Khamis, 18 November 2010

SELAMAT HARI AIDUL ADHA

selamat hari raya Haji kepada semua and kepada haji2 yang telah di seru untuk mengerjakan haji di kota suci,mekah al-mukaramah...Semoga Haji mabrur semuanya...Amin..Banyak pengertian yang telah di jelaskan berkaitan Maksud Raya haji...

Seperti apa yang kita tahu,sejarah permulaan haji itu sendiri adalah kisah seorang Nabi yang bernama ibrahim a,s menjalankan perintah Allah untuk menyembelihkan anaknya Nabi ismail a,s..Ini adalah wahyu Allah yang membuatkan nabi ibrahim a,s keliru dan bengong sehingga beliau tidak sanggup berbuat demikian kerana kasih sayangnya kepada anaknya dan berlakulah ujian terhadap nabi yang tulus,apakah beliau tulus dan ikhlas menerima perinta Allah..banyak yang faham dari segi satu aspek sahaja tentang kisah ini...Sebenarnya banyak yang ingin Allah sampaikan kepada kita berkaitan dgn berlakunya penyembelihan tersebut itu :


1)ISTIQAMAH-Keteguhan hati nabi ibrahim a,s dalam menjalankan perintah Allah.keteguhan hati di maksudkan disini adalah tetap berpegang pada pengangan Allah dengan istiqamah menjalankan perintah Allah..

2)MUKJIZAT-Penyembelihan itu adalah salah satu MUKJIZAT nabi ismail a,s...Nabi Ismail a,s tidak DEAD ketika penyembihan..Dan pada ketika pisau mencapai dilehernya terus Allah mendatangkan seekor kambing di sebelahnya..Korban tersebut di tukar kepada seekor kambing yang besar...Ini adalah salah satu mukjizat nabi Ismail a,s yang ayahnya tidak menyangka penyembelihan tersebut di tukar kepada Kambing yang datang langsung dari Allah..So di sini adalah satu keajaiban berlaku ketika penyembelihan...

3)KEIKHLASAN-Ikhlas kerana perintah Allah...Nabi ismail a,s ikhlas menerima ketentuan Allah kerana perintah Allah...Dan beliau sanggup menjalankannya kerana keikhlasan semata2 kepada Allah rabull jalil...

4)ZIKRULLAH-Zikrullah atau bahasa ROCK SLAMBANYA(mengingati Allah)...Ketika ibrahim a,s ingin menyembelih Nabi ismail a,s...Beliau kebinggungan kerana apa yang beliau lakukan adalah amat sukar dilakukan kerana berlakunya perkara tersebut adalah anak kesayangannya nabi ismail a,s...Beliau pun terus berzikir dgn mengingat Allah sebanyak2nya..Kalau dalam rukun haji tu!"ada di sebut lontar jumrah"..kalau pengertian Gengs2 ustaz or ustazah tu,nabi ibrahim a,s melontar batu kepada syaitan yang menganggunya ketika penyembelihan berlaku...Sebenarnya Lontaran batu tersebut adalah Lontaran Zikir dan hakikat Zikrullah dalam membuang was2 di hatinya sehinggakan beliau dapat menghilangkan was2 syaitan di hatinya...

NOTA :

Sebab itulah setiap kita yang pergi haji akan melakukan lontar jumrah,syai dan sebagainya..Setiap ritual yang dilakukan tersebut adalah tataran simbol sahaja..Bukannya ibrahim a,s itu lontar jumrah tapi hakikat lontaran tersebut adalah Zikrullah...Kebanyakkan kita terhenti kepada tataran SIMBOL sahaja,sehingga tidak dapat mencapai hakikat sebenarnya HAJI tersebut...

Inilah salah satu pengalaman kehidupan mereka,iaitu dari keluarga Nabi ibrahim,siti hajar,nabi ismail dan keluarganya yang terdekat..Pembinaan ka,abah pun dari kisah hidup mereka...Semua yang berkaitan dgn haji kebanyakan dari sejarah mereka sehingga sekarang kita ikuti dan jalankan atas perintah Allah jua...

5)insya,Allah ada banyak lagi beb!"...Nanti Ese lontarkan pendapat ESe nih yer...


Kebanyakan yang kita dan agama2 lain claim ajaran islam itu adalah kezaliman dan sebagainya...Hotak korang kalau korang claim ajaran islam itu adalah kezaliman...Islam itu amat menekankan kedamaian,keharmonian dan amat menitik beratkan perpaduan...Islam itu indah tapi banyak penganutnya tidak mengikut ajarannya dgn sempurna,harap name aje islam perangai macam BENGONG...Hilang seri islam beb!"...Dah banyak sangat peperangan berlaku di palestine dan negara2 islam yang lain..Sampai terpapar penyembelihan tebusan2 yang bukan islam di lakukan...

APAKAH ITU JIHAD FISABILLAH???

hotak korang yang sembelih insan yang tidak bersalah...Ini adalah satu kezaliman dari segi ajaran islam...Jihad-jihad jugak...Tapi kenalah mengikut syariat dan ajaran Al-quran yang sebenarnya..Bukannya berlaku zalim terhadap Sesama manusia...Islam melarang kezaliman dan peperangan..Islam amat mengalakkan keharmonian dan kedamaian..Nampak gaya Diorang ni rasa dah berjihad dgn sebenar2 jihad kot!"....kalau bunuh org and sembelih sini and sana,itu bukannya jihad...Itu tidak sihat namenya..Hotak Sudah tidak Sihat ma...

Nanti sambung..Nak close ma..

Ahad, 7 November 2010

VERSI TARIKAT SUFI

Salah satu cabang ilmuan2 dan ahli2nya dlm mendekatkan diri kepada Allah..Insya,Allah Ese akan story benda ini kepada korang semua...Ese bahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

1)Tarikat dlm syariat

2)Tarikat Khusus


3)Tarikat BALA Sebenarnya ada 2 ajo beb!"..cuma ESE tambahkan 1 lagi iaitu Tarikat Dlm syariat.Yang ini pendapat Ese berkaitan tentang Tarikat..Insya,Allah semoga bermanfaat lah yer..Kalau para ilmu2 yang tidak bersetuju dgn apa yang Ese paparkan ini...Leh tegur atau komplen...hehe..Ese ni bukan Ahli Tarikat secara Khusus ma...hua,hua,hua,hua,hua,,,

APA ITU TARIKAT???


Benda ini banyak org yang tak tau pun...Bukan tak tau aje beb!"..Siap di COP Bida'ah...Ese tak kisah korang siapa!",Ustaz ke,ustaz wahabi ke atau imam Masjid ke,berjanggut panjang macam lebai ke,pakai serban panjang berjela2 ke atau berjubah bagai alim ulama yang warak ke...Kalau korang Claim Tarikat ini Bida'ah..So kena Blajar agama lagi lah tu..Takkan berserban pun tak tau kot!".. Dlm syariat pun ada bersangkut dgn aliran bertarikat ma...So jgn claim sembarangan ler!"...Berpendapat dulu baru Claim...Ini tak,sudahlah ada title ustaz..Cakap itu,cakap ini macam ayam tak cukup makan aje...Claim sini,Claim sana!"...Tak elok beb cakap macam tu!"...Kang jatuh saham korang tu...hehe,terkena plak dah korang...rileks ler...Jgn terasa plak K!" Tarikat adalah satu jalan atau metode dlm seseorang itu mencapai sesuatu dgn mudah menuju jalan ketuhanan...Benda ini lah banyak para Nabi2 terdahulu lakukan dalam mencapai jalan kebenaran...Bukan setakat geng nabi ajo beb!",tapi geng wali2,ulama2,ahli hikmah dan banyak lagi yang akan melakukan Versi Tarikat...Bebudak ahli hikmah(kebatinan),budak tasauf,ahli ilmuan dan banyak lagi tahu benda ini...Di sini letaknya adalah berdasarkan niat seseorang...Bukan dari guru2 mursyid atau wali2 Allah dalam menilai Anak muridnya...Niat kena baik,maka baiklah yang di perolehi...Kalau niat saja sudah melencong so melencong jugak ler amalannya..Walaupun amalannya berlandaskan al-quran dan sunnah..

Yang terpenting dalam tarikat adalah ikhlas dlm niat dan harus jadi diri sendiri bukan jadi org lain...Benda ini bukan wali Allah yang menilai,tapi diri sendiri ma...Wali Allah hanya memberi Cara dan jalannya..Insya,Allah di permudahkan ler...Alamak,melalut plak dah nih...

Pengenalan Tarikat pun belum Ese Ketengahkan kat korang semua..!"OKlah.. Sebenarnya tarikat ini banyak peranan dlm hidup kita..Dgn Bertarikat kita akan mudah mencapai jalan ketuhanan...Tanpa tarikat tak akan kita capai makam hakikat yang tertinggi...Biasanya syariat amat di perlukan dalam bertarikat...Tidak akan berjalan tarikat tanpa syariat...So kena ada kedua2nya...Seiring dan sejalan ma!"..Baru masuk beb!"...oklah Ese terangkan ketiga2 yang Ese paparkan tadi tu!"...


1)Tarikat dlm syariat ->Tarikat ini adalah seperti apa yang kita lakukan sehari-harian...Seperti bersolat sunat,berpuasa di bulan ramadhan,puasa sunat Senin-Khamis dan banyak lagi yang masih dlm sahih-hadis rasulullah S.A.W dan para ulama2 yang lainnya...Ini masih dalam lingkungan syariat islam...Lebih kurang macam gengs2 ustaz atau geng2 kaki masjid tu buat..Masih dlm syariat islam dan tidak bercanggah dgn Al-quran dan sunnah...inilah tarikat bersyariat dlm islam yang mudah di lakukan oleh kita semua..Itu terletaknya pada Taqwa dan iman seseorang dlm melakukan ibadah2nya dlm mengabdikan diri pada Allah...


2)Tarikat KHUSUS ->Tarikat ini adalah tarikat yang bersanad atau berjalur kepada baginda Rasullullah S.A.W...antaranya menerima jalur amalan dari Wali2 Allah,Syeikh2,ulama2,guru2 mursyid yang bersanadkan kepada baginda Rasulullah S.A.W...Ini adalah tarikat secara khusus...Tarikat ini adalah dgn berguru antara satu sama yang lain...Seperti yang kita tahu,Tarikat di malaysia,indonesia,arab dan banyak lagi aliran tarikat yang popular di rantau benua kita ini...Seperti apa yang ada di malaysia sekarang iaitu,"Tarikat Ahmadiah al-idrisiyah,Qamariah,naqsanbadi dan banyak lagi...Tarikat ini banyak menekankan Wirid,hizib,zikir,puasa dan ibadah2 yang lainnya...Biasanya guru akan memberi beberapa wirid,amalan,pelajaran dan nasihat pesanan yang berguna untuk anak murid dlm menempuh versi tarikat...Mereka juga akan mengasingkan diri atau di sebut bersuluk,khalwat atau dlm bahasa kasar Buddha tu,Pertapaan...pengasingan diri biasanya di lakukan selama 40 hari,40 malam atau lebih mengikut tunjuk ajar guru mursyid...Ada yang lulus dan ada yang tercundang,pada dasarnya adalah pada iman dan taqwa seseorang dlm menempuh tarikat..Pengasingan ini biasanya di lakukan di tempat angker,hutan,gua dan sebagainya.Dlm pengasingan ini akan banyak ujian2 atau dugaan2 yang akan di tempuh oleh ahli2 tarikat...Apa kata org tua dlm Astro tu...MACAM-MACAM ADA...Di sini akan nampak kemampuan diri dan pontensi diri kita kepada Allah...Adakah kita lari macam lipas kodong ke atau sebaliknya..Dlm bersuluk itu akan ada pengalaman yang tersendiri yang mungkin tidak masuk dek akal rasional kita...Seperti berjumpa roh leluhur,roh para wali2 atau nabi secara ghaib dan banyak lagi pengalaman yang akan dilalui...Pengalaman soram pun ada jugak beb!"..Seperti gangguan makhluk halus,bunyi soram lagi menyeramkan,gangguan secara ghaib atau pun nyata...tunjang kekuatan dlm tarikat adalah zikir,pesan guru,ketauhidan dan banyak lagi yang sudah di ajar oleh para guru2 mursyid...



3)TARIKAT BALA ->Tarikat ini adalah tarikat yang bersifat alamiah...Tidak kepada kehendak hati seseorang itu dalam bertarikat..Tetapi kehendak Allah semata2 kepada hambanya...tarikat ini selalu di lalui oleh para rasul2 terdahulu,para wali2 Allah dan insan biasa yang Allah kehendaki..Ini adalah tarikat yang lansung dari Allah...Kalau bahasa ROCK SLAMBANYA..(Berguru Dgn Allah)...Tarikat ini tidaklah berguru seperti mana tarikat khusus,tapi tarikat ini adalah pembelajaran yang di ajar oleh Allah kepada hambanya secara langsung..Pembelajarannya bermacam2 keadaan mengikut kefahaman dan kehendak Allah semata2..Biasanya mereka yang berkedudukan maqam syariat,iaitu mereka yang sentiasa mengikuti ajaran2 dgn baiknya dari segi sosial,perilaku dan kehidupan...Ada juga yang berkedudukan berdosa atau yang pernah dahulunya berlaku maksiat atau pernah melanggar perintah Allah...Bagi insan yang berdosa ini biasanya mereka akan sampai kepada maqam Taubat atau TAUBATAN NASUHA,barulah sampai kepada tarikat ini dan atas kasih sayangnya di buka jalannya untuk mencapai jalan ketuhanan,mereka juga melalui tahapan2 yang perit kerana dosa2 yang lampau untuk pembersihan sehingga mampu pergi ke maqam yang tinggi di sisi Allah..Yang pastinya mereka ini akan di uji dgn berbagai2 ujian2 dan musibah,sehingga satu time ketauhidan mereka goyah..Di sini letaknya makam redha,atau berserah diri pada Allah sebulat-bulatnya...Dari maqam Asbab kepada Tadjrid...dan terus menerus ke maqam yang tertinggi mengikut gred2 dan ketentuan Allah dlm memikul tanggungjawabnya...Seperti di terangkan dalam Al-quran...Akan ku jadikan khalifah di muka bumi ini iaitu Manusia...Sory beb!:..Ringkas dari Ese yer... Wallahu 'alam.. Wallahu alam..

Rabu, 22 September 2010

KU CORETKAN PENGALAMAN YANG BERPENA AT BLOGGER

DGN NAMA ALLAH YANG PENGASIH LAGI PENYAYANG..

Asalamualaikum semua..Insya,Allah Aku akan buat coretan yang boleh di kirakan tahap Boring dewantara jugak ler..Oleh kerana hidup itu penuh dengan lakaran kehidupan ,aku akan story jgk ler drama2 pentas dunia ni kat korang smua....

Tentunya korang akan rterfikir kenapa Aku banyak story pasal dunia kehidupan..Dan tak habis2 cerita pasal kehidupan..Aku pun tak tahu,Mungkin kehendak Allah suruh aku rajin jadi Ahli Blogger kot!
"Apa2 pun aku ni bukan Ahli blogger tegar siap karat macam rell kereta api"Karat sikit2 aje tu aje beb!"...
Mungkin korang ada yg bosan dan ada yang suka dari apa yang aku ceritakan...In shaa Allah yang baik semesti nya dari Allah Azzawajala...yang kurang itu dari diri aku sendiri...

Aku bersyukur pada Tuhan kerana aku di kurniakan sesuatu yang baik buatku mungkin nampak ianya sesuatu yang memberatkan dan menyusahkan tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik kita semua......Dan ini adalah salah satu pengetahuan yang di berikan oleh Tuhan kepadaku..So sebagai insan  doif ini,aku Coretkannya dalam Blog ini sebagai landasan dakwahku yang tidak di iktiraf oleh jakim Malaysia..

"Huhu"...
Ada kemungkinan besar apa yang aku storykan kebanyakannya ada yg membangkang dan ada yang menyokong...Ketuk hati tanya iman yer!".Itu terpulang kepada setiap induvidu itu sendiri..Persepetif dalam memahami ilmu itu berbeza antara satu sama yang lain ma...

 Dalam blog ini tidak lah semestinya pengalaman aku yang coretkan ,
ada sebahagianya pengalaman temanku sendiri yang aku coretkan untuk menambah lagi keimanan dan kecintaan kita kepada  Allah SWT yang menguasai segala nya...

Bagi yang sudah mempunyai iman atau sudah terdedah dengan dunia dakwah mungkin mereka memahami apa yang aku sampaikan mengikut kadar maqam-maqam tertentu,
tetapi tidak semua yang di beri kefahaman sekirannya Allah x mengizinkan....So apa-apapun kita bersangka baik kat Allah sahaja yer...

Bagi yang newbie atau yang masih jauh lagi perjalanan nya dalam mendekatkan diri kepada Allah,,aku yakin korang mesti bosan melayannya kan!"...haha,,

,Aku minta satu jer kat korang!...."Korang baca je dan layan je K"...Aku yakin yang memberi petunjuk taufik hidayah itu milik Allah...In shaa Allah mane tau dari apa yang korang baca itu menambah lagi keimanan dan merubah kehidupan korang kepada yang lebih baik...Amin..

Aku akan masuk dalam blog ini kebanyakkannya berkisarkan unsur2 keagamaan...Terkait di dalamnya pengalaman, ilmu hakikat ,tarikat ,syariat ,makna ,kesabaran ,rukun iman ,rukun islam dan pengalaman-pengalaman yang di luar jangkaun manusia...Semoga apa yang aku ingin coretkan ini dapat memberi manfaat buat korang  ye"...

Kalau tidak kerana pengalaman yang berada di sekitarku manerlah aku mampu mendominasikannya ia dalam bentuk pena atau ilmu..Semuanya se izin Allah S.W.T...Memang ini adalah kuasa Allah dalam memberi sesuatu dgn cara-caranya yang tersendiri..Ada yang belajar dgn berguru dan ada yang belajar dgn cara-cara yang Allah tentukan dalam merealisasikan kehidupan kita ini untuk mencapai jalan ketuhanan atau rahmatillalamin..

Kalau aku nak ceritakan pasal guru ini,terlalu banyak versi ma..Ada yang berguru langsung dgn Allah,ada yang berguru dengan malaikat ,ada yang berguru dengan nabi,syaikh,ulama,ustaz dan sebagainya..Ini adalah salah satu pelajaran kita dalam memahami konsep berguru,
 tidak kisah siapa orangnya tetapi selagi dia masih dalam jalan Allah dan Rasulnya maka di persilakan belajar dan selari dengan Al-quran dan sunnah...

Yang terpenting adalah kita bersemangat iqra dan mengenal Allah S.W.T...Ilmu ini lah yang baik untuk kita amati dan pelajari daripada ilmu-ilmu yang membuat kita jauh dari Allah Azzawajalla...Semoga kita di beri pentunjuk ,taufik dan hidayah yang berkekalan dunia hingga ke akhirat...Amin

Sekirannya ada pertanyaan atau sesuatu yang muskil di persilakan untuk bertanya...
In shaa Allah...
Selayak aku sebagai hamba nya menjawab seizin Tuhan yang maha bijaksana...sempurna milik Allah, aku hanya lah hamba bukan siapa-siapa"...

Innamal I'ndallah...

Allahu Taala A'lam

Isnin, 13 September 2010

SELAMAT HARI RAYA(1 SYAWAL)

selamat hari raya semua.Abang2,adik2,minah2 and mamat semua...Semoga berjaya dgn hari kemenangan yang berpuasa..Maaf zahir dan batin semua jika Aku ada buat salah kat korang semua..Maafkan aku ya..

Selasa, 24 Ogos 2010

RAHSIA MAKBUL DOA

Alhamdulillah..Hari baik bulan baik ni..RAMADHAN..GUA bukak sedikit khafiatnya and tatacaranya dari ilmu yang Gua ada..Insya,Allah..Sape3 yang ada hajat besar ke atau kecil berdoalah..Masa bulan ramadhan inilah Pintu2 langit dunia hingga langit ke seven terbuka luas..Jangan ingat 007 plak,yang itu story mamat saleh yang popular di pawagan..Apa kata org tua2 dulu2 tu,Masa sudah ada tinggal kita berdoa aje..Mudah ma,tapi berat pun ada..haha..

Sebagai contoh :Kita berhajat hendak pergi ke sebuah pulau kenalah ada tata caranya..Kenalah ada sampannya..Dah ada sampan takkan tengok aje kot!".Ape lagi masuk ler dalam sampan tu,Takkan meniarap atas sampan plak mestilah duduk jawabnya..Dlm duduk tu mesti lah ada pendayungnya..Kalau tak ada pendayung maner lah dapek berlayar sampannya..So itulah kaedahnya dan caranya mencapai sesuatu hajat..Selepas kita dapek dayungnya berlayarlah kita dgn jayanya..Macam itu jugaklah dgn berdoa.

Doa ada tapi usaha Tarrak..Jadilah Abu-abu Teng..

Usaha ada tapi doa tarrak..Jadilah Abu-abu Peng..

So di sini kedua2nya amat di perlukan..Time bulan ramadhan ini saat terbaik berdoa..Jgn ler minta benda yang tak baik plak.!"kita akan bertanggungjawab atas permintaan kita itu..

Tentang khafiat amalan ini terlalu banyak di ajar oleh para2 wali2,ulama,salaf solehin dan banyak lagi versinya..

1) solat hajat yasin Mubin Seven

2)solat hajat Aurad Yasin

3)solat hajat Al-fatihah 41

4)solat hajat Asma ul husna

5)Solat hajat Qaff 100

6)Solat hajat Yasin 40

7)Dan banyak lagi..

Insya,Allah Gua akan bukak dari segi persiapan zahir dan batinnya..Bukan khafiatnya..Kalau khafiat itu syariatnya..Di sini persedian batinnya atau keyakinan diri dalam berhajat..Tentang khafiat itu no harm ma..Cukuplah tahu yang asasnya saja sudah memadai..

1)Khusyuk dalam berdoa -Sebenarnya harusnya kita memahami apa yang dihajati dgn mendalam dan penuh konsentrasi..Lebih kurang macam pegajian dalam tenaga dalam tu..Konsentrasi dan penuh tumpuan dari apa yang kita lakukan..Fahami dan mendalami apa yang kita baca..Umpama kita nak tembak kepada sesuatu sasaran tapi tak fokus dgn target di hadapan..Manerkan terkena target tu beb!"..Otak melayang entah kemana,Asyik ingat nak kayo ajo dan terbayang2 minah lawa yang kenyit mata semalam..hehe..Maner Cun sHotting kat target..Confirm goling seld rool punya beb!"Peluru entah kemana,target entah kemana..Kan Sia-sia aje tu.."Hai bye-bye ler jawabnya..1 perluru tak terkono pada sasaran.Rugi ler!".Begitu jugaklah dalam berdoa.Haruslah penuh tumpuan dan konsentrasi dgn apa yang kita hajati..

2)Bertawakal dgn sebenar2 tawakal..Serah bulat 100% bukan 50,50 ma..Setelah kita berdoa serah aje kat Tuhan..Biar itu jadi urusan Allah..Bukan urusan kita lagi beb!"Takkan kita tak faham dari 99 Nama Allah>Yang maha pemberi(Ya Wahab)..Dia yang maha pemberi dan kita yang menerimanya..Allah tak perlu pemberian kita beb!"..Dia dah kaya raya ma..(JUTAWAN BESAR)..Sape2 yang beranggapan diri dia tu sudah kaya,so jangan jadi sombong ler..Kita ini belum setanding tuhan yang Maha kaya..Itu kan nikmat kekayaan tuhan yang dikongsi kat kita semua..Komen ini KHAS untuk jutawan2 malaysia atau antara bangsa..Sebaiknya serahkan hati sebulat2nya pada Allah atau di sebut bertawakal..Inilah rahsia para Nabi2 yang terdahulu dan senjata inilah mukjizat mereka dalam menegakkan kebenaran..Apabila gua tengok dan perhatikan kebanyakkan Mukjizat pada Nabi2 yang terdahlu kebanyakkannya dari Termakbulnya doa..

3) Syukur atas nikmat yang sedikit atau banyak -Paling sederhana syukur adalah dgn melafazkan Alhamdulillah dalam hati atau lidah..Ucap aje Thax For Allah kerana semuanya adalah pemberiannya,tak kiralah dari zahir dan batin kita..Pemberiannya banyak sekali ma seperti kesihatan,kehenseman,kecantikkan,kekayaan,kekuatan dan banyak lagi lah..Itulah Rezeki manusia yang di sampaikan oleh Malaikat Rezeki(mikail)dlm menjalankan perintah Allah..Syukur ini banyak katogerinya seperti syukur ibadahnya,syukur mentaati perintah Allah,syukur rezeki and banyak lagi..kalau kita dapat gaji yang kecil atau pemberian yang sekecil hama dari seseorang itu thx aje lah beb!"jgn kita nak merunggut plak..Kang jadi kufur nikmat plak..Dlm al-quran dah nyatakan bersyukurlah kepadaku nescaya aku tambahkan nikmat kepadamu..Budak tadika lagi faham apa yang di wahyukan dan firman Allah ini..Takkan kita yang punyai akal dan besar panjang(dewasa)..Tak faham maksud firman Allah ini..Bunyi nampak ringkas tapi dalam 100% cuma 1,perdua sahaja yang mengikutinya..Ada yang faham tapi buat tak endah aje(Slamber Derk)..Ada yang faham terus buat..Yang Faham dan melakukan itulah org yang beruntung..Insya,Allah.. Konsep yang paling senang untuk berkenalan dgn syukur ini..Mulakan lah dgn lidah..Zikir tahmid banyak sampai berkoyan..Insya,Allah akan ada jawapannya..

4)Ikhlas dalam berdoa..Ikhlas ini lah tunjang utama dalam segala hal dan perilaku kita seharian kita hidup di dunia..Berdoa dgn penuh keikhlasan dgn keyakinan yang mantap pada Allah..Tiada siapa lagi yang mampu lakukkan dan yang mampu memakbulkan doa itu melainkan Allah..Tuhan itu Esa,Tuhan itu satu not 2, not 3..Dia tetap satu..keyakinan sepenuhnya pada Allah..Berhajat bukannya pada 2 tuhannya tapi satu tuhan dan satu tujuannya...

5)Bersedekah - Membantu insan yang dalam kesusahan tak kira apa bangsa pun..Niat ikhlas ini adalah penting dalam bersedekah..Jgn ler tengah tengok aweks ramai lalu kat org minta sedekah ni baru nak hulur duit tu..Niat tu tak elok lah beb!"Saje nak aweks tengokkan kita ni baik sangat ler..haha..Tuhan tu tahu ler..Tak payahlah nak tunjuk menunjuk plak..Kang datang Riak and ujub diri...yang ini susah ler...Bantulah sekadar ape yang dapat kita bantu..Apabila kita membantu meringankan segala kesukaran org lain maka Allah akan membantu kita apabila kita di timpa kesukaran..Pertolongan Allah itulah yang paling terbaik dari segala penolong..

6)Taubatan Nasuha -Yang ini pun bersangkut paut dgn ketermakbulan doa kita pada Tuhan..Sucikanlah hatimu..Jiwa kena bersih baru Tuhan senang nak adjust..Cepat ke lambat makbul doa itu terpulanglah pada Allah sebab ianya mengetahui hari yang terbaik untuk kita..So bagi masih tertunggu2 tu sabar aje Bro and adjust diri dgn bersihkan hati kita dulu..Insya,Allah di permudahkan..

7)Merendahkan diri - Ini termasuk dalam bertawadhuk dalam berdoa dan segala hal...Inilah di sebut dgn sifat kehambaan..Apabila sudah ada satu pengharapan dan pergantungan maka timbullah sifat kehambaan ini..Yang inilah salah satu cara para rasul terdahulu dalam bermunajat..

Yang ini sudah memadai apa yang di katakan Makbul doa..Para2 rasul cukup ini pelengkapnya sebagai seorang yang di percayai oleh tuhan untuk menyebarkan kebenaran dan inilah mukjizat yang paling banyak pada Nabi2 yang terdahulu.Berbeza dgn para wali2 Allah,kebanyakkannya berkisarkan ilmu kanuragan,kebatinan dan jalan tarikat..

Doa aje lah beb..Tuhan maha mendengar..(DEKAT TIDAK SEKATA JAUHNYA TIDAK BERANTARA)..Di mana kita berada di situlah ada Dia,dimana kita hadapkan di situ ada wajahnya.So teramat penting bermunajat kepada Allah ini kerana ianya adalah senjata mukmin yang sejati..Tiada senjata yang lebih tajam kalau tidak dari Doa hambanya pada Tuhan.. peranan dlm termakbulnya doa tersebut..Sudah banyak para2 ulama2 menerangkannya..Contohnya:

1)Salah satu termakbul doa adalah mengikut time yang betul...Tapi gua syorkan Pada malam 10 terakhir ramadhan...Iaitu malam lailatul qadar..Berkaitan keadaannya banyak ma,salah satunya malamnya hening..Ingat BEB!"segala apa yang ada di langit tersangat sibuk ketika malam tersebut untuk menyampaikan rahmat kepada seluruh penduduk dunia..So berdoalah kepada ku nescaya aku akan makbulkan doa mu..Ini firman Dlm Al-quran..So kita sudah faham,jgn buat2 tak faham plak!"...Sudah terang dalam Al-quran dgn firmannya..Semua kita buat bodo ajo(slamber derk ajo)..Sape yang kedekut,kita ke tuhan.Yang pastinya kita ini hidung masin kedekut tahap dewantara...Tuhan adalah yang maha pemberi,bukan pada dirinya meminta2..Yang meminta adalah hambanya..Perbanyakkan bermunajat kepada Allah kerana inilah amalan para Nabi2 terdahulu,para wali2 Allah and banyak lagi...

Story sambung ler..

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..

Salam gengs2 sekalian..Gua ucapkan selamat menyambut ramadhan hari baik,bulan baik nih..Semoga di terima segala amalan kita ini..Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..Sayang abis kat kita semua,kita aje tak membalas kasih sayangnya..Tepuk tangan sebelah takkan berbunyi beb!"Inilah hari yang Allah bagi ruang dan waktu untuk memperbaiki diri..Jom samo2 adjust diri kita semua...Medan kesabaran,melatih mengawal hawa nafsu diri,penyembuh penyakit medik or mistik,menajamkan kekhusyukkan setiap sesuatu perkara,ubat zahir &batin and banyak lagi yang best di dalam Ramdhan..Bulan ni ler kita adjust diri,kalau nak start zikir mulakan,kalau nak clean hati mulakan,kalau nak buat benda yang molek mulakan...Bulan yang teristimewa dan rahmat kepada seluruh alam...Kalau sebut alam tu.Hebat ler!".Maksudnya disini termasuk alam langit dan alam jagat menghormati bulan ini...bercahaya bersinar2..

Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT HARI JADI UNTUK GUA

HE..he...Alhamdulillah ler..So aku ucapkan selamat hari jadi untuk diri aku sendiri..Al-fatihah untuk diriku..Semoga di buka lembaran baru untuk aku,di panjangkan umur,sihat tubuh badan,di terima segala amalku,jadi hamba yang terbaik,selamat dunia akhirat,dan menjadi insan yang bermanfaat kepada seluruh alam...Amin,insya,Allah...Huhu..Di masa inilah aku keluar dari rahim mak aku siap di cucuk iblis laknatullah and menangis tanpa air mata..Setiap tangisan itu di sertakan kalimah di mulut dgn kalimah zikir kita pada Allah..Keluarnya kalimah itu di harkum Memuji kebesarannya....Zikir sir(AH..AH..AH..)Gabungan kalimah Alif dan HA.-ALLAH...Sempurnalah kita sebagai khalifah di muka bumi ini..HE..he..Di saat inilah aku melihat dunia..Di sinilah termaktub perjanjian kita pada si pencipta and banyak lagi benda yang hebat di sebalik kelahiran kita...Wallahu alam...

Pada waktu inilah kita biasa sibuk2 buat persiapan diri untuk menyambut hari lahir kita dan riang gembira bersama2 rakan potong kek siap tingkat-bertingkat lagi kek tu...Potong punya potong !!!

Sabtu, 24 Julai 2010

NIKMAT DAN RAHMAT

Alhamdulillah atas izinnya gua merepek benda ini sikit untuk gua sendiri dan geng2 sekalian iaitu Nikmat dan Rahmat...

Sabtu, 3 Julai 2010

QADA DAN QADAR

Takdir,musibah,qada-qadar,ujian dan bala ini adalah satu fenomena yang di lalui oleh makhluk Allah di atas muka bumi ini.Benda ini dah di nyatakan di dalam Rukun iman..Sesiapa yang tak percayakan benda ini so tak beriman lah ia...Nampak serupa tapi amat berbeza peranannya antara satu sama yang lain...Insya,Allah Ese bagi sikit le buat kefahaman iman qada dan qadar ini....Sebenarnya qada dan qadar ini taat kepada Allah dan tak pernah pun ingkar,walaupun org yang soleh sekali pun berdoa untuk menolaknya...


1)Takdir-Sesuatu yang telah di tentukan oleh Allah s.w.t seperti kita sendiri ler..Dari tidak wujud kepada kewujudan kita sebagai manusia..Sebelum kita dilahirkan dimuka bumi ini apa kita tahu apa yang berlaku ketika itu..Memang bongap le masa tu,tak tahu apa-apa pun tanpa Allah berikan sesuatu pun tapi atas kehendaknya berlaku ler jugak...Kita di dalam genggamannya..Masa itulah kita diberi ketentuan yakni sebelum alam janin lagi..Itu 7 alam yang di maktubkan dalam pengajian hakikat..barulah sampai ke destinasi dunia ini..Siap dicucuk iblis laknatullah apabila kita keluar dari faraj ibu dan keluarlah insani serta tangisan yang memuji Allah dgn kalimahnya Ah..ah..ah.(Zikir para salik).."Jgn ler korang ingat atas katil plak!"Tapi benda ini pun ada sangkut paut...Malas nak crita lebih...Kang jadi crita SX plak"he..he..Sebenarnya manusia dah memuji Allah pun cuma kita aje lalai oleh dunia fana ini...Dalam Alam janin lagi Allah dah perintah malaikat yang menjaga janin dgn baiknya dan Allah perintah mereka untuk menulis tentang rezeki,jodoh,nasib dan detik kematian mereka...Benda ini lah sudah dalam takdir Allah(ilmu Allah)..Takdir itu adalah ketentuan Allah..Dimana ia sudah di tentukan....Tidak dapat di dahulukan dan tidak dapat di lewatkan..So itu takdir..hehe..amacam macam ustaz tak aku ni.!"hahaha...

2)Musibah-Musibah adalah satu kesukaran yang di hadapi oleh kita tak kira le...Masalah kewangan,percintaan,pekerjaan and banyak lagi yang menyukarkan kita dalam mengharungi liku2 kehidupan..Lain pula musibah yang melibatkan org ramai seperti banjir besar,kemarau panjang,penyakit yang menular dan sebagainya...Ini adalah salah tentang musibah..Kalau nak terangkan panjang pun..Tak guna jugak..Aku ni sekolah setakat level 5 aje.Ilmu pun secuput aje..Ada banyak lagi otai2 and pensyarah yang layak menghuraikan benda ini...


3)Ujian-Ujian ini sinonim dituju kepada org islam sahaja..Benda ini sama lah juga dgn musibah tadi..Cuma banyak perbezaan2 pendapat aje..Biasanya ujian ini di tuju kepada org yang soleh dimana Allah ingin menguji tahap manakah imannya pada Allah Rabul jalill..Apakah ia mampu bersabar atau tidak...Ujian ini boleh dikatakan,Allah ingin meninggikan darjat seseorang itu dan dalam yang sama beliau terus di uji dgn bermacam2 musibah..Apabila beliau lulus ujian tersebut maka layaklah beliau di tinggikan ke makam yang lain dan terus step by step ke makam yang lebih tinggi..He.he..Lebih kurang macam org nak pi ujian SPM jugak ler,setelah lulus SPM barulah layak masuk ke universiti untuk mencapai hasrat di hati(Sijil diploma and ijazah)..Kalau nak lanjut lagi kena lah lulus setiap ujian-ujiannya barulah sampai ke tahap PHD and master...hahaha..Merapu plak aku ni tentang pengajian sekolah...Sekolah pun baru tahap 5 dah berangan nak capai Master..yang itu gua mimpi aje beb"


4)Bala-Yang ini ada berat sikit le....Bala bencana itu sama sahaja dgn musibah..Tapi ini boleh dikatakan peringatan Allah pada kita..Maksudnya Allah ingin memperingatkan kita dgn adanya bala tersebut seperti banjir tsunami di aceh..Itu adalah satu peringatan oleh tuhan untuk kembali kepadanya...

5)KIFARAH- Yang pasti kita banyak dosa,Gua,Lu and semua punyai dosa2 pada Allah..Ini adalah jalan martabat insan yang berdosa,tidak kira kecil ke besar.Dimana Allah letak martabat Bala,ujian sebagai medan menyucikan diri daripada dosa kita yang lampau..Kalau tidak dgn Kifarah ini tidaklah terampun dosa2 kita ini..Betapa Allah kasih kat kita semua,Allah jadikan setiap kesusahan yang kita tanggung sebagai jalan keampunan dan rahmatnya di dunia hingga akhirat.."Jgn ler tengok org yang susah tu,korang kutuk plak!",Kang kono kang..Jurus ultraman taro dari Lebai slumber! siap pahala yang melimpah2 kepada org yang susah tersebut!"Free of cass aje dapat pahala Free..He.he..ingatlah pasti ada terselit hikmahnya di sebalik kesusahan yang beliau alami sebagai rahmat Allah padanya..

Hakikat yang sebenarnya kita semuanya di uji dgn berbagai2 ujian..Namun ada yg mengetahui dan ada yang tidak mengetahuinya..Terpulanglah kepada kita dlm mengeplorasikan diri kita dalam meneruskan kehidupan.Kita ada akal dan ada hati ,Lu pikirlah sendiri..Tiada siapa tidak di uji dan yang pasti kita mesti di uji kerana kita adalah makhluk yang bernama manusia..Ujian ini banyak ragamnya terpulang kepada keupayaan yang sudah di tentukan oleh Allah dalam takdir Dunia.Ianya juga berkaitan dgn Maqam-maqam kita pada Allah..Ada yang tahap rendah,ada yang tahap sederhana dan ada yang high level..

Bekalnya adalah :

1)Kesabaran

2)Redha dgn ketentuannya..Terima dgn apa yang di kurniakan kepada kita(Baik buruknya)

3)Berdoa pada Allah dgn sepenuh pengharapan dan serah pada yang Esa..

4)Yakin kepada Allah,yakni dgn mentauhidkan kepada Allah semata2 dan yakin setiap yang di kurniakan itu mempunyai hikmahnya yang mungkin kita tidak sedari..Buruk pada kita Cantik pada Allah..Cantik tu beb!"..Ilmu Allah itukan luas..Punyai pengetahuan yang mendalam,,Why itu semua terjadi...haha..

Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT HARI AYAH

Selamat hari Ayah gua ucapkan kepada My Bos...Gua tabik sama you 100,000 dalam dirimu mendidik dan menjaga kami...Setiap pengorbananmu tidak dapat Ese bayar dgn keringat ini.....Hanya dalam doa ku yang ku panjatkan..

Ya,Allah dgn rahmat mu terimalah doa kami semua...semoga ayahku Panjang umur,sihat sejahtera,redha Allah,selamat dan bahagia didunia hingga Akhirat..Amin

ILMU KESABARAN

Asalamualaikum semua..Alhamdulillah dan selawat ke atas nabi muhammad S.A.W,sahabatnya dan keturunannya...Insya Allah atas izin Allah yang hebat,Ese story sikit berkaitan dgn Kesabaran dari konteks kehidupan seharian yang di kira ok jugak ler untuk korang semua...Semua manusia akan melalui benda ini ler....Tak kisah level apa pun korang..Datuk ke,VIP ke,tukang kebun ke and banyak lagi rangam manusia yang kita akan temui...Semua manusia itu sama aje dalam menjalan kehidupan seharian...

Kehidupan kita ini umpama tayar kereta yang sentiasa berputar-putar ketika bergerak..Ada yang di atas roda dan ada yang berada di bawah roda...Bagi yang menghadapi musibah...Mereka inilah yang berada di bawah roda tersebut..."Kesian beb,"Terkena pulak tempat yang menyusahkan di tambah lagi tayar yang tak ada angin(pancit).Terasa pahit dilidah tidak terkata,hidup terasa terlalu sempit bagai di tenyek tayar kereta...

He.he...Dah lah dibawah roda di tenyek lagi dgn tayar kereta.."Nangis ler jawapannya," derita kepahitan begitu menyakitkan terpaksa dilalui...Begitulah kehidupan kita,ada yang berada diatas dan ada yang berada dibawahnya...Setiap apa yang berlaku berbeza-beza keadaannya dan nasibnya...Kadang2 kita berada dipuncak dan kadang2 kita jatuh tersungkur jatuh ke tanah..Jgn hairan ler kalau tengok ada yang Happy good lucky dan ada yang susah sampai nak give up...Itulah roda kehidupan yang harus dilalui...Sampai gunung-ganang,langit dan bumi tidak sanggup untuk menerima amanah Allah sebagai Khalifah Allah..Yang sanggup hanya kita sahaja...(INSANI)

Sebenarnya Allah itu mempunyai sifatnya yang maha penyabar dan kesabaran inilah yang akan di kongsikan kepada hamba-hambanya..

PENGETIAN KESABARAN,"APA ITU SABAR??"

Sabar itu adalah salah satu Asma Allah yang tersenarai dalam 99 Asma ul husna(ya sabbur)...Sabar ini lah yang bakal dirasai oleh manusia apabila kita di uji atau ditimpa musibah.Sabar ini juga adalah menahan diri dari segala sesuatu benda yang tidak di kehendaki oleh kita.Dalam erti kata benda yang tidak di sukai oleh hati kita."Faham-faham ler,"Takkan tak faham kut,".Sebenarnya banyak benda yang kita akan rasai apabila diuji atau di timpa musibah tapi Ese beri 2 benda ini untuk korang."Maklum ler sekolah tak tinggi pun,"...

KELUH RESAH DAN KESABARAN..

Sebanyak mana pun kita mengeluh ianya tidak akan dapat mengubah ketentuan Allah melainkan apa yang telah dizinkannya...Sebab itu lah dalam al-quran dah story benda ini berulang-ulang kali..."Bersyukurlah atas nikmatku nescaya aku tambahkan dan bersabarlah dgn musibah yang menimpa dirimu nescaya akan ku berikan ganjarannya kepadamu,"..Yakinlah sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan..Ingat Allah tu semberono ajo nak bagi wahyu ni di dalam kalamnya(Al-quran)..Setiap apa yang di berikan mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia yang tersembunyi mahupun yang di zahirkan atau yang di sembunyikan..Setiap apa yang di wahyu itu mempunyai pentunjuk dan rahmat kepada hamba-hambanya..

"Ingat BRO,"Setiap kepahitan yang kita lalui itu umpama akar yang pahit menyokong sebuah pohon sehingga pohon itu berdiri dgn tegaknya dan dari akar yang pahit itulah menghasilkan buah yang manis lagi sodap...Sodap beb sampai menjilat jari,"Jgn ler korang sesedap rase je jilat jari tu, macam anjing le pulak,"..Jatuh saham beb!..Tak pasal2 tengok aweks yang lalu kat situ,apa crita!.Hilang ler kemacuan korang."..hehe..

Di dalam Al-quran dah story pun benda ini iaitu mengisahkan seorang hamba Allah yang sangat penyabar..Beliau di kenali salah seorang Nabi yang mempunyai martabat yang tinggi sehingga di gambarkan di dalam Al-quran sebagai lambang kesabaran....Beliau adalah [NABI AYUB A,S]...Di tinggikan darjatnya di banding Nabi2 yang lain kerana kesabarannya..Di beri Allah dgn kemuliaan yang tidak ada seorang nabi pun yang di gelaran kemulian ini melainkan beliau sahaja..Tahap kesabaran yang di laluinya boleh dikatakan TAHAP SUPER SAIYA 10 jugak ler..Not level manusia biasa ma..Siapa ler yang sanggup tanggung penderitaan yang menyeksakan dan terlalu pahit untuk di rasai oleh lidah kita ni..Lagi makan penadol pun muka dah macam Cuka ini kan pula musibah yang di deritai oleh nabi Ayub A.S..Comform geleng kepala punya beb!,"siap lari macam lipas kodong masuk kesarang tengok musibah yang di tanggung NABI AYUB A,S ini...."Kesian beb kalau nak di ceritakan apa yang di lalui olehnya"...Dari hidup yang sonang gumbira sehingga ditenyek dgn roda kehidupan yang tidak ada siapa pun yang mampu menolak roda tersebut walau sedikit pun..Tidak akan berganjak sesuatu itu tanpa izin Allah...Di yang maha mentadbir segala urusan hamba-hambanya..Yang di maksudkan disini,kita tidak mempunyai kekuatan melainkan kekuatan Allah...Allah memberi kekuatan pada Nabi Ayub a,s sehingga beliau berjaya mengharungi dgn tabah dan sabar..

Kekuatannya itu adalah :Mengikuti perintah Allah,Zikrullah,tawakal,kecintaan,ilmu dan banyak lagi...

Kepada yang di beri dugaan oleh Allah dgn bermacam-macam masalah seperti sakit,masalah percintaan, masalah kewangan,kekeluargaan dan banyak lagi masalah yang kurang menyenang di jiwa..Sebenarnya Allah memberinya atas sebab-sebab yang Allah sudah tahu kemampuan seseorang itu untuk melaluinya...Dan korang adalah insan yang terpilih berbanding insan2 yang lain dimana belum tentu lagi orang lain mampu menanggung musibah itu..Allah itu maha mengetahui yang korang adalah pilihannya berbanding insan2 yang lain...Di sinilah letaknya kekuatan jiwa..Rohani dan juga jasmani..

Kekuatan rohani dan jasmani tidak mudah diperolehi kalau tidak dari Allah s.w.t kerana yang berlaku atas kudrat dan iradatnya....Insya,Allah Ese huraikan sikit benda ini memantapkannya :

1)Ilmu 2)solat 3)zikrullah 4)Doa 5)taubat 6)tawakal 7)sedekah 8)Dan banyak lagi benda nya memberi kekuatan dalam menghadapi musibah..

Dalam menghadapi ujian atau musibah yang ese amat tekankan di sini adalah ilmu kerana ilmu adalah tunjang kepada setiap sesuatu perkara...Sebagai contoh kalau kita nak jadi doktor kene lah ada ilmu kedoktorannya,kalau nak jadi tentera kena lah ada ilmu terap menerapnya,mara tempurnya,kalau nak jadi peguam kena lah ada ilmu lawyer buruknya dgn faktanya and banyak lagi...

Bergitu juga halnya dalam menghadapi musibah..Ilmu adalah ibu kepada solat,zikrullah,doa,taubat,tawakal,sedekah and banyak lagi...

Sebagai asas pengenalan tentang ilmu dalam mengenali bala..Ese bagi sedikit khafiat pengenalanya..You can do it at home..Jgn le buat kat tempat swimming pool plak k...

Bahan2nya..

1)satu kolam besar.

2)satu gelas air.

3)1 kilo garam kasar.

1)Cara yang pertama...Sediakan satu gelas air yang sudah berisi air kosong..Selepas itu masukkan satu kg garam kasar di dalam gelas tersebut...He..he..Cuba korang rasa and terus minum airnya."Takkan sodap kut!"..Confirm..muka yang hensem tadinya jadi berkerut dan keluar sumpah seranah dimulut korang..masinnya and terus muntah...

2)Cara yang kedua......siapkan satu kolam besar..Lebih korang macam kolam renang jugak ler..Jgn ler tgh org mandi kat swimming pool tu korang taburkan garam plak..Kang kono smack down plak oleh penjaganya.,Yang awek mandi kat situ lari bersepai tengok mamat garam ni taburkan garam.."Entah ape ke jadahnya tabur garam tu ingat kolam tu sup ayam ke nak bubuh garam,nasib baik tak bubuh perencah sup ayam,kang jadi kolam sup ayam plak,lubang terbiak ke!"he..he...Yang penting korang faham ajelah ye..itu pun sudah cukup."..Apabila sudah dikenal pasti kolamnya,masukkanlah satu kg garam kasar tersebut ke dalam kolam itu...Heheh..Cuba korang rasa and terus minum..Yang pasti dgn Slambanya dan tenangnya wajah korang minum air kolam tersebut..Confirm tak keluar sumpah seranah punya..Rilek and cool aje...

Apa yang kita tengok tadi adalah berdasarkan ilmu..Apabila kita sudah banyak mempelajari ilmu di dada..Maka jadi lah kita org yang kedua dimana apabila diminum airnya tidak lah beliau berkeluh resah kerana yang pasti ilmunya sudah dapat mengatasi segala masalahnya..Siap slamba and tenang aje wajahnya..Dgn tenang aje menghadapi masalah dan kesukaran duniawi ini.,Maner tak yer,1 kg garam tu pun boleh jadi tawar kalau airnya sebesar kolam besar..Berbeza pula pada org yang pertama tadi..Ilmunya setakat satu gelas tu aje...So berat le nak menghadapi setiap permasalahan..Siap termuntah beliau untuk meminumnya kerana tidak mampu menanggu masinnya 1 kg garam tersebut..Sedangkan natijah 1 kg garam itu sama sahaja di rasai oleh org yang kedua tadi...

..GARAM ITU ADALAH KESUKARAN,AIR ITU ADALAH ILMUNYA...

So faham2 aje lah ye...Di sini Ese beri sedikit pemahaman untuk memahami kontek ilmu dalam mengharungi liku2 kehidupan..Tiada ilmu maka sukar lah kita mengharunginya..Dgn ilmu insya,Allah kita dapat menghadapinya di temani dgn amal dan Geng yang paling terbaik adalah keikhlasan...

3 Kombinasi yang harus dijaga..ILMU,AMAL DAN IKHLAS...Insya,Allah jadilah kita sebahagian hamba yang bersyukur dgn nikmatnya dan bersabar dalam menghadapi musibah...

Sabtu, 29 Mei 2010

DIARI KEHIDUPAN(Bala-ujian(ILMU)

Allahumma salli ala muhammad wa ala alihi wasahbihi wasalam...Alhamdulillah atas rahmat Allah yang luas terbentang pada kita semua....He..he...Ilmu plak dah nak masuk nih....Kenape yer???Siap ilmu pulak dalam Bab Diari kehidupan...

Ilmu adalah pelita hidpu(cahaya yang menerangi kegelapan)...Golap lah beb..tak nampak jalan...Pasti langar tiang punya ler..Kalau tak langgar tiang bleh jatuh dalam longkang..Kalau tak jatuh dalam longkang bleh jadi batman...Hanya batman saja keje malam macam ni...Siap topeng dan baju macam kelawar...

POWER TU!!GUA CAKAP SAMA LU!!..mata batman macam cahaya dapat melihat dimalam hari..Tak macam kita ni mestilah ada pelita atau lampu picit..barulah senang keje dimalam hari...Kan senang ada cahaya nih...Dapatlah kita melihat keadaan sekeliling tanpa bersusah payah...Golap gelita ini adalah kecetekan ilmu,kurang pandai,bandigol sohol dan banyak lagi perkara yang kurang menyenangkan...Cahaya pula adalah kebijaksanaan,kepintaran dan banyak lagi yang best kita dengarkan...

Inilah ilmu...Tanpa ilmu kita tidak akan maju..Tanpa ilmu kita tidak akan jadi manusia yang hebat..Tanpa ilmu kita tidak akan dapat mengenal diri dan alam jagat...Teramatlah pentingnya ilmu dalam konteks kehidupan...kehidupan ini perlulah ada ilmu jgk ler...Kalau tak ada ilmu hancur dunia ni beb....

Kenape Ese masukkan ilmu dalam Diari kehidupan(bala-ujian)....Insya,Allah Ese akan meneruskan story ini dgn slumber donat...Donat yang sodap lagi lazat...Peringatan dari Ese..Jgn makan donat banyak sangat..Kang naye kang..tak pasal-pasal kencing manis plak....Makan satu pun cukup lah yer..

He..he.. berbalik kepada tajuk asal kita tadi...Apabila kita ditimpa musibah atau bala maka kita perlu lah ada sedikit ilmu berkaitan dgn qada dan qadar..Dah tersenarai pun dalam rukun iman...Kalau lah tiada ilmunya payah jgk beb....Pasti kita akan berburuk sangka pada Allah...

Kalau nak di storykan tajuk ilmu ni...Terlalu banyak versinya dan cabang-cabangnya...seperti ilmu bala,ilmu kesabaran,ilmu redha dan banyak lagi versinya...Di sini Ese kongsikan kat korang semua berkaitan ilmu bala...(Qada dan Qadar)Sekurang-kurang sedikit yang kita tahu mengenainya pun sudah memadai sambil di sertakan dgn amalan dan keikhlasan...Insya,Allah Makan Super saiya 10 ma...(Arif billah)...Barulah dapat mengetahui selok belok agama dan khazanah ilmu Allah yang luas...

Insya,Allah apabila Allah sayang pada hambanya nescaya ia akan di uji....Dgn ujian itu ia akan menjadi kuat dan jitu keimanannya...Apa-apa pun kono ada ilmu jgk ler...Tak kisah ler ilmu tasauf ker,ilmu usuludin ker,fekah ker atau sebagainya selagi tujuan itu adalah satu...Yakni menuju ke jalan Allah...Apabila kita di timpa musibah kene lah ada ilmu berkaitan dgnnya seperti pengenalan tentang qada dan qadar atau sebagainya.Teramat-amatlah penting ilmu itu kepada semua..Sebagai contoh apabila kita ada menduduki peperiksaan SPM(MATAMETIK)...Takkan ler kita blajar ilmu fizik tingkatan 3 kot...Sedangkan kita mendudukki peperiksaan SPM(matametik)...Cornform Gagal punya matametik tu...Siap 6 poning yang akan tertera di atas keputusannya dan banjir akan melanda di sekolah tersebut..Maner tak yer tangisan yang tiada kesudahan yer..6 poning beb..Kalo Ese hapi good lucky ajo..Tak ado masalah nak terima 6 poning tu janji tak poning kepalo sudah lah yer....Apabila ada ujian Matametik kene lah blajar ilmu matametik jgk barulah sempoi lagi power...Kan Manis wajah tu tengok keputusan No..1 A dalam slip SPM.."Sampai mak cakap ini anak aku"Anak aku pandai"Siap di tunjuk lagi keputusan A one sardinnya kat semua org...Kalau nak cakap anak ko pandai tu agak-agak ler...Jgn Menunjuk2 plak...Dosa dalam selimut tu beb...Dosa yang tak nampak..Begitu jugak dgn kehidupan perlu ada ilmu dalam diri seseorang itu untuk hidup..


Khamis, 20 Mei 2010

DIARI KEHIDUPAN(bala-ujian)3-SOLAT

Sory lah beb...Atas sebab yang tak dapat di elakkan kerana memberi penghormatan kepada hari ibu dan hari guru....Disini sambungan berkaitan diari kehidupan(bala-ujian)akan di terusk....Di izinkan Allah untuk Ese merapu dan melemparkan kata-kata yang slumber ini..Berkaitan Solat....Apa itu Solat????

Kenapa Ese senaraikan SOLAT dalam DIARI KEHIDUPAN(bala-ujian)...Cuba korang fikir Sejenak...Ambil rokok dan julurkan kaki di branda Rumah..Siapkan fikiran anda untuk melihat keindahan alam di luar rumah...Dilangit di temani bulan dan germelapan bintang-bintang yang bersinar-sinar....Renungkanlah..

Solat dan terus solat...
Wajib dan tersangat wajib...Hutang dan sentiasa berhutang....Inilah Solat....

Ese pun lum lulus lagi dalam Ibadat ini iaitu bekaitan solat..Dah Allah storykan di dalam Al-quran berkaitan dgn solat..(Bersabarlah dan kerjakanlah Solat)..

Semenjak kita dilahir lagi kita dah dah banyak tinggalkan solat..Banyak jgk hutang kita ni..Semenjak dilahirkan lagi kita tidak bersolat..Hutang yang belum dilunas lagi...Berapa ramai yang mendengar seruan Ilahi berkumandang hanya mendengar sahaja dan terus dgn aktiviti-aktiviti harian seperti melepak dikedai kopi,main snoker,berkopel,makan angin dan banyak lagi urusan yang berkaitan dgn duniawi....Inilah sifat manusia ler...Lalai dan terus lalai..Lupa dan terus melupai...Malu lah yer sedangkan Iblis itu hanya sekali melanggar perintah Allah dgn tidak sujud pada Nabi adam a.s,inikan kita manusia melanggar perintahnya sebanyak 5 kali sehari(SOLAT)...Memang dogil lah kita ni..Apa nak dibuek..Tak dapek Den menulun,dah sifat manusia macam tu...

Dgn slumber donownya Ese berpesan pada diri dan korang semua.....(sayangilah solat itu seperti mana korang menyanyangi diri sendiri)Allah suka pada hambanya yang menjaga pertalian......MENJAGA PERHUBUNGAN ANTARA HAMBA DAN SI PENCIPTA...Lebih kurang macam orang berkopel gak ler...Bercintan cintun....Buah hati,intan payung...Seperti Mamat Hensem dan Aweks cun saling cinta mencintai antara satu sama yang lain..Apabila mereka ingin menjaga cinta mereka pastilah mereka akan menjaga perhubungan mereka dgn baik sekali...

Berbalik kepada kepada tajuk asal kita..DIARI KEHIDUPAN(Bala-ujian)SOLAT...

Korang ingat Allah tu seberono ajo nak bagi 5 kali dalam sehari....Setiap jarak waktunya dari zuhur sampai subuh...Setiap laungan Azan yang telah di kumandangkan sampai habis...Setiap air Wudhuk yang kita ambil...Setiap gerakan solatnya dan setiap rukun-rukunnya...Tersimpul rahsia dan hikmah yang tersembunyi...Insya,Allah kalo Allah nak seseorang itu mengetahuinya nescaya di buka untuknya....

Solat itu adalah tiang agama dan tunggak kejayaan....Sape yang tak nak berjaya Beb..Kalo korang nak berjaya bersolat lah yer....Dah tesenarai dalam Laungan Azan pun...

1)ALLAH HU AKHBAR (kalimah membesarkan Allah)
2)Kalimah syahadah(Tersenarai dalam rukun islam ler)
3)Seruan solat (Kewajipan setiap yang beragama islam)
4)Seruan kejayaan (Dgn mengikut seruan Allah kita akan berjaya)
5)Allah hu Akhbar (Kejayaan yang kita perolehi dari kebesaran Allah jua)
6)Kalimah tauhid (kalimah yang merangkumi dari segala-galanya)

Kita manusia ada dua dalam diri ini iaitu jasad dan roh...Santapan jasad adalah apa yang kita makan dan santapan roh itu adalah Solat...Kalo kita tak makan atau minum dah lama kita kurus kering dan terus mati...Begitu jgk ler dgn roh apabila kita tidak mengisinya dgn Solat,zikir dan setiap ibadat kita pada Allah maka kosonglah diri kita...Macam Ikan masin Beb..kalo korang nak tau ikan tu,leh buka story Nabi Khidir dan musa dalam Al-quran...Yakinlah bahawa kita tidak ada kekuatan pun melainkan dgn izinnya..Apabila roh kita kosong maka tiadalah kekuatan dalam diri kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi...Solat dapat memberi kita kekuatan dalaman mengharung bala-ujian(musibah)dan dapat memberi kesabaran dalam diri kita...Apabila kita tidak melakukan solat kita akan mencari siapakah yang mampu menhindarkan diri kita daripada kencaman bala atau musibah..Tiada yang kita dapat harapkan melainkan pada Allah jua...

