Khamis, 14 Februari 2019

Berbahagialah orang menghadiri majlis syurga dan tetaplah duduk sehingga selesai..

Assalamua'laikum smua...Alhamdulillah atas izin Allah SWT...In shaa Allah...Smoga Allah Azzawajjala merahmati kita semua.

Sewaktu itu aku tertunduk malu, kesal dan bersalah.. Aku terduduk diam dan tidak mampu menjawab sepatah apa pun dari pertanyaan nya...Di mana Malaikat Izrail as datang menjelaskan apa yang telah terjadi di siang hari nya yang aku anggap ketika itu hanya lah perkara yang kecil bahkan kalian pasti pernah melakukannya dan memandang enteng dengan perkara tersebut...Tanpa di sedari kebanyakan kita telah melakukan kesilapan besar di sisi Allah SWT kerana meremehkan perkara ini..Jangan pandang ringan akan majlis ,qasidah atau majlis ilmu.....Wallahu,alam...


 In shaa Allah,mari ikuti perbualan Malaikat Allah Izrail a.s dan hamba Allah ini yang singkat ini...Semoga bermanfaat..Amin


Perbualan Malaikat Izrail a.s dan Hamba Allah 

Malaikat Izral a.s: "Assalamua'laikum"

Hamba Allah : "Waa'laikumussalam..."

"Maka, tidakkah bahagia seorang manusia itu apabila ribuan para malaikat mendoakannya?"

"Bahagia wahai guru ku.."

"Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang mencintai Tuhan dan Rasul Nya. Dan Dia merindui hamba Nya yang merindui Tuhan dan Rasul Nya. "

"Dia menyebut nama hamba Nya yang menyebut nama Tuhan dan Rasul Nya. Apakah itu tidak membahagiakan mu wahai umat Muhammad yang dikasihi Allah?"

" Alhamdulillah...Aku bahagia...Aku menyintai Allah dan Rasul Nya...
"Bagaimana sy bisa meraih cinta Allah dan Rasul Nya?"


"Apakah perlu aku mengajari mu sedangkan di saat para malaikat mendoakan mu, kau beredar seolah kau tidak memerlukan nya?"

"Apakah perlu aku memberi kau pelajaran sedangkan di saat saudara mu menyebut nama Tuhan dan Rasul mu, kau beredar seolah engkau tidak mahu mendengar?"

"Apakah perlu lagi aku memberi pengajian dan menjawab pertanyaan mu, sedangkan ilmu Allah bukan lagi menjadi keutamaan mu."

"Jawablah pertanyaan ku, sekiranya masih ada sisa keperluan mu pada apa yang kami berikan."

"Aku masih perlukn pelajaran dan pngajian dari mu dan guru2 yg lain nya.."
"Guru ku Izrail as!!"
"Bnyk yg aku tidak ketahui dan bnyk yg aku perlu baiki..."


Dalam perbualan ini aku tertunduk dan tidak mampu menjawab setiap persoalannya kerana apa yang telah dia sampaikan itu membuat aku berfikir dan berenung tafakur dari atas kesalahan ku..

Pasti kalian akan tertanya-tanya! "Apakah yang sebenarnya berlaku?"

Mari ikuti sambungan seterusnya....

Al-kisah...  
Di suatu petang ketika itu aku mendapat jemputan dari jabatan kesihatan untuk jamuan ramah tamah aidulfitri...Aku pun pergi bersama rakan-rakan ku untuk menghadiri majlis tersebut...

Tengah makan dan minum tu banyak program2 yang diadakan dalam majlis tersebut seperti hiburan,pertandingan2,hadiah cabutan dan banyak lagi lah..Sapa-sapa yang pernah pergi ramah tamah aidulfitri tu pasti tahu apa yang aku maksudkan itu...

Yang menariknya penganjur  program ini ada membawa kanak2 madrasah pondok yang menjadi tetamu khas di dalam majlis tersebut ....Mereka ini adalah tetamu khas dalam mempersembahkan qasidah mereka dengan alunan gendang-gendang membuat hati kita jadi ingat Allah SWT...

Peringatan!!!....
Apabila ada majlis zikir2,atau,majlis ilmu dan qasidah maka seeloknya pentas itu di tinggikan dari penonton yang melihat nya kerana para penghuni langit sangat menghormati dan memuliakan hamba yang memuji Allah dan rasul Nya...Bukan nya kita memuliakan nyanyian-nyayian atau karaoke di dalam majlis tersebut...

Sound direct for u all...Seeloknya kita elakkan persembahan-persembahan yang di haramkan oleh Allah SWT seperti pertandingan karaoke,ratu cantik,pakaian cantik,suara emas atau sebagainya...
(Kebiasaan majlis kahwin,ramah tamah,kenduri kendara dan bnyk lagi). Ada baiknya di bawa orang yang pandai berqasidah atau tidak pun buat je majlis zikir2...In shaa Allah...Berkat majlis tersebut kerana yang menghadiri adalah para malaikat...

Oklah...berbalik kepada cerita tadi yer!...

Aku pun teruja ketika anak-anak pondok ni mempersembahkan lagu qasidahnya seperti memuji Allah dan selawat nabi SAW..Aku pun layan seperti yang biasa aku lakukan apabila menghadiri majlis-majlis habib sebelumnya di masjid2...Setiap lagu mereka itu,mereka selang selikan di mulakan dengan berqasidah,selesai sahaja qasidah mereka alunkan juga lagu hari raya...lebih kurang dalam 4 ke 5 persembahan mereka ini aku beredar pulang dari majlis tersebut tanpa aku ketahui beribu-ribu para malaikat telah mendoakan aku dan kami semua di dalam majlis ini walaupun aku tahu majlis itu adalah majlis yang masih bercampur dengan urusan hiburan keduniaan...

Kejadian (majlis) itu adalah di siang harinya sehingga aku tidak ketahui apa yang sebenar nya berlaku sehingga Malaikat Allah, Izrail as datang menegurku dengan nada yang keras dan aku dapat mengambil hikmah dari apa yang berlaku di siang hari nya....

In shaa Allah,ada smbungan...

 



 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan