang jadi insan yang solehah dan bersyukur pada Allah walau apa kedudukan kita pun..Tak kisah ler graduet ke,org berkedudukan ke,,minah kaya ke,minah kedai kopi ke,tukang jahit ke and sebagainya...Apo yang penting jadilah org yang bersyukur walau kecil penghargaan seseorang itu kerana tiadalah dapat kita bayar keikhlasan itu dari wang atau sebagainya..Itulah istimewanya keikhlasannya...Hanya ini sahaja yang Allah pandang dari segala sesuatu dalam diri hambanya...Tidak pada kekayaan atau kehebatan..

Begitu juga ilmu dgn Diari kehidupan(Ujian-Bala)..Tiadalah pelengkap,kalaulah kita hidup di muka bumi tanpa ilmu..Kalo tak ada ilmu maka tak mandi lah kita,tak bercakaplah kita,tak majulah kita dan tak punya apa-apa(kosong ler).Tanpa ilmu maka tidak ada kemajuanlah dalam diri kita..Kosong and bleeerrr beb...Hitam kelam ler...

Dalam Al-quran dah story pun...Dimana Malaikat tidak bersetuju pada perancangan Allah dalam penciptaannya yakni Nabi adam a,s dan malaikat menyatakan manusia akan membuat kerosakan dan pertumpahan darah...Tapi Allah yang maha mengetahui dan lagi dalam pengetahuannya dalam segala sesuatu pun...Allah menafikan apa yang malaikat katakan..Itulah ilmu yang Allah berikan pada malaikat walaupun mereka ini teramat dekat dgn Allah dan sentiasa bertasbih memuji Allah..Hanya itu sahaja pengetahuan yang Allah beri kepada malaikat untuk mengenali manusia semasa kejadian Nabi adam a,s...Mereka tidak tahu apa yang tersirat disebalik kejadian Nabi adam a,s itu sendiri...Malaikat akur dimana Allah menyuruh Nabi Adam untuk menerangkan setiap apa benda yang ditunjukkan.Dgn mudah Nabi Adam a,s menjawabnya...Inilah ilmu Nabi Adam a,s yang Allah angkat darjatnya sehinggalah Allah memerintahkan para malaikat sujud pada bapa manusia(nabi adam a.s) kecuali Iblis laknatullah..Angkoh lagi sombong di hadapan Allah...Mereka tidak melihat setiap penciptaan adam itu sendiri dgn lebih jelas yakni AIR,API,ANGIN DAN TANAH...Yang ini Allah rahsiakan pada mereka...

Sebenarnya Tanah itu sendiri lambang kesabaran..Dimana Allah dah letak dalam diri manusia itu dgn kekuatan yang tersendiri berbanding makhluk2 yang lain..Malaikat itu sendiri pun tidak ada kekuatan seperti manusia....Kekuatan yang Allah beri pada Malaikat hanya lah menuruti perintahnya dan mereka sentiasa membesarkan kebesaran Allah....Itu sahaja beb...

Ilmu itu umpama cahaya yang menerangi kegelapan..."Tak kan tak faham kot!!"..Tak kan budak hingus macam Ese ni yang blajar 5tingkat ajo lagi semboro nak ajar org yang begelar graduet atau yang berpelajaran tinggi kot!!..Apa-apa pun korang mesti faham punya!"Cahaya itu adalah kebijaksanaan,kepandaian,berpengetahuan dan banyak lagi ayat-ayat yang molek yang kita dengar.Golap gulita itu kurang bijak,goblock,badigol sohol and banyak lagi perkara yang kurang menyenangkan.."So buat faham ajo lah yo!!".Begitu juga kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan(Bala-ujian)..Sekurang-kurangnya ada sedikit ilmu berkaitan ilmu bala....Pengetahuan tentang qada dan qadar..Sedikit pun jadi lah beb...Siap dihidangkan dgn Amalan dan keikhlasan....3 kombinasi yang cantik untuk mengharungi liku-liku kehidupan iaitu Ilmu,amal dan ikhlas...Insya,Allah..jadilah korang dikalangan yang bersabar dalam musibah yang menimpa diri dan bersyukur atas nikmatnya...

Disini Ese merapu kat korang mengikut perspetif sendiri dalam menghadapi(bala-ujian)

1) Pengetahuan tentang qada dan qadar(apa itu qada dan qadar??)atau ilmu kerohanian..

2) Cara-cara untuk menghadapi apabila didalam kesukaran(Bala atau ujian).>Solat,zikir dan khafiat amalan....

3) Cara-cara untuk mengelak daripada terjadinya bala bencana.(Doa>senjata ampuh beb.)

4) Apakah persedian yang harus dilakukan apabila ditmpa musibah(Persedian rohani dan jasmani)

5) Bersangka baiklah pada Allah..(Setiap apa yang berlaku ada kebaikannya,Allah mengetahui apa yang terbaik dalam diri seseorang hamba itu)Berfikiran positif ma...

6) Berusahalah mencari jalan keluar dan bertawakal kepada Allah dgn sebenar-benar tawakal(ikhlaskan dirimu dalam perancangan Allah..(reda)

7)Dan banyak lagi khazanah ilmu-ilmu bala ini di dalam al-quran...

Sebenarnya banyak lagi versi dan sumber-sumber pengetahuan tentang ilmu bala ini...Yang ini sahaja yang Allah bagi kat Ese untuk di storykan kat korang semua...Kalo nak tahu lebih boleh bukak Al-quran dari ayat BISMILLAHIRAHMANIRAHIM dan surah al-fatihah sampai lah surah an-nass,30 juzz ma..Jgn ler korang bukak buku cerita karton plak.."Macam kartun jugak ler korang!!"....Kan Allah dah bagitau kat kita semua bahawa Al-quran itu membawa rahmat kepada kita....Kita ada akal dan ada hati..."So Lu pikir lah sendiri!!"...