Rabu, 4 Oktober 2017

Berbaik sangka lah, Sesungguhnya disebalik setiap sesuatu adalah hikmah yang indah dari Allah



Alhamdulillah , segala pujian hanya milik Allah SWT.. Semua berlaku atas izin Allah SWT... Begitu juga dengan kehidupan kita seharian... Tidak berlaku sesuatu tanpa izin Nya...In Shaa Allah , seizin Nya hari ini aku akan buka tajuk yang tidak asing lagi bagi yang sudah mengetahui kisah di dalam Al -Quran... Bagi yang sudah membaca terjemahannya, in shaa Allah, akan tahu topik yang aku akan buka ini...
Bagi yang tidak tahu!!!"...Tidak mengapa ...Di persila kan untuk terus membaca apa yang ingin aku sampaikan ... Semoga apa yang di sampaikan ini akan memberi manfaat, menjadi asbab petunjuk dan hidayah buat kita semua di dunia mahupun akhirat. Amin...

Al-kisah nya adalah apabila aku diuji dgn perasaan marah kpd seseorang hamba Allah...Hampir hilang kesabaran ku ketika itu, sehingga kan aku membuat keputusan untuk beredar dari tempat itu dan pergi ke rumah dgn membawa perasaan yg masih belum reda...

Sampai saja di rumah, aku mengambil wudhuk dan melakukan solat Asar kerana ketika itu adalah waktu Asar...Sisa nafs marah ku masih di pertahankn lg dengan solat dan di lanjutkan juga dengan amalan lazim bersertakn zikrullah.

Ketika melakukan zikrullah, dapat di rasakan aura bercahaya agak kemerahan yang menyelubungi tubuh dalam bentuk membulat...Aura nya merah dan amat tidak menyenangkan seperti nya suatu bebanan yang tidak lepas...Bukan mudah untuk mnjadi seorang yg penyabar kerana peritnya dalam mengendalikn emosi iaitu menahan kemarahan bukanlah semudah seperti yang sering disangka.

Noted :- 
Patut lah Rasulallah SAW menganjurkan apabila seseorang itu marah, maka baca lah Ta'awuz dan juga berwudhuk atau mandi . Kerana aura merah ini bersifat api yang apabila di biar kan lama, ia nya menguasai hati sepenuhnya sehingga Syaitan akan mengambil alih tugas hati dan akan mengawalnya dengan mudah sekali...
Apabila ada orang yang sedang marah maka elok lah di asingkan seseorang itu untuk bertentang mata atau menjauhi perihal yang membuat orang itu marah ,dan jangan lah perlu di bakar-bakar sekira nya ada pergaduhan...
Sebab kemasukan nafs marah ini adalah bermula nya dari mata ,telinga dan akan turun ke hati.. Hati adalah kerajaan yang utama dalam diri manusia...Apabila nafs fujurah(marah) menguasai maka sifat taqwa akan tenggelam dan nafs fujurah akan timbul dalam diri..Seumpama nafs fujurah membalut menutupi nafs taqwa sehingga sifat taqwa tidak dpt menguasai hati dan hilang aqal  nya dalam membuat keputusan...Sedemikian rupa tidak lah mudah menewaskan nafs fujurah dengan sifat taqwa kerana perlu nya ada kesabaran yang tinggi
Wallahu a'lam..

Ketika berzikir di sejadah dengan menahan nafs marah yang membuak-buak, aku pun terlelap seketika...Dan dalam tidur itu aku bermimpi di mana aku mengetuai suatu peperangan yang sangat besar dan peperangan itu aku mampu menguasai tebusan-tebusan..
Allahu Taa'la Alam..

Selepas sahaja terbangun, aku berenung dan berfikir seketika..Tiba- tiba aku teringat kisah di dalam kitab suci Al-Quran iaitu Surah Al- Kahfi  tentang  Musa as berguru dengan Khidir as.. Seumpama Allah memberi ilham kpd ku sepertinya yang aku alami ketika Asar tadi, aku boleh kaitkan dengan kisah mereka ini sebagai panduan dan pelajaran buat ku...Mari kita lanjutkan keilmuan Nya...Dengan Izin Allah SWT ....


PERBICARAAN ANTARA
  Nabi Allah khidir as dan hamba Allah :-

Nabi Allah Khidir as : 
"Aku menegur Musa. 
Kerana dia tidak sabar di dalam pengajian nya
Sesungguhnya aku pastikan akan menjelaskan alasan aku sekiranya dia dalam kalangan orang yang bersabar ."

Hamba Allah :
"sila lanjutkan..."

Ilmu nya tidak sama dengan ilmu ku.
namun itu tidak meninggi rendahkan martabat aku dan dia.
hanya dia perlu sedikit menghormati pada guru nya, maka dia mampu mempelajari lebih banyak lagi."

" Guru ku Nabi khidir as!!!.Tapi kenapa setiap yang kau sampaikan kepada beliau amat tidak bersesuaian dengan syariat yakni larangan Allah pada manusia..."

 " Apakah kau akan memukul nyamuk yang menghisap darah mu sehingga mati, Sedang apa sebenar-benarnya kesalahan nya?"

" Sudah tentu kerana dia menghisap darah ku..
dia tidak bersalah kerana itu makanan nya atau rezeki nya...
Boleh kah jelaskan supaya aku memahaminya?"

" In shaa Allah...
Sedang manusia itu ,tanpa di sedar telah membunuh makhluk Nya dengan sengaja, 
apakah yang dibimbangkan dari gigitan seekor nyamuk kecil sedangkan mereka sedar kuasa Allah Maha Besar
Itulah syariat bagi manusia yang masih dikelilingi dengan nafsu dan dosa-dosa, hatinya yang masih berdinding kukuh dari pandangan Allah

" Sedang setiap kelakuannya berlandaskan apa yang dirasakan betul melalui penilaian hati yang masih berhijab dari penilaian Allah
Sedang hati yang jernih dengang pandangan Allah, 
setiap kelakuannya mengikut apa yang di kehendaki Nya, sama ada baik atau tidak pada pandangan manusia."

" Maka, janganlah merasa diri sentiasa betul,jika sedar dosa masih banyak
Hati yang kotor itu mempengaruhi pertumbuhan aqal mu, seterusnya mempengaruhi perbuatan mu"

"Aku dan kau adalah sama, kita manusia
Tetapi aku dan kau adalah berbeza, hati kita tidak sama
Maka, apa yang betul pada ku belum tentu betul pada kau
Dan apa yang betul pada kau belum tentu betul menurutku."

" Guru ku..Bisa saya bertanya lagi?."

" Silakan..."

":Alhamdulillah..banyak sekali yang saya ingin tanya kan pada mu...
Bagaimana kita ingin menjernihkan hati kita dengan pandang Allah seperti yang kau telah jelaskan tadi?"

" Berbaik sangka lah"
Sesungguhnya disebalik setiap sesuatu adalah hikmah yang indah dari Allah"

" Ya Nabiyullah...Tadi aku di beri pelajaran tentang bersabar dengan nafsu diri...
Boleh kah kau menerangkan lebih terperinci tentang nafsu ?"
 Dan aku bermimpi tentang perangi nafsu?"

" In shaa Allah...
Jika kau sedar setiap yang kau baik buruk yang kau alami adalah ujian dari Allah, 
maka kau akan lebih mudah memerangi nafsu.

" Peperangan nafsu adalah suatu jihad, yang setiap apa kau alami seharusnya kau memulangkan kepada Allah
Apa guna kau berzikir di atas sejadah sedang di saat kau diuji,kau lupa pada Allah
Itulah peperangan yang sebenar-benarnya, melawan musuh iaitu nafsu mu."

"Apakah senjatamu?"
"Sabar dan solat ."

"Apakah senjata itu hanya di guna dalam latihan, sedangkan di kala peperangan sebenar, senjata kau campak ke mana?"
"Ketahuilah, semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi martabat ujian nya
Namun , Allah Maha Mengetahui akan maqam hamba Nya."

"Alhamdulillah ..atas jawapan mu wahai guru ku..."


wallahu taala a`lam... Allah yang Maha Mengetahui dan memberi taufik dan hidayahNya...Semoga kita dalam naungan rahmat dan kasih cinta sayangNya pada kita semua,,amin.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan