Sabtu, 24 Julai 2010

NIKMAT DAN RAHMAT

Alhamdulillah atas izinnya gua merepek benda ini sikit untuk gua sendiri dan geng2 sekalian iaitu Nikmat dan Rahmat...

Sabtu, 3 Julai 2010

QADA DAN QADAR

Takdir,musibah,qada-qadar,ujian dan bala ini adalah satu fenomena yang di lalui oleh makhluk Allah di atas muka bumi ini.Benda ini dah di nyatakan di dalam Rukun iman..Sesiapa yang tak percayakan benda ini so tak beriman lah ia...Nampak serupa tapi amat berbeza peranannya antara satu sama yang lain...Insya,Allah Ese bagi sikit le buat kefahaman iman qada dan qadar ini....Sebenarnya qada dan qadar ini taat kepada Allah dan tak pernah pun ingkar,walaupun org yang soleh sekali pun berdoa untuk menolaknya...


1)Takdir-Sesuatu yang telah di tentukan oleh Allah s.w.t seperti kita sendiri ler..Dari tidak wujud kepada kewujudan kita sebagai manusia..Sebelum kita dilahirkan dimuka bumi ini apa kita tahu apa yang berlaku ketika itu..Memang bongap le masa tu,tak tahu apa-apa pun tanpa Allah berikan sesuatu pun tapi atas kehendaknya berlaku ler jugak...Kita di dalam genggamannya..Masa itulah kita diberi ketentuan yakni sebelum alam janin lagi..Itu 7 alam yang di maktubkan dalam pengajian hakikat..barulah sampai ke destinasi dunia ini..Siap dicucuk iblis laknatullah apabila kita keluar dari faraj ibu dan keluarlah insani serta tangisan yang memuji Allah dgn kalimahnya Ah..ah..ah.(Zikir para salik).."Jgn ler korang ingat atas katil plak!"Tapi benda ini pun ada sangkut paut...Malas nak crita lebih...Kang jadi crita SX plak"he..he..Sebenarnya manusia dah memuji Allah pun cuma kita aje lalai oleh dunia fana ini...Dalam Alam janin lagi Allah dah perintah malaikat yang menjaga janin dgn baiknya dan Allah perintah mereka untuk menulis tentang rezeki,jodoh,nasib dan detik kematian mereka...Benda ini lah sudah dalam takdir Allah(ilmu Allah)..Takdir itu adalah ketentuan Allah..Dimana ia sudah di tentukan....Tidak dapat di dahulukan dan tidak dapat di lewatkan..So itu takdir..hehe..amacam macam ustaz tak aku ni.!"hahaha...

2)Musibah-Musibah adalah satu kesukaran yang di hadapi oleh kita tak kira le...Masalah kewangan,percintaan,pekerjaan and banyak lagi yang menyukarkan kita dalam mengharungi liku2 kehidupan..Lain pula musibah yang melibatkan org ramai seperti banjir besar,kemarau panjang,penyakit yang menular dan sebagainya...Ini adalah salah tentang musibah..Kalau nak terangkan panjang pun..Tak guna jugak..Aku ni sekolah setakat level 5 aje.Ilmu pun secuput aje..Ada banyak lagi otai2 and pensyarah yang layak menghuraikan benda ini...


3)Ujian-Ujian ini sinonim dituju kepada org islam sahaja..Benda ini sama lah juga dgn musibah tadi..Cuma banyak perbezaan2 pendapat aje..Biasanya ujian ini di tuju kepada org yang soleh dimana Allah ingin menguji tahap manakah imannya pada Allah Rabul jalill..Apakah ia mampu bersabar atau tidak...Ujian ini boleh dikatakan,Allah ingin meninggikan darjat seseorang itu dan dalam yang sama beliau terus di uji dgn bermacam2 musibah..Apabila beliau lulus ujian tersebut maka layaklah beliau di tinggikan ke makam yang lain dan terus step by step ke makam yang lebih tinggi..He.he..Lebih kurang macam org nak pi ujian SPM jugak ler,setelah lulus SPM barulah layak masuk ke universiti untuk mencapai hasrat di hati(Sijil diploma and ijazah)..Kalau nak lanjut lagi kena lah lulus setiap ujian-ujiannya barulah sampai ke tahap PHD and master...hahaha..Merapu plak aku ni tentang pengajian sekolah...Sekolah pun baru tahap 5 dah berangan nak capai Master..yang itu gua mimpi aje beb"


4)Bala-Yang ini ada berat sikit le....Bala bencana itu sama sahaja dgn musibah..Tapi ini boleh dikatakan peringatan Allah pada kita..Maksudnya Allah ingin memperingatkan kita dgn adanya bala tersebut seperti banjir tsunami di aceh..Itu adalah satu peringatan oleh tuhan untuk kembali kepadanya...

5)KIFARAH- Yang pasti kita banyak dosa,Gua,Lu and semua punyai dosa2 pada Allah..Ini adalah jalan martabat insan yang berdosa,tidak kira kecil ke besar.Dimana Allah letak martabat Bala,ujian sebagai medan menyucikan diri daripada dosa kita yang lampau..Kalau tidak dgn Kifarah ini tidaklah terampun dosa2 kita ini..Betapa Allah kasih kat kita semua,Allah jadikan setiap kesusahan yang kita tanggung sebagai jalan keampunan dan rahmatnya di dunia hingga akhirat.."Jgn ler tengok org yang susah tu,korang kutuk plak!",Kang kono kang..Jurus ultraman taro dari Lebai slumber! siap pahala yang melimpah2 kepada org yang susah tersebut!"Free of cass aje dapat pahala Free..He.he..ingatlah pasti ada terselit hikmahnya di sebalik kesusahan yang beliau alami sebagai rahmat Allah padanya..

Hakikat yang sebenarnya kita semuanya di uji dgn berbagai2 ujian..Namun ada yg mengetahui dan ada yang tidak mengetahuinya..Terpulanglah kepada kita dlm mengeplorasikan diri kita dalam meneruskan kehidupan.Kita ada akal dan ada hati ,Lu pikirlah sendiri..Tiada siapa tidak di uji dan yang pasti kita mesti di uji kerana kita adalah makhluk yang bernama manusia..Ujian ini banyak ragamnya terpulang kepada keupayaan yang sudah di tentukan oleh Allah dalam takdir Dunia.Ianya juga berkaitan dgn Maqam-maqam kita pada Allah..Ada yang tahap rendah,ada yang tahap sederhana dan ada yang high level..

Bekalnya adalah :

1)Kesabaran

2)Redha dgn ketentuannya..Terima dgn apa yang di kurniakan kepada kita(Baik buruknya)

3)Berdoa pada Allah dgn sepenuh pengharapan dan serah pada yang Esa..

4)Yakin kepada Allah,yakni dgn mentauhidkan kepada Allah semata2 dan yakin setiap yang di kurniakan itu mempunyai hikmahnya yang mungkin kita tidak sedari..Buruk pada kita Cantik pada Allah..Cantik tu beb!"..Ilmu Allah itukan luas..Punyai pengetahuan yang mendalam,,Why itu semua terjadi...haha..