Jumaat, 14 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU





ha.....dari episod pantai timur yang berserabai lagi rock yang kita tengok tadi tu....Tu tandanya Si anak nak ambil hati pada si ibu...Nampak Gate anak tu....Siap Cintan-cintun dgn mak plak..apa kes tu!....Kes berat tu tapi pasal ambil hati mak punya hal...NO Harm ma.....Janji hati mak bahagia,tenang dan gumbira..He..he..Senangilah hati mak kita walau pahit kita lalui...Inilah hadiah yang tak terhingga sehingga Allah menyaksikan kepahitan seorang anak kerana Ibu yang tersayang...Di sini ESE berpesan pada diri yang banyak merapu ni,dgn nada Rock slambernya ESE lontarkan kata-kata dari mulut yang mempersonakan ini...Kepada yang terkene tempias air liur masin nih,Faham-faham ler,secara subtotal untuk korang jugak ler...



Hormatilah mak,sayangilah mak seperti kita menyanyangi diri sendiri,jagalah hatinya jgn sampai terluka(ingat bro,luka di hati mak ni tak dak ubat ler,kalo korang tak percaye pi hospital,hospital punya canggih sekali pun meme tak do ubat,Kalo ubat penadol tu ado lah yo...Sebenarnya ubat hati yang terluka tu dah ada dalam diri anak itu sendiri..maka dgn ini YOU PIKIRLAH SENDIRI..)dgr lah nasihatnya walau pahit bagi kita nak terima dan hargailah setiap pengorbanannya....Tiada dapat kita membalas jasanya walau sezarah pun...Pijak semut tak mati beb...Yang tu IBU ler...Kalo ESE pulak pijak semut tu,dah tentu mati semuanya siap dibakar dgn litter jadi bahan eksperimen dalam makmal..he..he...Maner tak yer target dah dikesan...Tenyek abis-abis ler...

SO.....kenape ibu pijak semut,semut tu tak K.O????cuba hang pikir!

Beginilah kasih sayang ibu..Takkan pudar dgn nalurinya yang lemah lembut dan penuh dgn kasih sayang..Disini sifat seorang insan yang bernama ibu...Tumpahnya pengasih dan penyayang tu pada si ibu dgn asmanya>>(BISMILLAHIRAHMAANIRAHIM)...Hebat tu....sebab tu lah ibu pijak semut,semut tak mati...Sebab kasih sayangnya yang tak terhingga.... tak sampai hati nak tengok semut mati kot...Memang sayang giler si mak ni,mama,mami,mak dan ibu ni...
Apabila menjelang hari ibu ini,teringat ESE kepada seorang Insan yang ESE sayangi iaitu insan yang bergelar ibu...Sejarah silam ini takkan pernah luput dari ingatan ESE sampai bila-bila...Sebagai seorang anak yang hina ini ESE mengaku terlalu muda untuk menempuh perjalanan ini....Seusia muda ESE melaluinya dan dgn izinnya jua diperkuat diri ini untuk melaluinya......Tak lah mudah nak dirungkai dgn kata-kata dari apa yang terjadi di depan mata...Terasa berat beban yang dipikul dibahu dgn air mata yang berlinangan dan hati yang terpingga dgn apa yang terjadi..Apa betul apa yang ESE tgok?Air mata ESE terus berlinangan melihat seorang ibu terbujur di atas kerusi...Tiada apa yang mampu ESE katakan masa itu..Hanyalah yang keluar MAK"MAK"MAK bangun MAK"Ni anak mak...MAK bangun MAK"hati penuh dgn kepiluan tiada terkira...Tiada ESE dapat bayar setiap pengorbanannya yang dicurahkan kepada ESE sepanjang kehidupannya........


Hari khamis,malam jummat..Sehabis aku pulang dari surau..Aku dah merasa gusar dan binggung melihat keadaan ibuku(nazak) keadaan menunjukkan beliau akan pergi buat selama-lamanya....Aku dan 3 org adik beradik yang berada dirumah menjaga ibu yang sakit tenat...Sedangkan Ayah terpaksa pergi meninggalkan kami dengan melaksanakan tugasnya di kepulau sabah selama 3 bulan(OPERASI)...

Sebelum Ayah aku pergi operasi,beliau berpesan kepada aku dan adik beradikku "jagalah mak elok-elok yer"...Insya,Allah bapak akan datang sehabis 3 bulan ni!!"..Kalau ada masalah beritahu kat jiran ke atau kepada yang terdekat"..sabarlah dgn kerenah mak tu,mak tu sakit"jaga dia elok-elok"apa yang suruh ikutlah yer""..Dgn wajah ayah yang hambar dan pilu....

Apabila aku menatap wajah ayah,menunjukkan beliau terlalu berat untuk meninggal kami ber4 adik-beradik dirumah dgn mak yang sedang sakit...Walaupun berat untuk meninggalkan namun beginilah tugas seorang ayah yang menjaga keamanan dan keselamatan negara..Dgn hati yang berat terpaksa menanggungnya kepahitan hati yang tiada siapa yang tahu,terpaksa meninggalkan isteri yang tercinta...Perginya seorang isteri yang dicintai tanpa ditemani suami..Luluh beb....
Hati hiba dan terharu mengenang apa yang terjadi,sewaktu tu ayam mula dah berkokok antara maghrib dan isya...Ese perhatikan keadaan mak yang tenat dan keadaan nafas yang tersipu-sipu dan matanya yang liar....Dgn di temani zikir tasbih yunus yang beliau amalkan selama beliau sakit kedengaran dimulutnya...{La illaha illa anta subha naka ini kuntum minazalimin}...Antara terang dan samarnya zikir dilidahnya yang masih Ese dapat dengar dari telinga Ese..Ese mengajaknya untuk pergi Hospital,namun suaranya yang samar dan lemah mengelengkan kepala...Ese di temani abang dirumah dgn keadaan cemas dan hati yang bercampur baur....Apa yang harus dibuat???..Maklumlah masa tu lagi budak-budak ler...Tak tahu apa yang harus dibuat...Tiada siapa yang menemani masa tu,melainkan kami adik beradik sahaja...Sedih beb...
Dgn rahmat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,di izinkan Allah,ayam jiran di sebelah rumah kami berkokok bersahut-sahutan dari yang dekat hingga yang jauh..Berkokoknya ayam tu ada yang kecil bunyinya,ada yang besar bunyinya,ada yang kejahuan bunyinya tapi sayup-sayup sahaja...Setiap kokokan ayam tersebut berbalas-balas antara satu sama yang lain dari yang jauh hingga lah yang dekat... Ese hairan dgn alunan ayam tersebut dan terus Allah gerakan hati Ese yang menyatakan ibumu akan pergi selama-selamanya...Tersentak hati Ese apabila ada pentunjuk dari Allah... iaitu seorang pesuruh Allah iaitu golongan Malaikat maut untuk menjalankan tugasnya menjemput ibuku pergi menemuinya....Ese berhenti sejenak sambil mendengarnya dan terus memerhatikan ibuku yang terbujur diatas kerusi...Ese pun terus menyuruh abang untuk pergi menjemput jiran yang dikenali untuk datang kerumah....
Dalam Ese mengendong mak..Mak berkata dalam nada suara yang lemah dan tak tersusun..SIAPA NI???...Hati Ese tersentuh tiada terhingga dan menyatakan padanya ..Ini anak mak!!!..mak Ooo mak kenape ni mak???...jgn buat anak mak macam nih mak!!..jgn buat anak mak susah hati nih...ooo mak!!Mak!!..oo mak!!...Mak pun berkata :Mana bapak dah datang ke??..Belum datang lagi lah mak,,,mak sabar k,insya,allah esok bapak akan sampai!!....Dgn nada yang perlahan Ese menjawab pertayaannya dan hati yang sudah berderai..Ese mengusap dahi mak dan fikiran melayang-melayang entah kemana...Teringat Ese pada ayah...Hati berbisik :maner lah ayah ni lum sampai lagi....."emak dah tenat sangat nih"kesian kat mak"....Kalo di ikutkan,hari itu lah si ayah akan datang...Tapi kudrat dan iradat Allah mengatasi segala-galanya...Di takdirkan Allah pengakutan pacuan 4 roda rosak(TRAK)...terkandas di sabah...tiadalah dilihat kelibat ayah sewaktu pemergiannya...si isteri setia menunggu akan ketibaan suami yang dicintai...Luluh beb"
Seorang suami yang sudah sekian lama tidak melihat wajah isterinya yang disayangi....Inilah dikatakan kuasa Allah dgn sifatnya yang berkehendak,tiada dapat kita melawan takdirnya...Setiap titisan air mata Ese pertahankan lagi dgn hati yang hiba tidak terkira...Dgn perlahan Ese mengalihkan tubuh mak yang hampir jatuh di sudut kerusi ke posisi yang betul...Dilihat meja kecil dihadapan Ese dgn sebuah gelas yang berisikan air kosong...Ese pun memberinya sedikit air dan penadol.. Ese tanpa ragu-ragu menyentuh pergelangan tangannya sama ada masih ada denyutan nadinya.Alhamdulillah rupanya masih ada tapi tidak mampu membuatkan hati Ese tenang lagi...Dgn kesabaran dan air mata yang Ese pertahankan berlinang sendiri di pipi..Ese terfikir apa yang harus dibuat?"...Mencari jalan yang masih belum terjawab..
Dalam hati masih tertanya-tanya:"Macam mana nih,apa yang harus dilakukan???"...
Atas rahmat Allah yang maha penyantun pada hambanya...Tiadalah dia membiarkan hambanya begitu sahaja..Ditemani pekikan ayam yang sayup-sayup sahaja kedengaran di telinga....Tiba-tiba terpampan gambaran seolah-olah menyuruh Ese mengajarkan sesuatu pada mak...Di ilhamkan Allah akan kalimah tauhid untuk disampaikan kepadanya(la ila ha illah)...Entahlah kenapa hati Ese kuat sangat nak suruh mak ikut serta kalimah tauhid yang telah berpandukan dari gambaran dan ilham yang Allah berikan...Sedangkan masa tu Ese bukan lah arif sangat pasal agama pun apatah lagi tak pernah ada pengalaman sebegini....dgn hati yang berat sambil memegang kepalanya dan ditangan sebelah memegang gelas.....Dgn hati yang reda dan pasrah Ese pun mengajarnya kalimah tauhid yang Allah telah gambarkan dan dikutinya dgn nada yang lemah kedengaran di telinga Ese..Tiada tertahan diri ini apabila melihat insan yang tersayang di saat-saat menghembuskan nafasnya yang terakhir...Perginya ibuku menemui ilahi...Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku ketika itu.
Ese pun bingkas keluar dari rumah dan mencari sapa-sapa yang mampu membantu Ese dan adik beradik..Ese menyuruh abang supaya berada dirumah dan ese keluar dgn basikal pantas menuju jalan utama untuk mencari org yang dapat bantu...Beberapa minit nampak kelibat jiran saudara kawan ese sampai dan terus meluru kerumah...
Apabila Ese sampai dirumah Ese berusaha mengejutkannya dan memanggilnya..Supaya tidak mengecewakan anaknya yang ingin mendengar suaranya ibu yang tersayang..Tiada lain yang ese katakan padanya melainkan hanya memanggil Mak..Mak..Mak!..Bangun Mak!" dgn nada pilu dan sedih...Di temani dgn linangan air mata yang membasahi pipi dan jiran pun memerhatikan ibu dan kami adik beradik yang masih budak-budak bersama ibu yang terbujur di kerusi...Dgn linangan air mata Ese melihat jiran yang kunjung tiba dan ese menyatakan ibuku sudah tiada lagi...Inalillahi....
Teringat Ese ketika masa hidupnya beliau menjaga diriku dgn penuh kasih sayang tapi kini beliau tidak bersamaku lagi.Tiada lagi tempat Ese mengadu dan tiada lagi tempat untuk Ese bermanja dgn ibu lagi...Masih teringat Ese apabila kami gembira dia tersenyum,apabila Ese sakit dialah yang mengusap dahiku dan dialah yang dahulu menangis...Tiada Ese mampu bayar setiap pengorbanannya...

Inilah kali terakhir ese membelainya,bermesra dengannya,berkata-kata dgnnya dan menatap wajahnya.....Tiada terhingga rasa kasih sayangku padanya bak menatang minyak yang penuh ku curahkan kepadanya..Sanggupku renangi lautan gelora dilautan,sanggupku redahi ranjau liku bersamanya.Tiada terhingga hati ini bagaikan dihiris pisau sembilu...Masih bercucuran air kesedihan ini menanggungnya...Tiada Ese mampu berbuat apa-apa melainkan melihat dan reda apa yang terjadi....Inilah peluang Ese yang teramat-amat berharga dari segala-galanya..Walaupun perit di tanggung hati yang masih budak mentah untuk mengenali hidup yang sebenar..Di izin Allah untuk menatapnya wajahnya buat kali terakhir....Alhamdulillah atas rahmatmu jua...Ya Allah Ampunilah dosa ibuku dan tempatkanlah beliau didalam naungan rahmatmu di Akhirat kelak..Amin...
Kepada saudara dan saudari yang budiman...Berbuat baiklah pada ibu selagi mereka masih di depan mata..Buatlah mereka tersenyum dan janganlah lukai hati walau kecil sekali pun..Bersabarlah dgn kerenah mereka insya,Allah Allah akan beri yang terbaik untuk korang yang berbakti kepada ibu bapa...Belajar dan belajarlah dalam menyanyang ibu bapa kerana reda Allah itu terletak pada mereka...Itu adalah nikmat yang tidak terhingga yang Allah berikan kepada semua...Dan berbuat baiklah kepada anak-anak yatim kerana hidup mereka tidak merasa nikmat kasih sayang seorang ibu dan bapa..Jadilah kita diantara hamba yang Allah redai didunia hingga Akhirat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan