Isnin, 26 Disember 2016

Pesan dan nasihat Nabi Khidir a.s untuk umat akhir zaman

Asalamualaikum smua..Lama saya x update blog ini..Alhamdulillah atas izinnya saya dapat memapar kisah yang boleh diambil ikhtibar dan di jadikan sebagai insprasi bahawa para2 kekasih Allah masih inginkan kita umat akhir zaman ni dalam keadaan sejahtera di dunia dan di akhirat. Smoga kita dapat hidayahnya dgn ape yang di story kan ini...

Apakah kita mengenali Nabi khidir A.S?

Di dalam Al -quran Allah telah menerangkan tentang sosok manusia ini iaitu seorang yang Allah kurniakan dengan hikmah keilmuan yang dtg dr Allah S.W.T..Keilmuan beliau adalah tingkat tinggi dari segi memaknai ape yang beliau sampaikan...Keilmuannya adalah secara langsung dari Allah tanpa ada perantaraan sesiapa pun...Seperti story nabi musa a.s yang pernah mendapat pendidikkan dari Nabi khidir a.s secara langsung dan Nabi musa a.s tidak mampu mengikuti sampai peringkat akhirnya...Dan banyk pertentangan yang berlaku pada ajarannya di mata Nabi musa a.s yang menekankan jalan2 syariat...maka sampai di situlah perpisahan antara mereka berdua...Benda ini telah di terangkan di dalam surah al -kahfi..Insha,Allah law nak faham boleh memaknai balik surah ini...

Insya,Allah atas rahmatnya sy akan buat coretan pengalaman nyata hamba Allah ini atas izin Allah s.w.t...Di sini saya akan menceritakan seorang hamba Allah yang berdialog dengan Nabi khidir a.s dengan amanat pada umat2 akhir zaman...



PENGALAMAN BERJUMPA DENGAN NABI KHIDIR A.S...

Dengan izin Allah S.W.T  sukmanya di bawak oleh Allah Azzawajalla dengan qudrat iradatnya...Sampailah di satu lokasi yang amat di kenalimya iaitu Masjid Nabawi...Berdirinya betul-betul di hadapan pintu emas yang bertahtakan kalimah ALLAH & MUHAMMAD..

 Pintu pun terbuka seolah2 ada yang membukanya dari dalam masjid tersebut dan terpancarlah satu  cahaya putih kekuningan menyelubungi sekitar masjid tersebut..

Tiba-tiba muncullah seorang lelaki yang beperwatakan lembut,tinggi dan sasa...Wajahnya cerah tetapi tidaklah begitu putih seperti orang arab kebiasaannya...
Mukanya lembut dan sangat menyenangkan apabila di pandang..

Penampilannya amatlah luar biasa walaupun nampak bersahaja...Beliau mengenakan serban berwarna hijau tua dan jubahnya pun menyamai warna tersebut cuma warna jubahnya lebih cerah berbanding serbannya...Di tangan kanannya memegang tongkat lurus yang menancap ke tanah masjid dan beliau pun memberi senyuman dan salam...

Mari ikuti dialognya....Nabi Khidir a.s dan hamba Allah ini..


Asalamualaikum warahmatullah

Wala,alaikum, salam warahmatullah..Siapa?

Apakah kau tidak kenal padaku sedangkan engkau mengucap zikir akan hadiah milikku di pagi dan petangmu?
Engkau menjadikan ia amalan di masa hadasmu, maka aku doakan Allah menyucikanmu dari hadas yang paling hina iaitu mati dalam keadaan kufur".

Amin ya rabbil alamin...
 (secara tiba2 air mata mengalir dengan perasan syahdu sambil mengaminkan doanya)..Dengan perasaan tersebut di lanjutkan kembali perbualan tersebut.)
Kau khidir ?
Bukankah manusia  hanya temui kau di lautan?


Ya ,kau hanya dapat menemuiku di lautan sedangkan aku perlu menemuimu di tempat seperti ini. 
Aku menemuimu bukan kerana engkau semulia musa, tetapi kerana umat Muhammad yang di muliakan oleh Allah S.W.T.
Aku menemui engkau untuk mengingatkan kau dan umat Muhammad yang lainnya,seperti apa yang pernah aku berpesan kepada musa, peringatan untuk umat akhir zaman."


(Nabi khidir a.s pun membaca beberapa potong ayat surah al- kahfi iaitu ayat 1-3 surah Al-kahfi...Setelah selesai membacanya Nabi khidir a.s pun bertanya kembali...)

Apakah surah itu?

"Surah Kahfi".

Apakah maksud ayat-ayat tersebut ?

(Hamba Allah terdiam mengelengkan....)

Bagaimana kau tahu itu kahfi sedangkan kau tidak tahu akan maksudnya ?

"Aku membaca surah kahfi tetapi aku tidak tahu maksudnya".

"Surah Kahfi adalah senjata mukmin untuk mengalahkan dajjal di akhir zaman nanti tetapi bagaimana nak gunakan senjata sedangkan tidak tahu bagaimana cara menggunakanya. Surah kahfi , suatu peringatan & panduan untuk umat akhir zaman"..


Nabi Khidir a.s pun membaca 2 potong ayat 71 & 79 dari surah Al- Kahfi serta menghuraikan terjemahnya ayat tersebut...


Membaca Ta,awuz
 
فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا ۖقَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا
(Surah Al-kahfi ayat 71)


أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
"Aku bermaksud merosakkan perahu bagi orang-orang miskin itu kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas perahu mereka".
 (surah al-kahfi ayat 79)

Itulah akhir zaman, 
Dimana raja akan menindas rakyatnya sendiri..
Orang kaya akan bertambah kaya dan orang miskin akan bertambah miskin...
Harta yang di rampas bukan secara kasar tetapi secara halus melalui sistemnya RIBA.
RIBA itu di haramkan oleh Allah S.W.T ,namun yang haram itulah yang menjadi kebiasaan umat di akhir zaman....
Sehinggakan ia menjadi suatu keperluan dalam kehidupan....

"Maka bersederhanalah dalam memiliki harta umpama MENDAYUNG PERAHU YANG BOCOR".


Nabi khidir a.s pun melanjutkan bacaan surah al- kahfi ayat 74,80 dan 81 serta menghuraikan penterjemahan satu persatu....


Membaca Ta,awuz..

(74). فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا

(80)* وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا

  (81)*فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا

 (surah Al -kahfi ayat74, 80 & 81)

"Dan adapun pemuda (kafir)itu, kedua ibubapanya mukmin, dan kami bimbang kalau dia akan mendesak mereka kepada kesesatan & kekafiran"
"Kemudia kami menghendaki ,supaya Tuhan mereka menggantikannya dengan (seorang anak lain) yang lebih baik kesuciannya daripada (anak itu dan lebih sayang kepada ibubapanya)".

"Itulah akhir zaman.....
Kepayahan IBUBAPA UNTUK MENDIDIK anak menjadi soleh ,
Ibubapa sibuk mengejar harta untuk menyuap anak-anak mereka ,
tetapi kurang ILMU AGAMA sebagai panduan hidup,
 menyebabkan mudahnya terdedah pada perkara/budaya yang buruk dan negatif.....
Ibubapa yang kurang ilmu melahirkan anak yang jahil pada agama,
Anak-anak menjadi amanah yang paling berat"...

"Maka ,hiduplah dalam keluarga yang MENCONTOHI RASULULLAH &  SAHABAT"..


Kemudian Nabi khidir a.s melanjutkan bacaan lagi dengan membaca ayat 77 dan 82 surah Al-kahfi....

Membaca Ta,awuz...

 فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ ۖقَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا
(Surah kahfi ayat 77)

  وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا 
 وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ
 (Surah Al- kahfi ayat 82)

"Dan adapun tembok rumah itu adalah milik dua orang anak yatim di bandar itu yang di bawahnya terseimpan harta kepunyaan mereka dan bapa mereka seorang yang soleh ,maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat daripada Tuhanmu"....

"Itulah akhir zaman ,
Penduduk yang menjadi semakin kedekut, 
amat sedikit yang bersedekah dan mengeluarkan zakat. 
Malah harta yang di infakkan sering dipertikaikan dan diragukan, 
sehingga tujuan bukan lagi kerana Allah tetapi sekadar budaya orang kebanyakkan"...

"Dan aku bermaksud membina tembok itu kerana untuk menyembunyikan harta anak-anak yatim, kerana begitu  sedikit sekali manusia yang amanah, bapa anak tersebut terpaksa menanam harta tersebut kerana tidak ada lagi orang yang amanah dalam menjaga harta tersebut"....

"Itulah akhir zaman, 
orang-orangnya terlalu mencari harta sehingga sanggup menjual amanah,maruah dan agama"...

"Maka itulah kelemahan manusia akhir zaman, iaitu HARTANYA..
Di sebabkan itu mudahnya dajjal untuk menguasai umat akhir zaman kerana mereka boleh di beli dengan harta dunia sehingga lupa siapa Tuhannya"..

"Ini pesan ku amalan kahfi bukan sekadar di baca tetapi panduan di akhir zaman.
Allah sentiasa memberi peringatan dan amaran, 
tetapi manusia itu semakin buta dan pekak"...

"Muhammad telah mewasiatkan Al-quran dan sunnahnya untuk di pegang oleh semua umatnya..
Bukan untuk di pegang di tangan tetapi di pegang dengan hati"....

"Sebarkanlah peringatan ini kepada sesiapa yang kau mampu kerana Allah akan membukakan hati kepada sesiapapun yang dia ingini"....

Insya, Allah...


(Selesai mengucap perkataan insya,Allah itu pandangan terus menjadi gelap dan mata pun terbuka.)....


PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL :
Surah Al-kahfi adalah senjata yang berkesan untuk menentang Dajjal tetapi kita hanyalah membacanya sebagai senjata..Sedangkan yang di maksudkan oleh nabi Khidir a.s itu adalah isinya yang di amalkan bukannya amalan yang di bacakan melalui lisan tanpa penghayatan isinya yang di baca dan di amalkan dengan tindakkan dan niat ikhlas..Marilah kita sama2 bermuhasabah diri dalam mencari keredhaan Allah S.W.T..Sesungguhnya beliau Khidir a.s tidak pernah lupa dan cintanya akan umat Muhammad S.W.T dengan memberi beberapa nasihat yang berguna untuk kita semua...

Ada 3 slot pesanan yang di sampaikan tadi iaitu....

1.Pemerintah zalim , riba
2.Ibubapa kurang didikan agama kepada anak2
3.Kedekut ,cinta harta atau dunia ,tidak amanah ,tiada keikhlasan

ketiga2 ini lah yang menjadi puncanya iaitu bersandarkan harta..Dengan harta semua sanggup melanggar larangan Allah...Harta dunia inilah yang membuatkan manusia terbuai sehingga mereka lupa akan tuhan yang esa...Insya,Allah smoga kita dapat mendapat manfaat dari apa yang di sampaikan....Amin...

Isnin, 12 September 2016

Ciri2 tanah kejadian manusia

Alhamdulillah...di izin Allah azza wajjalla...kita dapat bertemu kmbali dengan tajuk sambungan kejadian manusia yang smalam sy karangkan...Mudah-mudahan korang faham ape yg sy smpaikan smlm...insha,Allah...Untuk tajuk ini saya akan rangkumkan asal kejadian tanah ini dengan diri kita supaya kita dapat mengenal diri kita yang sebenarnya....Smua ape yang Allah cipta itu tidak ada yang sia2 melainkan ada kebaikkan dan hikmahnya yang tersendiri....

So i sambung lah yer perjalananan perciptaan adam ini....Sebelum meneruskannya...I dah ceritakan pada u all bagaimana Malaikat izrail a.s mengambil tanah di muka bumi....Malaikat ini mengambil tanah dgn pelbagai jenis dan warna....Dari pelbagai pelusuk benua dan negara di muka bumi ini...so untuk memudahkan kita memahaminya.so saya gabungkan setiap tanah tersebut mengikut nama2 pembentukan anggota2 badan...

.Pembentukan manusia itu mempunyai 13 keadaan dan di perintahkan malaikat izrail a.s mengambilnya dari tanah2 yang berasingan mengikut bentuk tubuh manusia seperti :-

1.KEPALA                   - TANAH BAITUL MUQADDIS

2. TELINGA                - TANAH BUKIT THURSINA

3. DAHI                       - TANAH IRAQ

4. MUKA                     - TANAH YEMEN

5. MATA                      - TELAGA AL -KAUTSAR

6. GIGI                         - TELAGA AL -KAUTSAR

7. TANGAN KANAN  - TANAH KA,ABAH

8. TANGAN KIRI       - TANAH PARIS

9. PERUT                    -TANAH BABYLON

10. TULANG              - TANAH BUKIT THURSINA

11. KAKI                     - TANAH INDIA

12. LIDAH                  - TANAH THA 'IF

13. HATI                     -TANAH SYURGA


Kejadian manusia sebenarnya merangkumi apa yang kita belajar tentang ilmu solat...iaitu Rukun solat..Solat kan ada 13 rukun dan tata tertibnya yang sempurna...Beginilah asal penciptaannya yang kita harus ketahui dan amat berkait rapat dengan pengabdian pada Allah iaitu Solat...Solat tunjangnya dalam mengabdikan diri pada Allah.5 kali sehari dan ianya adalah termasuk dalam rukun islam yang ke 2....

Oklah geng...wa close dulu...insha,Allah ada smbungannya...

Ahad, 11 September 2016

Asal kejadian ADAM (tanah)

Asalamualaikum..Maaf smua,lame plak saya x jenguk blog ni...dah bertahun kut!!..huhu..Baru nak online nih...Bru teringat dgn blog nih...Alhamdulillah...Nasib baik,Ingat balik paswoodnya...hehe...Ni pun Dia yang izinkan untuk saya open Balik...Ohh!..ya...Selamat menyambut Hari raya Qurban...

Insya,Allah...Sy akan shared kan sedikit pengetahuan tentang benda ni atas izin Tuan empunya Ilmu ini Allah azza wajalla dan asbab keizinan seorang hamba Allah sebagai perantara so sy kongsikan kat korang smua...INSHA,ALLAH...

JOM LAYAN PE STORY SETERUSNYA....

Kebanyakkan kita zaman sekarang banyak konpius or x pun keliru tentang kejadian manusia ni....

Manusia!!!...ada yang mengikut pengetahuan barat or kajian2 yg telah bertahun di lakukan....Tpi best is storynya...Semua dah ada di dalam kitab Al-quran...isi yg tersurat dan pasti ada yg tersirat....

Mehhhh...kita!!!...Sebelum Layan ni....Baca khafiat yg sy bg kt bawah:-

Layan!!!..


Auzubillahi minnassyaitan ni rajim....3x

Bismillahi rahmani rahim...

Hadiah Al-fatihah for Nabi Muhammad S.A.W dan kluarganya
Hadiah Al-fatihah for Smua Para2 Malaikat,para Nabi2 dan wali2..
Hadiah Al-fatihah for yang menyampaikan ilmu ini.
Hadiah Al-fatihah for Ayah ibu,kluarga dan smua muslimin dan muslimat...
Hadiah Al-fatihah for Diri sendiri..

Dan last sekali ....

Selawat ke atas Nabi 3X.....

Meh!!!!!....Layan.....

Sebelum kejadian manusia and seisinya....Belum ada apa2 lagi melainkan Zatnya Allah azza wajalla....Allah Ciptakan yang pertama sekali adalah Nur muhammad(hakikat Muhammadiyah).....Nur ini lah yg menentukan ciptaannya...so sape yang sudah mengaji pengajian hakikat maybe tau benda ni....Oleh kerana tajuk di atas itu berkaitan dengan asal kejadian...So saya masuk bab bagaimana penciptaan manusia ini terjadi....

Sebelum Allah nak tentukan mahkluk yang bernama manusia...Dia hantar Nur Muhammad ini untuk menilai penilaian yg terbaik untuk menjadi Hambanya...Allah S.W.T perintahkan Nur ini untuk pergi berjumpa 4 unsur ini iaitu:

1.Unsur Api
2.Unsur Air
3.Unsur Angin
4.Unsur Tanah

Setiap unsur2 ini diberi kekuatan dan kekurangan mengikut sifatnya dan karekternya masing2....Apabila Nur ini berjumpa dgn Unsur Api....so berlakulah  pengenalan antara Nur Muhammad ini dgn unsur api ini....Bak kata hang!!!...berkonalan lah!!!...Tak konal maka tak cinta ah!...hehe....Apebila Nur Muhammad ini berjumpa dgn unsur Api....So dengan Angkuhnya dia menunjukkan kelebihan dirinya....Seperti yg kita tau kan!!...Api kan Unsurnya panas,membakar...Time kecil bukan main macam bestfreind je tpi lama2 dah besar jd Lawan plak!!.....So faham2 lah yer....Bersifat membakar dan  memusnahkan ape yg berdekatan dan sekeliling...Sifat yg bersifat melawan,memusnahkan...

So masih belum sesuai untuk untuk ciptaan yg bernama Hamba...So Allah perintahkan Nur Muhammad ini berjumpa Air....So berlakulah pertunjukkan Air ini pada Nur Muhammad....Dengan gahnya Air menunjukkan dirinya pada Nur Muhammad dengan menggunakan kekuatannya yg mampu memusnahkan setiap ape yang berada di sekeliling dgn kuatnya bagaikan stunami yg melenyapkan bandar acheh yg kita pernah tgk tuh...Gitu lah Sifatnya dan unsurnya....

Sebab tidak menepati dengan Iradatnya...So berjumpalah Nur muhammad ini dengan Angin....Dengan Syoknya angin menyatakan dirinya yg terbaik....Biasalah yo...Syok ape!...aircond kut...Sape x suka kalau diri di puji or di sanjung2....Dia pun menunjukkkan dirinya dan menjadilah dia sebuah badai yang besar....Tak sewena2 nya...Musnah yg berada di sekeliling dengan sekelip mata je...kacang je BEB!!!...hehe....

Untuk penyudahan perjumpaan unsur tersebut...Dan ini lah yg terakhir sekali perjumpaan Nur muhammad pada ke empat2 ini iaitu unsur yg bernama tanah....Huhu...Ape yang berlaku atas perjumpaan tersebut...Ape kah kalian menduga seperti api,air,angin yang punyai sifat meninggi diri,menunjukkan kehebatan sendiri dengan bakat2nya yang tersendiri.....

Itu lah kita...Insan yang tercipta dri Tanah....Usah sombong,usah merasa diri itu hebat....Inikan plak nak membangkang Ayat2 Al-quran dan melawan kehebatan tuhan yang esa....

Subhanallah...Maha suci Allah yg sempurna Tanah dgn rendah diri tidak menyata2kan ape kelebihan diri....sebab tiada ape2 yang lebih padanya...melainkan berdiam diri dgn keadaan...tanpa menunjukkan skillnya....Nak soh tunjuk...nak camne dah memang x de skill ape2 ah!!!!....Tanah je kut!...hehe...Situ lah kmulian yang bernama Tanah....Sebenarnya...Bnyk hikmahnya kita bleh belajar dari unsur tanah ni....Tanah ini bersifat menyuburkan,merendah diri,tidak melebihkan diri dan bersifat cekal....Atas sebab itu Allah menjadikan asal kejadian Manusia iaitu Adam a.s itu tanah....

Dari itu Allah perintahkan 4 malaikat yang paling rapat...iaitu Malaikat jibril ,Mikail , israfil dan izrail a.s  untuk megambil tanah di muka bumi....3 malaikat tidak berjaya mengambilnya...iaitu jibril,mikail dan israfil dgn hampanya mengadap Allah tanpa membawa sesuatu melainkan teguran dan makian dri bumi....Bumi tidak membenarkan dirinya di ambil sedikit pun sehinggga lah Allah perintahkan Malaikat Izrail a.s menjalankan tugasnya yg hanya dengan menyebut kalimah Nama Allah....Tanah berhasil di bawa mengadap Allah Azza wajjalla...Sebab itu lah sampai sekarang malaikat izrail a,s di beri kekuatan dan tanggungjawab untuk mencabut nyawa....Bertapa keras makian or teguran bumi langsung tidak di endahkannya sebab menjalankan perintah dan taatnya pada Allah Azza wajjalla...Begitu lah saat kematian seseorang itu...Malaikat ini punyai skill jobnya yang keras dan mampu berhadapan sesiapa2 pun tanpa gentar atau pun makian sekali pun....Lagi Bumi dia tidak gentar ini kan plak kita yang bernama manusia....So tiada istilah berundur bagi malaikat ini melainkan tetap taat dan setia....

Maha suci Allah yang sempurna....Di perintahnya izrail a.s untuk mengambil beberapa tanah dan tanah itu mempunyai ciri2nya dan warnanya di beberapa tempat sepert di baitul muqadis,bukit tursina,paris,and bnyk lagi tmpatnya....Insha,Allah....Nanti sy akan huraikan mengikut susunan dan bentuk jasad manusia itu sendiri dari kepala sampai ke kaki....Sampai sini saje ye!!!!...salam aidil adha....