Apabila bala atau musibah yang menimpa seseorang itu.Maka bersabar dan bersabarlah..Ingatlah banyak lagi yang menanggung musibah yang lebih teruk lagi dari kita ni.Inilah wasiat Rasulullah s.a.w pada kita semua,sabar dan terus bersabar..Setiap apa yang berlaku bukanlah untuk kita tangisi tapi untuk kita harungi..Ingatlah sabar itu umpama akar yang pahit sehinggakan dapat menyokong sepohon pokok yang gah berdiri...Dari kepahitanan akar itulah pohon itu akan berbuah.Inilah hasilnya dari akar yang pahit dapat nikmat buah yang manis lagi sodap...Beginilah hidup manusia...bersusah-susah dulu,bersenang-senang kemudian...

Seingat Ese apabila bergelar musafir di Tanah melaya....Begini ceritanya...

Setelah Ese dan seorang rakan yang berasal dari sabah yang sudah Mengakhiri kerjaya sebagai seorang(Abg Mat Terap..kombat).Ese pun berangkat..Dari negeri sembilan terus pergi ke kuala lumpur....Siap macam soulin plak dah dgn kepala botaknya lagi,dgn hensemnya lagi..Bleh diiktirafkan ganteng samben...Biasa ler kerjaya sebagai seorang pertahanan negara..Dari org awam kepada Pertahanan Awam..Makanannya adalah pahit lagi manis...Campur roti canai...Takkan sodap kot"..Apa2 pun memang sodap jugak..hehe..Seronok ape,org tak pernah buat kita buatkan,Inilah dunia latihan,cabaran,kekuatan,kekerasan and banyak lagi yang best di dalamnya..Aku bukak sikit aje beb..Kalau bukak lebih kang mengamuk plak Tuan army tengok My Blog..Tapi jgn marah ek kepada tuan Army2 di luar tu yer..Takkan sikit gua bukak bab ketenteraan ini dah nak mengamuk kot..Dah training ape"...Faham-faham lah yer"..

Gua pun keluar dari kenderaan 4 TAN dan terpinga-pinga gua tengok keadaan sekelilingnya..Fuh,Indahnya duniaku..Maner tak yer kalau tempat latihan tu asyik mengadap muka member aje and sarjan je..Kalau muka aweks tu tak lah boring sangat..Ini tak semua macam power rangers and soulin sami aje..

Ha..ha..Kalau di malam harinya pulak mulalah Gua melihat kapal terbang tengah terbang di awang-awangan dgn api kolipnya yang berkolip2 di malam hari..Sonang mata gua memandang"..HUhu.."Melayan Blues di malam hari dgn geng2 seperjuangan..Siap lagu NASH di dendangkan oleh gengs senior(pada syurga di wajahmu)Fikiran pun melayan jauh seperti mana kapal terbang yang berlegar2 di langit yang gelap gulita..Alomak dah melalut plak dah aku ni...Sory beb!"..iklan pulak dah!"..Seterusnya Aku keluar dan dgn slumbernya aku berjalan menuju ke kaunter pembayaran..aku pun memerhatikan keadaan sekeliling dgn mataku yang mempersonakan ini bak indah tiada terperi,cantiknya tiadalah terhingga,hebat sungguh keindahan Tuhan pada kita semua...hehe..

Aku pun memerhatikan sekeliling bandar itu "fuh...Rasa macam keluar dari sangkar burunglah beb!"..He..he.."Aku burung didalam sangkar 'hidup ku susah hatiku senang"..Ceweh lagu tadika plak dah".Burung yang sudah terlepas pun tersenyum slamba dan wajahnya yang sempoi membawa beg yang besar..Macam baru balik dari perang plak dah".Semua org di sekeliling memerhatikan kami dgn pandangan yang hairan..Entah ler,tak pernah tengok kami kot!"..Aku pun terus berjalan dan meluru terus ke komutar...

Bermulalah penjelajahan yang pertama Ese di tanah melaya...

Story pun bermula disini.....

Sewaktu tu cuti-cuti malaysia...(Cuti kerja ler)...Ese pun mengajak geng pergi ke kuala lumpur..Boleh dikata pokai jgk ler masa tu....Bulan belum mengambang ler..(Tengah bulan beb)....Duit ada tapi sikit aje lah yer....Sekadar cukup makan tambang ulang balik ajo...Biasalah kali pertama sampai ibu kota...Nak jgk rasanya jalan-jalan dan makan angin...Dgn keinginan yang kuat,Ese dan geng pun pergi juga dgn duit yang dikira nyawa-nyawa ikan lah beb..Wow berani jgk masa tu,survival di tengah bandar yang pesat..

Tgh syok Ese dan geng tengok-tengok barang di sentral market tu... Hari pun macam nak menangis ajo..Sedih lah beb bila melihat keadaan sedemikian berlaku...OH!!Rupa-rupanya hujan nak turun...He..he...jadilah kami katak di bawah tempurung...Katak pun tak macam kami...Berteduhlah kami di pinggir bangunan...Tgh syok Ese menunggu dan memerhatikan titisan air hujan yang jatuh kebumi,tidak lekang juga mata Ese yang mempersonakan memerhatikan aweks-aweks cun yang lalu dihadapan Ese.."Wah jauh sekali Allah dari segala kekurangan pun"Tgh memerhatikan gelagat mereka ini....

Ese pun ternampak sebuah masjid yang tak jauh dari tempat kami berteduh....Ese pun mengajak geng dan terus pergi ke masjid tersebut...Maklum ler waktu solat dah masuk...Apatah lagi tak pernah pergi masjid negara lah beb...Nak juga sesekali solat di situ...

Yang bestnya dapat mandi free...Mandi hujan ler...Siap basah kuyup sampai masjid...Ingatkan dekat...Bleh tahan jgk jauhnya...merentasi satu jalan ke satu jalan...Sesampai Ese dan geng di masjid...Fuh meme cantik jgk masjid ni...Ese dan geng pun meneruskan solat di masjid tersebut dalam keadaan separuh basah....Sejuk jgk ler...Siap kipas dan aircond terpasang plak dah di sekelilingnya...Sabar ajolah yo.he..he...Selepas selesai solat dan doa dipanjatkan..Di izinkannya untuk kami berjumpa seseorang di masjid tersebut...Ese pun angkat dari tempat solat dan memerhatikan keadaan sekeliling..."Cantik Wo!!..Gua cakap sama lu...Dah name masjid negara katakan...Manerkan tak cantik kot...

Ese meneruskan langkah yang sempoi dan wajah yang slamba menuju ke pintu utama masjid tersebut...Tiba-tiba ese terlihat seorang hamba Allah sedang duduk di tepi masjid yang tidak jauh dari pintu masjid tersebut...Apabila sudah menghampiri hamba Allah ini...Ese pun melontarkan senyuman yang mempersonakan pada hamba Allah ini dan berjabat tangan padanya..Nasib baik ler takde aweks-aweks yang lalu masa tu...Kalo ado aweks yang tengok senyuman Ese nih..."Fuh..Boleh lost control beb"..Maner tak yer tergamamnya seorang wanita dgn lirikan senyuman yang amat mempersonakan di hadapan mata...Tak dapek den nak gambarkan macam mano nak torangkan kat korang semua.....He...he..Hensem banget kot...Sampai tak kelip mata tu dgn keindahan yang sungguh mempersonakan...

Apabila Ese berjabat tangan padanya...Ese melihat dibelakangnya ada sebuah beg dan di hadapannya ada sebuah buku diari hospital...Ese perhatikan pada anak matanya....Oh!!Macam ada masalah ajo abang nih".Ese pun terus berlalu dan beliau pun menahan kami..."Dah agak dah!!mesti tahan punya....

Beliau pun memperkenalkan dirinya dan berasal dari pulau pinang dan menceritakan masalahnya pada kami...Tgh dgr story abang ni...Kesian jgk tengok abang ni...Siap berulang alik dari pulau pinang ke kuala lumpur,tiada lain untuknya ke kuala lumpur hanya semata-mata untuk mendapat rawatan di hospital sahaja...Masalah yang dihidapinya adalah masalah kecing manis..Tengok wajah memang nampak sakit lah beb..Badanya kurus ajo dan wajahnya yang simpati..Dipamerkan buku diari hospital kepada kami sebagai bukti...Ditunjuk plak beg duitnya pada kami.."Alomak pokai plak dah...Lagi pokai dari kami berdua...Yang amat mengharukan kami dah beberapa minggu dia ni tinggal di masjid tu..Rasa nak balik,tak dapat balik sebab ada masalah kewangan..Kesian jgk Mamat ni..Atas Rahmat Allah yang tak terhingga terbuka hati Ese nak memberinya sedikit wang untuknya..Bukalah ese dan geng beg duit masing-masing..

Jeng-jeng-jeng ....

Pandanglah kami antara satu sama yang lain..Muka ikan masin kono goreng beb!!"Ese pun memberitahu kepadanya...Kalo hujung bulan insya,Allah Ese dapat bantu!"..Tapi bulan belum mengambang lagi beb(faham-faham ler Tgh bulan)..Macam mana nak tolong org ni!!"..Tapi Allah yang merancang segala-galanya...Duit siap tambang dan ole-ole ajo beb.."Ese pun berfikir sejenak!!"Tgh belek punya belek...ada pulak duit lebih yang tersimpul dalam beg..Ese pun mengambilnya dan memberinya.."Setakat ini kami dapat bantu abang k!!"Kami pun tak ada duit"Duit yang diberikan pun hanyalah cukup untuk mengalas perut si abang ini..Semoga Allah merahmatinya Amin...Tinggallah duit tambang sahaja dan tidaklah kami makan di bandar tersebut..Alhamdulillah!! Balik dgn perut kosong jugak ler...he.he..

Apa yang berlaku nampak simple tapi mempunyai 1001 hikmah yang Allah simpan pada kami bertiga termasuklah abang pulau pinang itu...Iaitu:

1)Jgn ingat kita dah cukup menderita,banyak lagi yang lebih menderita dari kita..Kalo nak tahu,bleh pi hospital tgklah macam mana Allah tarik nikmat kesihatan mereka....

2)Allah sangat pengasih dan penyayang pada hambanya walau kita banyak dosa padanya...(diberi Allah peluang kepada abang ini untuk berteduh dimasjid negara..Kan baik tu..Sebab tu lah kita perlu bersangka baik padanya...Kalo Allah itu jahat dah lama Allah letak abang ini kat kandang kuda beb"...

3)Bertawakalah dgn sebenar-sebenar tawakal...Pasti Allah bagi jalan keluar..(Bayangkanlah Ese dan geng basah kuyup sampai ke masjid...Entah kenapa hati tengok masjid negara terbukak pulak pergi dan solat disitu?.Sampai sanggup redah hujan yang turun??...kenapa tak pergi masjid india??..punyalah dekat masjid itu di bandingkan dgn Masjid Negara...Rupa-rupanya ada hamba Allah yang dalam kesusahan di masjid Negara tersebut..Kami ini adalah atas asbab untuk membantunya..

4)Duit yang Ese bagi itu adalah memang untuknya..(REZEKI TAKKAN KEMANA BEB)>Dimana-mana pun ada rezeki..Lagi burung yang keluar dgn perut kosong dan baliknya dengan kekenyangan..Apa-apa pun rezeki itu milik Allah selagi kita masih mempunyai usaha,tawakal dan bersabar..Ada kemungkinan dia bersabar,bersolat dan berdoa kepada Allah semoga Allah memberi bantuan kepadanya..Atas rahmat Allah yang luas,Allah bukak pintu rezekinya yang tidak disangka-sangka..Seperti kami menhulurkan bantuan kepadanya...Tambahan dia adalah seorang musafir..."Faham-faham ler!!

5)Bersolatlah dgn solat yang sebenar-benar solat...Solat itu tiang agama..Tidak akan bergoyah tiang selagi masih berpegang pada 5 jari.Itulah Subuh,zuhur,asar,maghrib dan isya.Walau ribut yang melanda sekali pun,kemarau yang panjang sekali pun,hujan yang lebat sekali pun...Kita masih gah berdiri ditiang tersebut dgn 5 pengangan tadi dalam meniti kehidupan...Itulah solat....

Alhamdulillah...Yang ini sahaja Allah bagi kat Ese berkaitan Solat...Rasanya banyak lagi hamba Allah yang mampu menghuraikan tentang solat ini....Ingat beb..Setiap yang berlaku itu adalah guru yang berguna di sertakan guru yang mursyid selagi guru itu berpegang pada Al-quran dan sunnah..Seperti story Nabi Allah musa a,s yang Allah beri kelebihannya berbicara secara langsung dgn Allah rabul jalil ingin berguru dgn Nabi khidir a,s...Korang leh rujuk dalam kisah nabi musa dan nabi khadir di dalam Al-quran...Dimana Nabi musa a,s Mencedok ilmu itu dgn pengalaman yang dilaluinya bersama Nabi khidir a,s..Menjadi pengalaman itu pengajaran dan guru yang sentiasa mengajar kita...Sory beb.."Gua ni banyak cakap plak!!"...Apa yang molek korang ambik ler..Apa yang muskil boleh rujuk pada ulama-ulama yang berpegang pada Al-quran dan sunnah....

Rabu, 19 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU(DIARI ESE)

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang pernah mengajar Ese dari Alif sampai Ya..Dari A sampai Z....Dari tak tau apa-apa kepada bijaksana...Hanya Al-fatihah yang Ese hadiahkan kat korang semua(guru-guru)....Tak kisah ler Guru tadika ,guru sekolah rendah , guru sekolah menengah,guru agama,sifu hikmah,maha guru dan segala guru-guru yang pernah mengajar Ese walau sekecil zarah pun pelajaran yang di ajar....Kalo guru(pensyarah) diploma,ijazah,PHD dan master tu..Korang pun sama gak ler,walaupun Ese tak blajar sampai tahap I.P.T hanya tingkat 5 aje..Tak dapat daki lebih-lebih ler sebab tak layaklah bro....Apa-apa pun buat korang.....HANYA ALLAH MEMBALAS JASAMU....

BUAT KORANG SEMUA---(GURU-GURUKU)--JASAMU DIKENANG....

HADIAH YANG TERISTIMEWA FOR YOU ALL...(Al-fatihah)...Bagi yang masih hidup,semoga Allah memberkati rezeki zahir dan batin,panjang umur,berkah umur,murah rezeki,rahmat yang berkekalan didunia hingga Akhirat..Bagi yang dah pergi menemui ilahi,,Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dgn seluas-luas rahmat...Amin....

Apa-apa pun Ese minta maaf banyak-banyak kepada Guru-guru yang pernah mengajar Ese atau yang bengang dgn perangai nakal Ese di sekolah dahulu....GUA MINTA MAAF SAMA LU CIKGU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH...SOLY LO....He...he...Siap buat tawaf lagi kat sekolah...Nasib baik ler 2 pusingan kalo 7 pusingan...Sempurna sudahlah rukun Ibadah haji Ese kat sekolah dgn tawaf berihramkan(baju putih dan seluar hijau)....Di ikuti jemaah perempuan(cikgu) yang membawa rotan dgn baju ihramnya(baju kurung)dan wajah yang amat marah(cantik jugak Cikgu ni apabila tunjuk wajah geram dan marahnya)Nasib baik ada iman,kalo tak ada iman boleh tergoda tengok cikgu nih....He..he ..Dgn wajahnya yang Comel lagi menawan membawa rotan ditangannya terus-menerus mengejar Ese dan member...Sampai ke satu kelas dimana tempat budak-budak sekolah rendah blajar..Masa tu hanya 2 ke 3 orang sahaja budak-budak skolah rendah yang berada di kelas tersebut dan tiada kelibat cikgu yang mengajar..Ese pun mengambil kesempatan dan mencari tempat persembunyian untuk menyelamatkan diri daripada harimau yang sedang kelaparan.....

Ese pun memerhatikan budak sekolah tersebut dan memberi isyarat...Jangan bagitau Cikgu yang lalu kat sini k....Siap angguk kepala lagi budak tu...Apa lagi peluang dah ada depan mata....Berlindunglah kami di dalam kelas tersebut di sebuah meja guru yang berada betul-betul di hadapan kelas....Macam ikan masin kono mesin ajo....Maner tak yer,bau peluh lagi dan kepadatan yang terlalu padat.....

Detik-detik yang telah di nantikan oleh harimau betina yang sedang kelaparan mencari mangsanya....Ese pun mendengar ngaumannya dan setiap hentakan kakinya yang semakin hampir menghampiri tempat perlindungan kami..Ese dgn slumber donownya menenangkan diri supaya tidak berganjak untuk bertindak keluar dari tempat persembunyian tersebut...Semakin lama semakin dekat hentakan kakinya dan ngaumannya...

Cikgu pun bertanya pada budak skolah rendah tu..."ada nampak abang-abang kamu lalu disini tadi?...Memang dasar mulut tempayan punya budak!!!..Ingatkan selamat kat kelas budak ni...Siap ditunjuk lagi tempat persembunyian kami....Beginilah kisah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.....

Nasib baik le Ese tak jadi cikgu sekolah..kalo jadi cikgu,alamatnya jadi ributlah kat sekolah tu...Siap buat barbeqiu lagi kat hadapan sekolah...Maner-maner yang nakal tu siaplah....Di buat salai ayam atau satay panggang untuk Ese hidangkan kepada cikgu-cikgu yang budiman....

Beginilah seorang guru yang hebat dalam mendidik muridnya sampai buat tawaf kat sekolah lagi tu....Pengorbananan mereka dalam mendidik kita sehingga kita menjadi cerdik cendiakawan,Bijaksana,bekerjaya dan menjadi kita insan yang berguna...

UNTUK MU CIKGU-CIKGU...GUA TABIK SAMA KORANG KERANA GIGIH MENDIDIK KAMI DAN MENJADI DIRI KAMI INSAN YANG HEBAT......

TIADA HADIAH YANG ESE DAPAT BERI SEPERTI MANA BUDAK-BUDAK LAIN BERIKAN KEPADA KORANG...(GURU-GURU)

HANYA YANG TERISTIMEWA BUATMU AL-FATIHAH DALAM DOA INI...DALAM REDHA ALLAH,KESELAMATAN DARI ALLAH,RAHMAT ALLAH DIDUNIA HINGGA AKHIRAT....AMIN....

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU 2





RENUNGKANLAH....Subtotal for You All....


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

Bila lapar, yang suapkan aku..ibu..

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu

Bila nak bermanja.. aku dekati ibu

Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu

Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu

Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu

Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu

Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu


Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu

Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu

Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu.

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu..

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu..

Yang masih peluk dan cium aku sampai .hari ni.. Ibu..

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu..

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu..

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu.

Yang selalu puji aku.. Ibu..

Yang selalu nasihat aku.. Ibu..

Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu..


Aku ada pasangan hidup sendiri..

Bila seronok... aku cari pasanganku..

Bila sedih... aku cari Ibu..

Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku..

Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu..

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku..

Bila berduka, aku peluk erat Ibuku..

Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku..

Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu..

Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku..

Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu..

Selalu ..... aku ingat pasanganku

Selalu... Ibu ingat kat aku..

Bila..bila... aku akan talipon pasanganku...

Entah bila.. ...aku nak telefon Ibu...

Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku...

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku...


Renungkanlah "wahai anak-anak,abang-abang,adik-adik,mamat-mamat honsem kat luar tu,awek-awek cun yang molek kat luar tu,muslimin dan muslimat sekalian,:"Kalo korang sudah besar sehabis belajar dan berkerja...Dah mempunyai kerjaya yang baik dan sempurna..Apabila korang dah jadi org-org kenamaan,pegawai-pegawai besar,bos-bos besar,.. bolehkah korang kirim wang untuk Ibu???... Ibu bukan nak banyak pun... Lima puluh ringgit sebulan pun dah cukup"....Berderai air mata sekali pun..Tak dapat bayar setiap pengorbanannya.. Hari ini kalo lah Ibu mahu lima ratus sebulan pun Ese sanggup...Sepantas kilat Ese akan kirimkan padanya..Tapi ibu sudah tiada...Ese tidak berkesempatan lagi untuk membalas jasanya walau sekecil zarah pun... Bukan lima puluh ringgit...lima sen pun tiada guna lagi nak dikirimkan!!kalo yang masih ada tu,Ese dgn lafaz slumber donownya sampaikan pesanan,jangan mempersia-siakan peluang yang masih ada...Ini sahaja yang Ese mampu berikan pada si ibu......



For arwahi ummi anna frida bte elbat...(Al-fatihah)...Dan kepada ibu-ibu yang telah menemui ilahi.....For you all (Al-fatihah)...Dgn izin Allah yang maha luas dan kaya dgn rahmatnya di beri keamanan,keesejahteraan,keselamatan dan rahmatmu di dunia hingga ke akhirat....Amin Ya rabbil alamin...

Jumaat, 14 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU





ha.....dari episod pantai timur yang berserabai lagi rock yang kita tengok tadi tu....Tu tandanya Si anak nak ambil hati pada si ibu...Nampak Gate anak tu....Siap Cintan-cintun dgn mak plak..apa kes tu!....Kes berat tu tapi pasal ambil hati mak punya hal...NO Harm ma.....Janji hati mak bahagia,tenang dan gumbira..He..he..Senangilah hati mak kita walau pahit kita lalui...Inilah hadiah yang tak terhingga sehingga Allah menyaksikan kepahitan seorang anak kerana Ibu yang tersayang...Di sini ESE berpesan pada diri yang banyak merapu ni,dgn nada Rock slambernya ESE lontarkan kata-kata dari mulut yang mempersonakan ini...Kepada yang terkene tempias air liur masin nih,Faham-faham ler,secara subtotal untuk korang jugak ler...



Hormatilah mak,sayangilah mak seperti kita menyanyangi diri sendiri,jagalah hatinya jgn sampai terluka(ingat bro,luka di hati mak ni tak dak ubat ler,kalo korang tak percaye pi hospital,hospital punya canggih sekali pun meme tak do ubat,Kalo ubat penadol tu ado lah yo...Sebenarnya ubat hati yang terluka tu dah ada dalam diri anak itu sendiri..maka dgn ini YOU PIKIRLAH SENDIRI..)dgr lah nasihatnya walau pahit bagi kita nak terima dan hargailah setiap pengorbanannya....Tiada dapat kita membalas jasanya walau sezarah pun...Pijak semut tak mati beb...Yang tu IBU ler...Kalo ESE pulak pijak semut tu,dah tentu mati semuanya siap dibakar dgn litter jadi bahan eksperimen dalam makmal..he..he...Maner tak yer target dah dikesan...Tenyek abis-abis ler...

SO.....kenape ibu pijak semut,semut tu tak K.O????cuba hang pikir!

Beginilah kasih sayang ibu..Takkan pudar dgn nalurinya yang lemah lembut dan penuh dgn kasih sayang..Disini sifat seorang insan yang bernama ibu...Tumpahnya pengasih dan penyayang tu pada si ibu dgn asmanya>>(BISMILLAHIRAHMAANIRAHIM)...Hebat tu....sebab tu lah ibu pijak semut,semut tak mati...Sebab kasih sayangnya yang tak terhingga.... tak sampai hati nak tengok semut mati kot...Memang sayang giler si mak ni,mama,mami,mak dan ibu ni...
Apabila menjelang hari ibu ini,teringat ESE kepada seorang Insan yang ESE sayangi iaitu insan yang bergelar ibu...Sejarah silam ini takkan pernah luput dari ingatan ESE sampai bila-bila...Sebagai seorang anak yang hina ini ESE mengaku terlalu muda untuk menempuh perjalanan ini....Seusia muda ESE melaluinya dan dgn izinnya jua diperkuat diri ini untuk melaluinya......Tak lah mudah nak dirungkai dgn kata-kata dari apa yang terjadi di depan mata...Terasa berat beban yang dipikul dibahu dgn air mata yang berlinangan dan hati yang terpingga dgn apa yang terjadi..Apa betul apa yang ESE tgok?Air mata ESE terus berlinangan melihat seorang ibu terbujur di atas kerusi...Tiada apa yang mampu ESE katakan masa itu..Hanyalah yang keluar MAK"MAK"MAK bangun MAK"Ni anak mak...MAK bangun MAK"hati penuh dgn kepiluan tiada terkira...Tiada ESE dapat bayar setiap pengorbanannya yang dicurahkan kepada ESE sepanjang kehidupannya........


Hari khamis,malam jummat..Sehabis aku pulang dari surau..Aku dah merasa gusar dan binggung melihat keadaan ibuku(nazak) keadaan menunjukkan beliau akan pergi buat selama-lamanya....Aku dan 3 org adik beradik yang berada dirumah menjaga ibu yang sakit tenat...Sedangkan Ayah terpaksa pergi meninggalkan kami dengan melaksanakan tugasnya di kepulau sabah selama 3 bulan(OPERASI)...

Sebelum Ayah aku pergi operasi,beliau berpesan kepada aku dan adik beradikku "jagalah mak elok-elok yer"...Insya,Allah bapak akan datang sehabis 3 bulan ni!!"..Kalau ada masalah beritahu kat jiran ke atau kepada yang terdekat"..sabarlah dgn kerenah mak tu,mak tu sakit"jaga dia elok-elok"apa yang suruh ikutlah yer""..Dgn wajah ayah yang hambar dan pilu....

Apabila aku menatap wajah ayah,menunjukkan beliau terlalu berat untuk meninggal kami ber4 adik-beradik dirumah dgn mak yang sedang sakit...Walaupun berat untuk meninggalkan namun beginilah tugas seorang ayah yang menjaga keamanan dan keselamatan negara..Dgn hati yang berat terpaksa menanggungnya kepahitan hati yang tiada siapa yang tahu,terpaksa meninggalkan isteri yang tercinta...Perginya seorang isteri yang dicintai tanpa ditemani suami..Luluh beb....
Hati hiba dan terharu mengenang apa yang terjadi,sewaktu tu ayam mula dah berkokok antara maghrib dan isya...Ese perhatikan keadaan mak yang tenat dan keadaan nafas yang tersipu-sipu dan matanya yang liar....Dgn di temani zikir tasbih yunus yang beliau amalkan selama beliau sakit kedengaran dimulutnya...{La illaha illa anta subha naka ini kuntum minazalimin}...Antara terang dan samarnya zikir dilidahnya yang masih Ese dapat dengar dari telinga Ese..Ese mengajaknya untuk pergi Hospital,namun suaranya yang samar dan lemah mengelengkan kepala...Ese di temani abang dirumah dgn keadaan cemas dan hati yang bercampur baur....Apa yang harus dibuat???..Maklumlah masa tu lagi budak-budak ler...Tak tahu apa yang harus dibuat...Tiada siapa yang menemani masa tu,melainkan kami adik beradik sahaja...Sedih beb...
Dgn rahmat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,di izinkan Allah,ayam jiran di sebelah rumah kami berkokok bersahut-sahutan dari yang dekat hingga yang jauh..Berkokoknya ayam tu ada yang kecil bunyinya,ada yang besar bunyinya,ada yang kejahuan bunyinya tapi sayup-sayup sahaja...Setiap kokokan ayam tersebut berbalas-balas antara satu sama yang lain dari yang jauh hingga lah yang dekat... Ese hairan dgn alunan ayam tersebut dan terus Allah gerakan hati Ese yang menyatakan ibumu akan pergi selama-selamanya...Tersentak hati Ese apabila ada pentunjuk dari Allah... iaitu seorang pesuruh Allah iaitu golongan Malaikat maut untuk menjalankan tugasnya menjemput ibuku pergi menemuinya....Ese berhenti sejenak sambil mendengarnya dan terus memerhatikan ibuku yang terbujur diatas kerusi...Ese pun terus menyuruh abang untuk pergi menjemput jiran yang dikenali untuk datang kerumah....
Dalam Ese mengendong mak..Mak berkata dalam nada suara yang lemah dan tak tersusun..SIAPA NI???...Hati Ese tersentuh tiada terhingga dan menyatakan padanya ..Ini anak mak!!!..mak Ooo mak kenape ni mak???...jgn buat anak mak macam nih mak!!..jgn buat anak mak susah hati nih...ooo mak!!Mak!!..oo mak!!...Mak pun berkata :Mana bapak dah datang ke??..Belum datang lagi lah mak,,,mak sabar k,insya,allah esok bapak akan sampai!!....Dgn nada yang perlahan Ese menjawab pertayaannya dan hati yang sudah berderai..Ese mengusap dahi mak dan fikiran melayang-melayang entah kemana...Teringat Ese pada ayah...Hati berbisik :maner lah ayah ni lum sampai lagi....."emak dah tenat sangat nih"kesian kat mak"....Kalo di ikutkan,hari itu lah si ayah akan datang...Tapi kudrat dan iradat Allah mengatasi segala-galanya...Di takdirkan Allah pengakutan pacuan 4 roda rosak(TRAK)...terkandas di sabah...tiadalah dilihat kelibat ayah sewaktu pemergiannya...si isteri setia menunggu akan ketibaan suami yang dicintai...Luluh beb"
Seorang suami yang sudah sekian lama tidak melihat wajah isterinya yang disayangi....Inilah dikatakan kuasa Allah dgn sifatnya yang berkehendak,tiada dapat kita melawan takdirnya...Setiap titisan air mata Ese pertahankan lagi dgn hati yang hiba tidak terkira...Dgn perlahan Ese mengalihkan tubuh mak yang hampir jatuh di sudut kerusi ke posisi yang betul...Dilihat meja kecil dihadapan Ese dgn sebuah gelas yang berisikan air kosong...Ese pun memberinya sedikit air dan penadol.. Ese tanpa ragu-ragu menyentuh pergelangan tangannya sama ada masih ada denyutan nadinya.Alhamdulillah rupanya masih ada tapi tidak mampu membuatkan hati Ese tenang lagi...Dgn kesabaran dan air mata yang Ese pertahankan berlinang sendiri di pipi..Ese terfikir apa yang harus dibuat?"...Mencari jalan yang masih belum terjawab..
Dalam hati masih tertanya-tanya:"Macam mana nih,apa yang harus dilakukan???"...
Atas rahmat Allah yang maha penyantun pada hambanya...Tiadalah dia membiarkan hambanya begitu sahaja..Ditemani pekikan ayam yang sayup-sayup sahaja kedengaran di telinga....Tiba-tiba terpampan gambaran seolah-olah menyuruh Ese mengajarkan sesuatu pada mak...Di ilhamkan Allah akan kalimah tauhid untuk disampaikan kepadanya(la ila ha illah)...Entahlah kenapa hati Ese kuat sangat nak suruh mak ikut serta kalimah tauhid yang telah berpandukan dari gambaran dan ilham yang Allah berikan...Sedangkan masa tu Ese bukan lah arif sangat pasal agama pun apatah lagi tak pernah ada pengalaman sebegini....dgn hati yang berat sambil memegang kepalanya dan ditangan sebelah memegang gelas.....Dgn hati yang reda dan pasrah Ese pun mengajarnya kalimah tauhid yang Allah telah gambarkan dan dikutinya dgn nada yang lemah kedengaran di telinga Ese..Tiada tertahan diri ini apabila melihat insan yang tersayang di saat-saat menghembuskan nafasnya yang terakhir...Perginya ibuku menemui ilahi...Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku ketika itu.
Ese pun bingkas keluar dari rumah dan mencari sapa-sapa yang mampu membantu Ese dan adik beradik..Ese menyuruh abang supaya berada dirumah dan ese keluar dgn basikal pantas menuju jalan utama untuk mencari org yang dapat bantu...Beberapa minit nampak kelibat jiran saudara kawan ese sampai dan terus meluru kerumah...
Apabila Ese sampai dirumah Ese berusaha mengejutkannya dan memanggilnya..Supaya tidak mengecewakan anaknya yang ingin mendengar suaranya ibu yang tersayang..Tiada lain yang ese katakan padanya melainkan hanya memanggil Mak..Mak..Mak!..Bangun Mak!" dgn nada pilu dan sedih...Di temani dgn linangan air mata yang membasahi pipi dan jiran pun memerhatikan ibu dan kami adik beradik yang masih budak-budak bersama ibu yang terbujur di kerusi...Dgn linangan air mata Ese melihat jiran yang kunjung tiba dan ese menyatakan ibuku sudah tiada lagi...Inalillahi....
Teringat Ese ketika masa hidupnya beliau menjaga diriku dgn penuh kasih sayang tapi kini beliau tidak bersamaku lagi.Tiada lagi tempat Ese mengadu dan tiada lagi tempat untuk Ese bermanja dgn ibu lagi...Masih teringat Ese apabila kami gembira dia tersenyum,apabila Ese sakit dialah yang mengusap dahiku dan dialah yang dahulu menangis...Tiada Ese mampu bayar setiap pengorbanannya...

Inilah kali terakhir ese membelainya,bermesra dengannya,berkata-kata dgnnya dan menatap wajahnya.....Tiada terhingga rasa kasih sayangku padanya bak menatang minyak yang penuh ku curahkan kepadanya..Sanggupku renangi lautan gelora dilautan,sanggupku redahi ranjau liku bersamanya.Tiada terhingga hati ini bagaikan dihiris pisau sembilu...Masih bercucuran air kesedihan ini menanggungnya...Tiada Ese mampu berbuat apa-apa melainkan melihat dan reda apa yang terjadi....Inilah peluang Ese yang teramat-amat berharga dari segala-galanya..Walaupun perit di tanggung hati yang masih budak mentah untuk mengenali hidup yang sebenar..Di izin Allah untuk menatapnya wajahnya buat kali terakhir....Alhamdulillah atas rahmatmu jua...Ya Allah Ampunilah dosa ibuku dan tempatkanlah beliau didalam naungan rahmatmu di Akhirat kelak..Amin...
Kepada saudara dan saudari yang budiman...Berbuat baiklah pada ibu selagi mereka masih di depan mata..Buatlah mereka tersenyum dan janganlah lukai hati walau kecil sekali pun..Bersabarlah dgn kerenah mereka insya,Allah Allah akan beri yang terbaik untuk korang yang berbakti kepada ibu bapa...Belajar dan belajarlah dalam menyanyang ibu bapa kerana reda Allah itu terletak pada mereka...Itu adalah nikmat yang tidak terhingga yang Allah berikan kepada semua...Dan berbuat baiklah kepada anak-anak yatim kerana hidup mereka tidak merasa nikmat kasih sayang seorang ibu dan bapa..Jadilah kita diantara hamba yang Allah redai didunia hingga Akhirat....

Selasa, 27 April 2010

DIARI KEHIDUPAN(BALA-UJIAN)2-ZIKIR-INGAT ALLAH

Setiap manusia akan diuji dgn pelbagai pancaroba dan ranjau yang penuh dgn liku-liku kehidupan..Ado yang tajam macam duri,ado yang masam macam lemon dan banyak lagi story yang merapu yang ESE akan ketengahkan kat korang semua.....Terpulanglah kepada tahap-tahap kita sebagai hamba(khalifah)mentadbir bumi ini,tugas Allah beri kepada kita...Apabila ditimpa bala atau ujian yang sinonim menemani kita adalah,kekecewaan,kepahitan,kesakitan,kekurangan dan banyak lagi yang kurang menyenangkan...Sebenarnya apabila ia di timpa musibah maka lafaz lah innalillahi wa innallillahi ra ji un...Sobab lafaz zikir ni adalah amat sesuai dgn ape yang kita tanggung(bala)..Kebanyakan lafaz ini di gunakan untuk org yang dah pergi menemui Allah(meninggal dunia)...ado baik korang rujuk dalam Al-quran balik ler....Memang yer ini adalah lafaz yang disebut apabila kita mendengar berita kematian....ESE tak nafikan..Sebenarnya lafaz ini sesuai di lafaz oleh manusia yang menanggung ujian atau bala...Terdapat hikmah dan rahsia yang tersimpan dalam lafaz ini apabila kita melafaznya ketika ditimpa musibah..Berkaitan hikmah dan rahsianya hanya Allah dan org yang diberi pengetahuannya yang tahu..Dgn nada Slumbernya,ESE amat mensyorkan amalan ini...


Ado jugak yang mengamal zikir subhanallah...Ini adalah zikir para rasul atau nabi yang di timpa musibah.Sebagai contoh zikir tasbih nabi yunus,dimana Nabi yunus a.s diberi hukuman kerana meninggalkan kaumnya sebelum di perintahkan untuk pergi....Rasullullah S.A.W..amat mengalakkan zikir ini bagi yang di timpa kesusahan.....Korang yang Ahli tafsir Al-quran,ESE amat galakan menafsir zikir ini kerana terdapat hikmah dan rahsia yang tersimpan yang masih belum dapat kita terjah....Lagi ESE nak gali Zikir ni pakai cangkul,cangkul patah plak.Cari mamat kebun nak pinjam,kedekut plak...Tak pasal-pasal kono gali pakai tangan lah ni....He...he.....Pasti yang mengalinya ada jumpa jawapannya..ESE buka story sikit untuk korang semua....Huraian berkaitan Istighfar nabi yunus.....Yang utamanya dalam diri kita adalah sifat manusia yang mudah putus asa...Memang pasti apabila kita ditimpa musibah kita akan mudah putus asa(Putus asa dari rahmat Allah)...Sedangkan Allah luas rahmatnya dari murkanya dgn asmanya yang maha penyabar...Dia sabar dgn kerenah manusia yang membuat kerosakan di muka bumi yang dia inginkan manusia untuk mentadbirkan dunia ini...Dia menahan murkanya dgn sifatnya yang maha penyabar lah beb..Allah bersabar dgn kerenah manusia tapi kita tidak mampu untuk menerima Qada-Qadarnya..Memang pahit untuk kita terima...Ini lah dikatakan sebagai hamba yang masih punyai kelemahan dan serba kekurangan.Jangan lupa bleh amal zikir ni 1000x 1 hari..amalkan dgn istiqomah...


Zikir Istigfar nabi Adam a.s. pun baik diamal...Zikir ini amat ESE galakan kerana ianya adalah berbentuk keampunan.....Dimana Adam a.s dan hawa ditimpa musibah atas kesalahan mereka sendiri yang di tipu oleh Iblis....Dari tempat yang mulia(syurga) terus go dunia yang penuh dgn kesusahan...Dari hidup yang senang dalam syurga tiba2 go dunia yang banyak kesulitan dan pancaroba.....Memang perit untuk kita menghadapinya tapi atas nama Allah yang maha luas rahmatnya pada hambanya,ia beri beberapa berita gembira bagi yang bersabar dalam musibah yang di timpa padanya..Jangan bimbang ma,Tuhan tu maha pengasih lagi maha penyayang pada hamba..Dia tahu kemampuan seseorang itu dan limit nya..


Biasanya bagi yang kuat agamanya,makin meningkatlah imannya dan makin banyaklah ujiannya......Bagi yang makam Arif billah mereka akan terima apa yang diberikan walau pun baik atau buruk sekali pun,hati mereka bercahaya dan bersinar-sinar umpama permata yang putih bersih...Petikan dari kata pujangga mamat jiwang..(Kalau tak kenal maka tak cinta)HE...HE...agak-agak ler,kalo dah mamat kumbang bercouple dgn minah bunga di taman bunga,jiwang karat pun menyelubungi di sekitarnya dgn ayat-ayat bunga yang karat macam besi rell keretapi diluahkan,air liur meleleh sampai ke dagu apabila terpandang wajahnya,telinganya pulak di hiasi dgn bunga-bunga cinta dan hatinya yang berdetum-detum laju rancak penuh tanda tanya..Dio cinta kat aku ker!..Hmm...Dah kemaruk dah!!!...Dalam rindu yang memuncak-muncak dan cinta yang mendalam menusuk qalbu....Cubit-cubitan pun tak terasalah beb,,macam semut lah kononnnya....He..he..dimudahkan story minah bunga buang angin(kentut) depan muka mamat kumbang ni dgn baunya sepert telur buruk 10 tahun diperam...Apo korang pasti si mamat ni tutup hidung!Memang pasti tutup hidung ma..dah bau macam telur buruk....Tapi ape kesudahannya kalo yang dah kemaruk ombak cinta.....hmm wangi yer kentut awak....He..faham-faham ler dah di landa ombak cinta tu..Mandi tak basah,tidur tak lena makan tak kenyang dan lautan sanggup aku renangi......Hmm berani buat ker mamat kumbang tu..Perg..Jangan cakap ajo lah yo..Kono tunjukkan gak kemacoan korang tu,......Begitu lah kalo dah kenal Allah dan terbit cinta pada ilahi dalam diri sehingga kita di timpa keburukkan kita akan bersabar dan reda akan ketentuan ilahi.....Sape-sape yang dah tahap super sanya 10 ni,GUA tabik sama LU 1000x kali aje kot,tak yah lebih-lebih ler,kang angkat idung plak dah...Huhu.....Allah beri kekuatan bagi yang dah kenal atau cinta padanya untuk mengharungi pancaroba ini....Ini lah di katakan rahmat.sayang tidak bertepi kasih tidak berkurang pun...sayangnya bagaikan menatang minyak yang penuh...Penuh tu...

Tanpa kenal dan cinta kita pada Allah tiadalah kita dapat menikmati kebahagian yang hakiki di dunia hingga ke Akhirat.Beginilah keadaan mereka sehingga melupakan segala kepahitan dan keperitan ujian yang telah di lalui...Begitu hebatnya kuasa cinta yang dinamakan cinta hakiki dan abadi....Cinta yang amat mendalam mengatasi segala-galanya di alam ini.....He..He....sama-sama lah berusaha untuk mencapai tahap Mahabbah...(bak kata org tua-tua dulu-KALAU NAK SERIBU DAYA,KALAU TAK NAK SERIBU DALIH....

YANG PASTINYA KITA BANYAK YANG BERDALIH....

Apabila disuruh berzikir pasti banyak yang merunggut....Ada yang cakap malas ler,ada yang cakap banyak tu 1000x satu hari,ada yang cakap tak ada masa lah dan banyak lagi ayat-ayat bengang yang diluahkan....Malu lah beb sedangkan setiap apa yang ada di langit dan bumi sentiasa mengingatinya....Lagi Ulat merah Allah ilhamkan Zikir fatimah sebanyak 1000x di siang hari,selawat ummi 1000x dimalam hari...Inikan kita yang Allah muliakan dari makhluk2 yang lain..Matahari sentiasa mengingati Allah dgn menurut perintah supaya mengikut paksinya dan diberi tugas untuk menerangi setiap sudut alam semesta sehingga kita tenang dgn hari siangnya....Berzikirnya bintang-bintang dilangit dgn mengerlip-gerlipkan dirinya dgn cahayanya yang cantik menghiasi dimalam hari..Sejuk mata ESE apabila tengok langit yang indah dan tersergam indah ni..(Apo kata org tu..Sonang mata memandang)...Beginilah sehari-harian mereka mengingati Allah dgn cara yang tersendiri....Tiada mereka lalai dgn perintahnya dan tiada mereka lupa akan si pencipta mereka...Makin hari,makin hebat zikir mereka...Tak seperti kita makin hari,makin kurang dan terus hitam hati tu..Ada baiknya beli clorot bagi cuci hati tu..Zaman sekarang dah banyak produk clorot yang berkualiti dipasaran..Bleh pilih yang maner yang terbaik..Sebenarnya clean yer adalah zikir aje..Nampak mudah tapi payah di buat........Tapi budak-budak sekarang,kalo suh pi date dgn awek,fuh bukan main laju lagi tak kira hujan beb....Hujan sanggup aku redahi.Perghh...Kalo suh pi masjid,haa....macam-macamlah ayat bengap yang dikeluarkan...memang bengap ayat-ayat yang dikeluarkan....bagi poning kepala ajo...

Insya,Allah apabila dirimu mengingatinya nescaya dia akan mengingatimu...Sehingga Allah mengurniakan dalam dirinya yang ditimpa bala dgn kecekalan dan kesabaran..Inilah nikmat kurniaan Allah pada hambanya dgn rahmatnya yang luas..Diberi Allah kesabaran dgn asmanya YA SABBOR pada hambanya untuk menerima apa jua musibah yang menimpa...Tiadalah mudah untuk kita mengharungi ujian atau bala dalam hidup ini tanpa Allah izinkan dalam diri kita dgn kecekalan dan kesabaran..Inilah kekuatan yang sebenar dalam hidup iaitu bersabar atas bala musibah..Begitulah rahmat Allah yang luas tidak bertepi...Ingat beb...Allah itu bersama2 org2 yang bersabar...Seperti pengalaman seorang pelajar IPT yang bernama syamimi dan telah Allah bukakan hijabnya berjumpa dgn Rasullullah S.A.W.. Rasulullah S.A.W berpesan dan berkata padanya,"bersabarlah,sesungguhnya Allah itu bersama org-org yang bersabar"..

Story akan bersambung....

Selasa, 6 April 2010

DIARI KEHIDUPAN(bala-ujian)1-PENGENALAN

Ya Allah,Salam sejahtera buat yang teragung rasullullah S.A.W,para kluarga dan para sahabatnya..Alhamdulillah dgn rahmatnya yang asmanya Ya Rahman,Ya rahim...dan Ya Maha berbilang2 dgn keagungan dan kebesarannya....Isya,Allah terbuka hati Ese nak kongsi sdikit story yang bertajuk (DIARI KEHIDUPAN) kat korang semua......

Begini ceritanya...Pada suatu hari,ketika Ese berada dlm keadaan slumber dononya di sebuah tempat yang dikira o.k jugak ler...Taman Ujian(HOSPITAL)He..he....Ese diberi pengalaman dan pengajaran(ilham)iaitu berkaitan dgn ujian atau bala...Ketika itu Ese pun ditempatkan disuatu taman yang penuh dgn kepiluan dan duka..Secara subtotalnya kepahitan mulai terasa pada diri ESE yang melihat keadaan patient disekelilingnya..(Fuh pahitnya)..Ese pun terus diberikan tempat rehat yang sinonim dikatakan Rumah sakit (hospital lah beb)....Tengah gah berdiri...sampai sana...terbembeng gak le....He..he...Dimana Ese membuat temu janji untuk membuang dawai dikepala lutut yang sudah bertapak setahun lebih..(Nampak simple tapi memberi kesan pada ESE)..Alhamdulillah dgn izin Allah,dia berkehendak untuk Ese memkainya dan dia pula yang berhak untuk membuangnya atas rahmatnya jua...Selamat di ijab kalbu dan dibuang...Good bye dawai yang pernah memberi pelajaran yang berguna pada ESE.He..He..Thank you Allah...

Ketika ESE berada dalam taman ujian itu,dengan mata yang liar ESE memerhatikan keadaan sekeliling...Apabila toleh kanan,alomak mamat cina tengah lepak plak bersama dancing dikakinya yang tergantung....Macam timbang dacing lah plak....Dgn mimik muka yang penuh mendalam(hambar dan kecewa)...Tengah syok perhatikan gelagat dia ni..ESE pun toleh kekiri,Alomak ada Mamat hensem bersama antena NTV 7 dikaki kirinya beserta seyuman slumbernya senyum kat ESE..apo lagi ESE pun balas le......kan sedokah senyum tu......Jgn pikir bukan2 ler plak....Kang kono kang....Buku 5 yang di cop rasmi,tak pasal-pasal kene penumbuk le.....Biasalah beb wad ortho katakan....Kebanyakannya patah sini dan patah sana,berdezup sini,berdezup sana.Semuanya leh dikatakan ada masalah patah tulang dan seangkatan dgnnya....Ada yang macam tangan berbungus le,ada yang jalan macam robot korp dgn kaki bersimen,ada yang pakai kerusi roda le and banyak lagi rangamnya..(biasalah dalam ujian atau bala)..Apo lagi yang ESE duduk sekali dalam taman tu terkono gak tempias mereka ni......(MASAM BERCAMPUR PAHIT)agak-agak ler tak kan sedap kot....Ape yang pasti inilah dikatakan ujian atau bala..Rasa terharu bercampur baur mengenangkan ape yang telah dilalui...Kasian gak ler apabila bila kita melihat mereka nih dalam mnanggung ujian atau bala..Tapi apa pun kita tak boleh buat ape2 laa....APADAA kita nih tengok aje lah kot...Dalam lepak-lepak bersama mereka nih...Nasib baik le dalam taman tu ada bunga,berseri jugak taman tersebut dgn bunga yang penuh warna warni dan wangian yang berbagai aneka(Nurse le)..kalau tak bertambah sakit le patient nih.....kalo bunga ajo cantik tak guna jugak kalau tak ade wanginya....Kombinasi baik untuk korang..(Nurse)...Ado baiknya korang bagilah senyuman yang indah kat patient...Sekurang2nya dapat le mengurangkan penderitaan mereka ni kot....kan dapat pahala tu,Saham akhirat le...JGN kedekut plak NIKMAT TUHAN ni.....Kalau bunga yang cun meletup tu,tak yak lah senyum lebih-lebih,kang angau plak patient kat hospital tu macam hilang keruan...Memadai lah dengan senyuman dan keikhlasan...Hati2 ler dgn senyuman ikhlas ni leh menusuk qalbu...He...he

Oklah berbalik kepada cerita asal....Biasanya ujian,bala atau musibah adalah ciptaan Allah khas untuk makhluknya dimuka bumi dan seangkatan dgnnya....Dimana musibah adalah satu fenomena atau keadaan yang tidak disukai dihati manusia itu sendiri.....Ada yang mengalami ujian dgn kesenangan dan ada juga mengalami ujian dgn kesukaran...mengikut kehendak ALLAH dan kemampuan manusia itu sendiri....Tidak ALLAH memberatkan sesuatu beban itu melainkan ia berkemampuan untuk memikulnya......Kan ALLAH tu maha bijaksana lagi maha tinggi pengetahuannya,dia tahu mana yang baik untuk hambanya dan mana yang tak baik untuk hambanya...Memang nampak buruk pada manusia tapi baik pada padangan ALLAH S.W.T...

Sebagai contoh..Seorang ayah dan seorang anak pergi kedai aiskrim...Sedangkan Si ayah tadi tahu si anak tak boleh makan ais krim atas sebab sakit asma...Dalam masa tu anak dia melihat aiskrim di dalam peti, ape lagi meleleh ler air liur anak ni tengok aiskrim ni yang nampak sodap aje..Tapi malangnya Ayahnya melarang untuk membelinya.Sampai meraung si Anak ni menangis kerana sungguh2 nakkan Aiskrim tersebut...Si Ayah nih tetap dgn pendirianya..Kesian jugak dgn si Anak ni mengalami penderitaan batin yang mencengkam untuk mendapatkan Aiskrim tersebut..Tapi sia-sia aje..HAI BYE BYE le..Yang pastinya Si anak ni berkehendak tapi Si Ayahnya tidak berkehendak untuk anaknya makan Aiskrim...Atas sebab;;


  1. Anak ni tidak tahu yang dia sakit asma cuma si Ayah yang tahu.

  2. Anak ni tidak tahu aiskrim tu dapat memudaratkan dirinya kerana masalah kesihatan.

Atas sebab ni lah Si Ayah melarang untuk membelinya...Kan sayang namanya tu,si Ayah tak bagi change kat anaknya makan Askrim kerana Si ayah kasih dan sayang kepadanya,walaupun derita batin ditanggung oleh anaknya...Setiap apa yang kita dapat tidak semestinya baik untuk kita dan setiap apa yang buruk itu tidak semestinya buruk untuk kita,Bahkan ada hikmah dan rahsianya di sebalik kesusahan dan kesenangan kita...Cuma kita tidak tahu apa sebab Allah beri bencana pada kita...ALLAH yang maha mengetahui sahaja tahu kenapa kita di beri bala atau ujian berkaitan sakit,susah,kepayahan,keperitan,kekurangan,ketakutan dan sebagainya....Dia mengetahui yang terbaik untuk kita....Kan ilmu Allah ni luas dari ilmu kita yang kerdil nih...Biasanya para rasul dan para wali sahaja melalui ujian berat di bandingkan org awam seperti kita...kerana Allah kasihkan mereka....Sebenarnya Allah tidak seberono aje nak bagi bala pada kita kecuali ada sebab yang tersurat dan tersirat yang dia simpan untuk hambanya.....


  1. kerana dosa-dosa yang lampau(melampaui batas)



  2. kerana kita lalai dan lupa padanya.(org tgh solat dia plak lagi syok bertumbuk dalam game)..



  3. kerana menguji tahap iman sesseorang(x kisah level wali ke,level muntaha ke,arif billah ke,ahli zikir ke,ustaz,mamat jiwang ke atau sebagainya)...

  4. kerana Allah sayangkan dia.....

  5. kerana Allah sahaja yang tahu apa sebab musababnya yang kita tidak mampu terjah berkaitan ilmu Bala ini...Allah sahaja tahu hikmah dan rahsianya...

1.kita di beri bala atas sebab dosa-dosa yang lampau......Setiap manusia memang banyak kesilapan mahupun sedar atau tidak,mahupun dosa besar atau dosa kecil....Termasuk diri ESE nih yang tak terlepas dari dosa-dosa....Apabila di uji oleh Allah bersangka baiklah pada Allah yang maha penyatun(pengasih lagi maha penyayang)...Kerana dgn bersangka baik sahaja kita dapat menerima qada dan qadar yang di tentukan oleh Allah....Allah S.W.T tidak zalim pada makhluknya,tapi kita yang menzalimi diri sendiri...Harus di ketahui apabila seorang yang berdosa itu menerima bala,ianya adalah kifarah keatas dirinya...(keampunan Allah dari segala dosa-dosa yang lampau)..penyucian diri dari dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil...Dimana Allah letakkan martabat hamba Allah ini pada bala yang dilaluinya sebagai penyucian diri..(keampunan)..So apabila seorang hamba Allah itu sudah dapat hidayah dari bala tersebut,maka jangan lah berlengah-lengah sebab Allah nak bagi peluang pada kita untuk memperbaiki diri....Kene lah kita muhasabah diri dari segala kesilapan di sertakan Solat taubat nasuha dan solat hajat...Apabila Allah ingin memperbaiki diri hambanya nescaya dia akan diuji...Kan baik Allah tu,dia tak nak bagi kita susah2 kat akhirat ler.....


2.kita diberi bala atas sebab kita lalai atau lupa.....He..He...melayu mudah lupa...(slogan Perdana menteri kita yang tersohor)..Memang kita selalu lupa dan alpa..Tgh Bilal melaungkan Azan Isya kat masjid,kita plak bertengek mengadap kayu,meja dan bolanya di kodai snuker...tgh syok tengok bola merah masuk....Tak sedar plak dah jam pukul 5.00pagi...lama wo...dah masuk waktu subuh le....org berqiamulai tgh malam...Yang kito plak berqiamulai dgn kayu snukeer...memang alpa lah beb...Apabila kita di uji allah dgn bala,mungkin kerana kita lupa padanya,padahal dia selalu mengingati kita dalam jangka masa 5 waktu....Subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak...Berapa ramai yang dapat buat benda nih...ESE pun lum lulus lagi ler....Hanya cakap tak serupa bikin ma...Di sini Allah beri hidayah dari bala untuk mengoreksi diri kita yang alpa dan lupa supaya berbalik kepadanya...Innalillah..Kembali pada Allah...Allah ingin menyedarkan kita supaya kita tidak lalai dgn dunia yang fana...KAN KASIH SAYANG NAMANYA TU....Jgn buruk sangka pada Allah S.W.T...


3.kita di beri bala atas sebab Allah ingin mengujinya keimanan....Berapa ramai org yang berilmu mampu menerima qada dan qadar ni...Ada yang terkandas dan ada yang meningkat imannya.Kalau yang terkandas maka rugi lah dia dan kalau yang bersabar maka beruntunglah dia dalam menempuh ujian Allah....Biasanya bagi yang arif billah(mengenal Allah)mereka tidak terlalu gembira atas nikmat dan tidak pula berduka dalam bala musibah...dimana mereka mengenali Allah..Semakin di uji semakin menebal imannya...Sebab tu apabila Allah ingin mengenali dirinya, nescaya ia akan memperkenalkan dirinya(bala)...Tinggi mana pun ilmu seseorang itu,apabila Allah menguji dgn kesenangan dia bersyukur dan apabila ditimpa musibah dia mengeluh..Maka sia-sia aje lah.....Allah ingin menilai diri kita,sama ada kita beriman atau tidak......Sebenarnya dalam islam dah nyata Rukun iman...Iaitu beriman kepada Qada dan Qadar...Di sini Allah ingin melihat siapakah yang jujur dalam beriman pada Allah S.W.T..(ikhlas ler)..bersyukur atas nikmat dan bersabar atas bala bencana.....Rela dan redha dgn ketentuan ilahi.....semakin kuat agamanya semakin besarlah ujiannya....Ape2 pun semoga Allah memberi kita kekuatan pada kita semua untuk melaluinya...Insya,Allah...

4.Kita diberi bala(ujian)atas sebab Allah sayangkan hambanya.....Allah menguji kerana sayang,betapa Allah sayangkannya hambanya sehinggakan Allah menyelamatkannya daripada menimpa musibah yang lebih besar,iaitu Qada dan Qadar(takdir)....Dimana sudah tercatat dalam kitab Luh mahfuz yang menyatakan org ini akan kena musibah yang besar seperti kemalangan..Tapi Allah selamatkan dia daripada musibah yang besar dan menukarkan musibah yang lain atas rahmat dan kasih sayangnya...Sayangnya tidak bertepi pun,kasihnya tidak berkurang pun..Disini tiada siapa yang mampu menghindarkan sesuatu mudharat tersebut melainkan Allah itu sendiri....Nak suruh pangkat diraja sekali pun nak setel problem kita pun lum tentu dapat diselesaikan...Tiada yang memberi kesan melainkan dgn izin Allah itu...Yakin lah padanya,minta lah pada ku nescaya aku akan perkenankan....Allah tu tak kedekut pun...Kite aje yang kedekut berdoa....Allah kan maha kaya dan maha memberi....So lu pikir lah sendiri....


5.Kita diberi ujian atau bala atas sebab Allah berkehendak untuknya mengenali dirinya kepada hambanya yang diuji,dimana kadang2 ujian itu tidak dapat kita tafsirkan apa sebab musababnya.Disini kita tidak mampu menerjah hikmah dan rahsia Allah itu sendiri.Allah itu mengetahui kenapa ujian(bala) itu baik untuk kita..Allah kan maha tinggi dan luas pengetauannya.Maka faham-faham ler...Wallah hu,Allam...Yang maha mengetahuinya adalah Allah S.W.t sendiri..Yang ni ESE lum mampu terjah lagi lah beb...He..he...

story akan bersambung.............