Khamis, 4 Mac 2010

RENUNGAN JUMAAT(1)

Alhamdulillah dgn izinnya kita menjadi seorang insan yang bernama manusia yang Allah lantik dan pilih kita sebagai khalifah dimuka bumi nih...Insya,allah kita berkongsi sedikit ilmu dan luangkan masa untuk merenung sejenak dgn renungan yang mendalam sehingga melunak hati yang koras macam karat besi kat blakang umah Ese...Samo2 lah ambil kertas pasir gred no 1500 untuk mengbuang karat sampai solid dan bersinar...BERSAMA SESI RENUNGAN JUMAAT-

PAHALA YANG DITERIMA SELEPAS MATI...

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada 7 macam pahala yang diterima seseorang selepas mati....
  1. Seseiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh org untuk beramal ibadat didalamnya..
  2. Sesiapa yang mengalir air sungai selagi ada org yang minum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada org yang membacanya..
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada org yang mengunakannya...
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung..
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh org yang mempalajarinya...
  7. Orang yang meninggalkan Anak soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua org tuanya dan beristighfar baginya;yakni anak ynag selalu diajari ilmu al-quran maka org yang mengajarnya dapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri...

Abu Hurairah R.A. berkata,Rasulullah s.a.w telah bersabda;''Apabila telah mati anak cucu adam itu,maka terhentilah amlnya melainkan 3 macam;

  1. Sedekah yang berjalan terus(sedekah amal jariah)
  2. ilmu yang berguna dan diamalkan..
  3. Anak yang solah yang mendoakan baik baginya...

Di sini bersama2 kita bermuhasah diri supaya kita jadi insan yang terbaik didunia hingga akhirat...