Selasa, 6 April 2010

DIARI KEHIDUPAN(bala-ujian)1-PENGENALAN

Ya Allah,Salam sejahtera buat yang teragung rasullullah S.A.W,para kluarga dan para sahabatnya..Alhamdulillah dgn rahmatnya yang asmanya Ya Rahman,Ya rahim...dan Ya Maha berbilang2 dgn keagungan dan kebesarannya....Isya,Allah terbuka hati Ese nak kongsi sdikit story yang bertajuk (DIARI KEHIDUPAN) kat korang semua......

Begini ceritanya...Pada suatu hari,ketika Ese berada dlm keadaan slumber dononya di sebuah tempat yang dikira o.k jugak ler...Taman Ujian(HOSPITAL)He..he....Ese diberi pengalaman dan pengajaran(ilham)iaitu berkaitan dgn ujian atau bala...Ketika itu Ese pun ditempatkan disuatu taman yang penuh dgn kepiluan dan duka..Secara subtotalnya kepahitan mulai terasa pada diri ESE yang melihat keadaan patient disekelilingnya..(Fuh pahitnya)..Ese pun terus diberikan tempat rehat yang sinonim dikatakan Rumah sakit (hospital lah beb)....Tengah gah berdiri...sampai sana...terbembeng gak le....He..he...Dimana Ese membuat temu janji untuk membuang dawai dikepala lutut yang sudah bertapak setahun lebih..(Nampak simple tapi memberi kesan pada ESE)..Alhamdulillah dgn izin Allah,dia berkehendak untuk Ese memkainya dan dia pula yang berhak untuk membuangnya atas rahmatnya jua...Selamat di ijab kalbu dan dibuang...Good bye dawai yang pernah memberi pelajaran yang berguna pada ESE.He..He..Thank you Allah...

Ketika ESE berada dalam taman ujian itu,dengan mata yang liar ESE memerhatikan keadaan sekeliling...Apabila toleh kanan,alomak mamat cina tengah lepak plak bersama dancing dikakinya yang tergantung....Macam timbang dacing lah plak....Dgn mimik muka yang penuh mendalam(hambar dan kecewa)...Tengah syok perhatikan gelagat dia ni..ESE pun toleh kekiri,Alomak ada Mamat hensem bersama antena NTV 7 dikaki kirinya beserta seyuman slumbernya senyum kat ESE..apo lagi ESE pun balas le......kan sedokah senyum tu......Jgn pikir bukan2 ler plak....Kang kono kang....Buku 5 yang di cop rasmi,tak pasal-pasal kene penumbuk le.....Biasalah beb wad ortho katakan....Kebanyakannya patah sini dan patah sana,berdezup sini,berdezup sana.Semuanya leh dikatakan ada masalah patah tulang dan seangkatan dgnnya....Ada yang macam tangan berbungus le,ada yang jalan macam robot korp dgn kaki bersimen,ada yang pakai kerusi roda le and banyak lagi rangamnya..(biasalah dalam ujian atau bala)..Apo lagi yang ESE duduk sekali dalam taman tu terkono gak tempias mereka ni......(MASAM BERCAMPUR PAHIT)agak-agak ler tak kan sedap kot....Ape yang pasti inilah dikatakan ujian atau bala..Rasa terharu bercampur baur mengenangkan ape yang telah dilalui...Kasian gak ler apabila bila kita melihat mereka nih dalam mnanggung ujian atau bala..Tapi apa pun kita tak boleh buat ape2 laa....APADAA kita nih tengok aje lah kot...Dalam lepak-lepak bersama mereka nih...Nasib baik le dalam taman tu ada bunga,berseri jugak taman tersebut dgn bunga yang penuh warna warni dan wangian yang berbagai aneka(Nurse le)..kalau tak bertambah sakit le patient nih.....kalo bunga ajo cantik tak guna jugak kalau tak ade wanginya....Kombinasi baik untuk korang..(Nurse)...Ado baiknya korang bagilah senyuman yang indah kat patient...Sekurang2nya dapat le mengurangkan penderitaan mereka ni kot....kan dapat pahala tu,Saham akhirat le...JGN kedekut plak NIKMAT TUHAN ni.....Kalau bunga yang cun meletup tu,tak yak lah senyum lebih-lebih,kang angau plak patient kat hospital tu macam hilang keruan...Memadai lah dengan senyuman dan keikhlasan...Hati2 ler dgn senyuman ikhlas ni leh menusuk qalbu...He...he

Oklah berbalik kepada cerita asal....Biasanya ujian,bala atau musibah adalah ciptaan Allah khas untuk makhluknya dimuka bumi dan seangkatan dgnnya....Dimana musibah adalah satu fenomena atau keadaan yang tidak disukai dihati manusia itu sendiri.....Ada yang mengalami ujian dgn kesenangan dan ada juga mengalami ujian dgn kesukaran...mengikut kehendak ALLAH dan kemampuan manusia itu sendiri....Tidak ALLAH memberatkan sesuatu beban itu melainkan ia berkemampuan untuk memikulnya......Kan ALLAH tu maha bijaksana lagi maha tinggi pengetahuannya,dia tahu mana yang baik untuk hambanya dan mana yang tak baik untuk hambanya...Memang nampak buruk pada manusia tapi baik pada padangan ALLAH S.W.T...

Sebagai contoh..Seorang ayah dan seorang anak pergi kedai aiskrim...Sedangkan Si ayah tadi tahu si anak tak boleh makan ais krim atas sebab sakit asma...Dalam masa tu anak dia melihat aiskrim di dalam peti, ape lagi meleleh ler air liur anak ni tengok aiskrim ni yang nampak sodap aje..Tapi malangnya Ayahnya melarang untuk membelinya.Sampai meraung si Anak ni menangis kerana sungguh2 nakkan Aiskrim tersebut...Si Ayah nih tetap dgn pendirianya..Kesian jugak dgn si Anak ni mengalami penderitaan batin yang mencengkam untuk mendapatkan Aiskrim tersebut..Tapi sia-sia aje..HAI BYE BYE le..Yang pastinya Si anak ni berkehendak tapi Si Ayahnya tidak berkehendak untuk anaknya makan Aiskrim...Atas sebab;;


  1. Anak ni tidak tahu yang dia sakit asma cuma si Ayah yang tahu.

  2. Anak ni tidak tahu aiskrim tu dapat memudaratkan dirinya kerana masalah kesihatan.

Atas sebab ni lah Si Ayah melarang untuk membelinya...Kan sayang namanya tu,si Ayah tak bagi change kat anaknya makan Askrim kerana Si ayah kasih dan sayang kepadanya,walaupun derita batin ditanggung oleh anaknya...Setiap apa yang kita dapat tidak semestinya baik untuk kita dan setiap apa yang buruk itu tidak semestinya buruk untuk kita,Bahkan ada hikmah dan rahsianya di sebalik kesusahan dan kesenangan kita...Cuma kita tidak tahu apa sebab Allah beri bencana pada kita...ALLAH yang maha mengetahui sahaja tahu kenapa kita di beri bala atau ujian berkaitan sakit,susah,kepayahan,keperitan,kekurangan,ketakutan dan sebagainya....Dia mengetahui yang terbaik untuk kita....Kan ilmu Allah ni luas dari ilmu kita yang kerdil nih...Biasanya para rasul dan para wali sahaja melalui ujian berat di bandingkan org awam seperti kita...kerana Allah kasihkan mereka....Sebenarnya Allah tidak seberono aje nak bagi bala pada kita kecuali ada sebab yang tersurat dan tersirat yang dia simpan untuk hambanya.....


  1. kerana dosa-dosa yang lampau(melampaui batas)



  2. kerana kita lalai dan lupa padanya.(org tgh solat dia plak lagi syok bertumbuk dalam game)..



  3. kerana menguji tahap iman sesseorang(x kisah level wali ke,level muntaha ke,arif billah ke,ahli zikir ke,ustaz,mamat jiwang ke atau sebagainya)...

  4. kerana Allah sayangkan dia.....

  5. kerana Allah sahaja yang tahu apa sebab musababnya yang kita tidak mampu terjah berkaitan ilmu Bala ini...Allah sahaja tahu hikmah dan rahsianya...

1.kita di beri bala atas sebab dosa-dosa yang lampau......Setiap manusia memang banyak kesilapan mahupun sedar atau tidak,mahupun dosa besar atau dosa kecil....Termasuk diri ESE nih yang tak terlepas dari dosa-dosa....Apabila di uji oleh Allah bersangka baiklah pada Allah yang maha penyatun(pengasih lagi maha penyayang)...Kerana dgn bersangka baik sahaja kita dapat menerima qada dan qadar yang di tentukan oleh Allah....Allah S.W.T tidak zalim pada makhluknya,tapi kita yang menzalimi diri sendiri...Harus di ketahui apabila seorang yang berdosa itu menerima bala,ianya adalah kifarah keatas dirinya...(keampunan Allah dari segala dosa-dosa yang lampau)..penyucian diri dari dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil...Dimana Allah letakkan martabat hamba Allah ini pada bala yang dilaluinya sebagai penyucian diri..(keampunan)..So apabila seorang hamba Allah itu sudah dapat hidayah dari bala tersebut,maka jangan lah berlengah-lengah sebab Allah nak bagi peluang pada kita untuk memperbaiki diri....Kene lah kita muhasabah diri dari segala kesilapan di sertakan Solat taubat nasuha dan solat hajat...Apabila Allah ingin memperbaiki diri hambanya nescaya dia akan diuji...Kan baik Allah tu,dia tak nak bagi kita susah2 kat akhirat ler.....


2.kita diberi bala atas sebab kita lalai atau lupa.....He..He...melayu mudah lupa...(slogan Perdana menteri kita yang tersohor)..Memang kita selalu lupa dan alpa..Tgh Bilal melaungkan Azan Isya kat masjid,kita plak bertengek mengadap kayu,meja dan bolanya di kodai snuker...tgh syok tengok bola merah masuk....Tak sedar plak dah jam pukul 5.00pagi...lama wo...dah masuk waktu subuh le....org berqiamulai tgh malam...Yang kito plak berqiamulai dgn kayu snukeer...memang alpa lah beb...Apabila kita di uji allah dgn bala,mungkin kerana kita lupa padanya,padahal dia selalu mengingati kita dalam jangka masa 5 waktu....Subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak...Berapa ramai yang dapat buat benda nih...ESE pun lum lulus lagi ler....Hanya cakap tak serupa bikin ma...Di sini Allah beri hidayah dari bala untuk mengoreksi diri kita yang alpa dan lupa supaya berbalik kepadanya...Innalillah..Kembali pada Allah...Allah ingin menyedarkan kita supaya kita tidak lalai dgn dunia yang fana...KAN KASIH SAYANG NAMANYA TU....Jgn buruk sangka pada Allah S.W.T...


3.kita di beri bala atas sebab Allah ingin mengujinya keimanan....Berapa ramai org yang berilmu mampu menerima qada dan qadar ni...Ada yang terkandas dan ada yang meningkat imannya.Kalau yang terkandas maka rugi lah dia dan kalau yang bersabar maka beruntunglah dia dalam menempuh ujian Allah....Biasanya bagi yang arif billah(mengenal Allah)mereka tidak terlalu gembira atas nikmat dan tidak pula berduka dalam bala musibah...dimana mereka mengenali Allah..Semakin di uji semakin menebal imannya...Sebab tu apabila Allah ingin mengenali dirinya, nescaya ia akan memperkenalkan dirinya(bala)...Tinggi mana pun ilmu seseorang itu,apabila Allah menguji dgn kesenangan dia bersyukur dan apabila ditimpa musibah dia mengeluh..Maka sia-sia aje lah.....Allah ingin menilai diri kita,sama ada kita beriman atau tidak......Sebenarnya dalam islam dah nyata Rukun iman...Iaitu beriman kepada Qada dan Qadar...Di sini Allah ingin melihat siapakah yang jujur dalam beriman pada Allah S.W.T..(ikhlas ler)..bersyukur atas nikmat dan bersabar atas bala bencana.....Rela dan redha dgn ketentuan ilahi.....semakin kuat agamanya semakin besarlah ujiannya....Ape2 pun semoga Allah memberi kita kekuatan pada kita semua untuk melaluinya...Insya,Allah...

4.Kita diberi bala(ujian)atas sebab Allah sayangkan hambanya.....Allah menguji kerana sayang,betapa Allah sayangkannya hambanya sehinggakan Allah menyelamatkannya daripada menimpa musibah yang lebih besar,iaitu Qada dan Qadar(takdir)....Dimana sudah tercatat dalam kitab Luh mahfuz yang menyatakan org ini akan kena musibah yang besar seperti kemalangan..Tapi Allah selamatkan dia daripada musibah yang besar dan menukarkan musibah yang lain atas rahmat dan kasih sayangnya...Sayangnya tidak bertepi pun,kasihnya tidak berkurang pun..Disini tiada siapa yang mampu menghindarkan sesuatu mudharat tersebut melainkan Allah itu sendiri....Nak suruh pangkat diraja sekali pun nak setel problem kita pun lum tentu dapat diselesaikan...Tiada yang memberi kesan melainkan dgn izin Allah itu...Yakin lah padanya,minta lah pada ku nescaya aku akan perkenankan....Allah tu tak kedekut pun...Kite aje yang kedekut berdoa....Allah kan maha kaya dan maha memberi....So lu pikir lah sendiri....


5.Kita diberi ujian atau bala atas sebab Allah berkehendak untuknya mengenali dirinya kepada hambanya yang diuji,dimana kadang2 ujian itu tidak dapat kita tafsirkan apa sebab musababnya.Disini kita tidak mampu menerjah hikmah dan rahsia Allah itu sendiri.Allah itu mengetahui kenapa ujian(bala) itu baik untuk kita..Allah kan maha tinggi dan luas pengetauannya.Maka faham-faham ler...Wallah hu,Allam...Yang maha mengetahuinya adalah Allah S.W.t sendiri..Yang ni ESE lum mampu terjah lagi lah beb...He..he...

story akan bersambung.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan