Rabu, 19 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU(DIARI ESE)

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang pernah mengajar Ese dari Alif sampai Ya..Dari A sampai Z....Dari tak tau apa-apa kepada bijaksana...Hanya Al-fatihah yang Ese hadiahkan kat korang semua(guru-guru)....Tak kisah ler Guru tadika ,guru sekolah rendah , guru sekolah menengah,guru agama,sifu hikmah,maha guru dan segala guru-guru yang pernah mengajar Ese walau sekecil zarah pun pelajaran yang di ajar....Kalo guru(pensyarah) diploma,ijazah,PHD dan master tu..Korang pun sama gak ler,walaupun Ese tak blajar sampai tahap I.P.T hanya tingkat 5 aje..Tak dapat daki lebih-lebih ler sebab tak layaklah bro....Apa-apa pun buat korang.....HANYA ALLAH MEMBALAS JASAMU....

BUAT KORANG SEMUA---(GURU-GURUKU)--JASAMU DIKENANG....

HADIAH YANG TERISTIMEWA FOR YOU ALL...(Al-fatihah)...Bagi yang masih hidup,semoga Allah memberkati rezeki zahir dan batin,panjang umur,berkah umur,murah rezeki,rahmat yang berkekalan didunia hingga Akhirat..Bagi yang dah pergi menemui ilahi,,Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dgn seluas-luas rahmat...Amin....

Apa-apa pun Ese minta maaf banyak-banyak kepada Guru-guru yang pernah mengajar Ese atau yang bengang dgn perangai nakal Ese di sekolah dahulu....GUA MINTA MAAF SAMA LU CIKGU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH...SOLY LO....He...he...Siap buat tawaf lagi kat sekolah...Nasib baik ler 2 pusingan kalo 7 pusingan...Sempurna sudahlah rukun Ibadah haji Ese kat sekolah dgn tawaf berihramkan(baju putih dan seluar hijau)....Di ikuti jemaah perempuan(cikgu) yang membawa rotan dgn baju ihramnya(baju kurung)dan wajah yang amat marah(cantik jugak Cikgu ni apabila tunjuk wajah geram dan marahnya)Nasib baik ada iman,kalo tak ada iman boleh tergoda tengok cikgu nih....He..he ..Dgn wajahnya yang Comel lagi menawan membawa rotan ditangannya terus-menerus mengejar Ese dan member...Sampai ke satu kelas dimana tempat budak-budak sekolah rendah blajar..Masa tu hanya 2 ke 3 orang sahaja budak-budak skolah rendah yang berada di kelas tersebut dan tiada kelibat cikgu yang mengajar..Ese pun mengambil kesempatan dan mencari tempat persembunyian untuk menyelamatkan diri daripada harimau yang sedang kelaparan.....

Ese pun memerhatikan budak sekolah tersebut dan memberi isyarat...Jangan bagitau Cikgu yang lalu kat sini k....Siap angguk kepala lagi budak tu...Apa lagi peluang dah ada depan mata....Berlindunglah kami di dalam kelas tersebut di sebuah meja guru yang berada betul-betul di hadapan kelas....Macam ikan masin kono mesin ajo....Maner tak yer,bau peluh lagi dan kepadatan yang terlalu padat.....

Detik-detik yang telah di nantikan oleh harimau betina yang sedang kelaparan mencari mangsanya....Ese pun mendengar ngaumannya dan setiap hentakan kakinya yang semakin hampir menghampiri tempat perlindungan kami..Ese dgn slumber donownya menenangkan diri supaya tidak berganjak untuk bertindak keluar dari tempat persembunyian tersebut...Semakin lama semakin dekat hentakan kakinya dan ngaumannya...

Cikgu pun bertanya pada budak skolah rendah tu..."ada nampak abang-abang kamu lalu disini tadi?...Memang dasar mulut tempayan punya budak!!!..Ingatkan selamat kat kelas budak ni...Siap ditunjuk lagi tempat persembunyian kami....Beginilah kisah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.....

Nasib baik le Ese tak jadi cikgu sekolah..kalo jadi cikgu,alamatnya jadi ributlah kat sekolah tu...Siap buat barbeqiu lagi kat hadapan sekolah...Maner-maner yang nakal tu siaplah....Di buat salai ayam atau satay panggang untuk Ese hidangkan kepada cikgu-cikgu yang budiman....

Beginilah seorang guru yang hebat dalam mendidik muridnya sampai buat tawaf kat sekolah lagi tu....Pengorbananan mereka dalam mendidik kita sehingga kita menjadi cerdik cendiakawan,Bijaksana,bekerjaya dan menjadi kita insan yang berguna...

UNTUK MU CIKGU-CIKGU...GUA TABIK SAMA KORANG KERANA GIGIH MENDIDIK KAMI DAN MENJADI DIRI KAMI INSAN YANG HEBAT......

TIADA HADIAH YANG ESE DAPAT BERI SEPERTI MANA BUDAK-BUDAK LAIN BERIKAN KEPADA KORANG...(GURU-GURU)

HANYA YANG TERISTIMEWA BUATMU AL-FATIHAH DALAM DOA INI...DALAM REDHA ALLAH,KESELAMATAN DARI ALLAH,RAHMAT ALLAH DIDUNIA HINGGA AKHIRAT....AMIN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan