Ahad, 7 November 2010

VERSI TARIKAT SUFI

Salah satu cabang ilmuan2 dan ahli2nya dlm mendekatkan diri kepada Allah..Insya,Allah Ese akan story benda ini kepada korang semua...Ese bahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

1)Tarikat dlm syariat

2)Tarikat Khusus


3)Tarikat BALA Sebenarnya ada 2 ajo beb!"..cuma ESE tambahkan 1 lagi iaitu Tarikat Dlm syariat.Yang ini pendapat Ese berkaitan tentang Tarikat..Insya,Allah semoga bermanfaat lah yer..Kalau para ilmu2 yang tidak bersetuju dgn apa yang Ese paparkan ini...Leh tegur atau komplen...hehe..Ese ni bukan Ahli Tarikat secara Khusus ma...hua,hua,hua,hua,hua,,,

APA ITU TARIKAT???


Benda ini banyak org yang tak tau pun...Bukan tak tau aje beb!"..Siap di COP Bida'ah...Ese tak kisah korang siapa!",Ustaz ke,ustaz wahabi ke atau imam Masjid ke,berjanggut panjang macam lebai ke,pakai serban panjang berjela2 ke atau berjubah bagai alim ulama yang warak ke...Kalau korang Claim Tarikat ini Bida'ah..So kena Blajar agama lagi lah tu..Takkan berserban pun tak tau kot!".. Dlm syariat pun ada bersangkut dgn aliran bertarikat ma...So jgn claim sembarangan ler!"...Berpendapat dulu baru Claim...Ini tak,sudahlah ada title ustaz..Cakap itu,cakap ini macam ayam tak cukup makan aje...Claim sini,Claim sana!"...Tak elok beb cakap macam tu!"...Kang jatuh saham korang tu...hehe,terkena plak dah korang...rileks ler...Jgn terasa plak K!" Tarikat adalah satu jalan atau metode dlm seseorang itu mencapai sesuatu dgn mudah menuju jalan ketuhanan...Benda ini lah banyak para Nabi2 terdahulu lakukan dalam mencapai jalan kebenaran...Bukan setakat geng nabi ajo beb!",tapi geng wali2,ulama2,ahli hikmah dan banyak lagi yang akan melakukan Versi Tarikat...Bebudak ahli hikmah(kebatinan),budak tasauf,ahli ilmuan dan banyak lagi tahu benda ini...Di sini letaknya adalah berdasarkan niat seseorang...Bukan dari guru2 mursyid atau wali2 Allah dalam menilai Anak muridnya...Niat kena baik,maka baiklah yang di perolehi...Kalau niat saja sudah melencong so melencong jugak ler amalannya..Walaupun amalannya berlandaskan al-quran dan sunnah..

Yang terpenting dalam tarikat adalah ikhlas dlm niat dan harus jadi diri sendiri bukan jadi org lain...Benda ini bukan wali Allah yang menilai,tapi diri sendiri ma...Wali Allah hanya memberi Cara dan jalannya..Insya,Allah di permudahkan ler...Alamak,melalut plak dah nih...

Pengenalan Tarikat pun belum Ese Ketengahkan kat korang semua..!"OKlah.. Sebenarnya tarikat ini banyak peranan dlm hidup kita..Dgn Bertarikat kita akan mudah mencapai jalan ketuhanan...Tanpa tarikat tak akan kita capai makam hakikat yang tertinggi...Biasanya syariat amat di perlukan dalam bertarikat...Tidak akan berjalan tarikat tanpa syariat...So kena ada kedua2nya...Seiring dan sejalan ma!"..Baru masuk beb!"...oklah Ese terangkan ketiga2 yang Ese paparkan tadi tu!"...


1)Tarikat dlm syariat ->Tarikat ini adalah seperti apa yang kita lakukan sehari-harian...Seperti bersolat sunat,berpuasa di bulan ramadhan,puasa sunat Senin-Khamis dan banyak lagi yang masih dlm sahih-hadis rasulullah S.A.W dan para ulama2 yang lainnya...Ini masih dalam lingkungan syariat islam...Lebih kurang macam gengs2 ustaz atau geng2 kaki masjid tu buat..Masih dlm syariat islam dan tidak bercanggah dgn Al-quran dan sunnah...inilah tarikat bersyariat dlm islam yang mudah di lakukan oleh kita semua..Itu terletaknya pada Taqwa dan iman seseorang dlm melakukan ibadah2nya dlm mengabdikan diri pada Allah...


2)Tarikat KHUSUS ->Tarikat ini adalah tarikat yang bersanad atau berjalur kepada baginda Rasullullah S.A.W...antaranya menerima jalur amalan dari Wali2 Allah,Syeikh2,ulama2,guru2 mursyid yang bersanadkan kepada baginda Rasulullah S.A.W...Ini adalah tarikat secara khusus...Tarikat ini adalah dgn berguru antara satu sama yang lain...Seperti yang kita tahu,Tarikat di malaysia,indonesia,arab dan banyak lagi aliran tarikat yang popular di rantau benua kita ini...Seperti apa yang ada di malaysia sekarang iaitu,"Tarikat Ahmadiah al-idrisiyah,Qamariah,naqsanbadi dan banyak lagi...Tarikat ini banyak menekankan Wirid,hizib,zikir,puasa dan ibadah2 yang lainnya...Biasanya guru akan memberi beberapa wirid,amalan,pelajaran dan nasihat pesanan yang berguna untuk anak murid dlm menempuh versi tarikat...Mereka juga akan mengasingkan diri atau di sebut bersuluk,khalwat atau dlm bahasa kasar Buddha tu,Pertapaan...pengasingan diri biasanya di lakukan selama 40 hari,40 malam atau lebih mengikut tunjuk ajar guru mursyid...Ada yang lulus dan ada yang tercundang,pada dasarnya adalah pada iman dan taqwa seseorang dlm menempuh tarikat..Pengasingan ini biasanya di lakukan di tempat angker,hutan,gua dan sebagainya.Dlm pengasingan ini akan banyak ujian2 atau dugaan2 yang akan di tempuh oleh ahli2 tarikat...Apa kata org tua dlm Astro tu...MACAM-MACAM ADA...Di sini akan nampak kemampuan diri dan pontensi diri kita kepada Allah...Adakah kita lari macam lipas kodong ke atau sebaliknya..Dlm bersuluk itu akan ada pengalaman yang tersendiri yang mungkin tidak masuk dek akal rasional kita...Seperti berjumpa roh leluhur,roh para wali2 atau nabi secara ghaib dan banyak lagi pengalaman yang akan dilalui...Pengalaman soram pun ada jugak beb!"..Seperti gangguan makhluk halus,bunyi soram lagi menyeramkan,gangguan secara ghaib atau pun nyata...tunjang kekuatan dlm tarikat adalah zikir,pesan guru,ketauhidan dan banyak lagi yang sudah di ajar oleh para guru2 mursyid...



3)TARIKAT BALA ->Tarikat ini adalah tarikat yang bersifat alamiah...Tidak kepada kehendak hati seseorang itu dalam bertarikat..Tetapi kehendak Allah semata2 kepada hambanya...tarikat ini selalu di lalui oleh para rasul2 terdahulu,para wali2 Allah dan insan biasa yang Allah kehendaki..Ini adalah tarikat yang lansung dari Allah...Kalau bahasa ROCK SLAMBANYA..(Berguru Dgn Allah)...Tarikat ini tidaklah berguru seperti mana tarikat khusus,tapi tarikat ini adalah pembelajaran yang di ajar oleh Allah kepada hambanya secara langsung..Pembelajarannya bermacam2 keadaan mengikut kefahaman dan kehendak Allah semata2..Biasanya mereka yang berkedudukan maqam syariat,iaitu mereka yang sentiasa mengikuti ajaran2 dgn baiknya dari segi sosial,perilaku dan kehidupan...Ada juga yang berkedudukan berdosa atau yang pernah dahulunya berlaku maksiat atau pernah melanggar perintah Allah...Bagi insan yang berdosa ini biasanya mereka akan sampai kepada maqam Taubat atau TAUBATAN NASUHA,barulah sampai kepada tarikat ini dan atas kasih sayangnya di buka jalannya untuk mencapai jalan ketuhanan,mereka juga melalui tahapan2 yang perit kerana dosa2 yang lampau untuk pembersihan sehingga mampu pergi ke maqam yang tinggi di sisi Allah..Yang pastinya mereka ini akan di uji dgn berbagai2 ujian2 dan musibah,sehingga satu time ketauhidan mereka goyah..Di sini letaknya makam redha,atau berserah diri pada Allah sebulat-bulatnya...Dari maqam Asbab kepada Tadjrid...dan terus menerus ke maqam yang tertinggi mengikut gred2 dan ketentuan Allah dlm memikul tanggungjawabnya...Seperti di terangkan dalam Al-quran...Akan ku jadikan khalifah di muka bumi ini iaitu Manusia...Sory beb!:..Ringkas dari Ese yer... Wallahu 'alam.. Wallahu alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan